Showing posts with label jemari seni. Show all posts
Showing posts with label jemari seni. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Senyum Sampai Langit - Syasyaja


kebahagiaan akan datang
kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan

Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."

Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

**********
novel ni asalnya ditulis di blog penulis yang lebih dikenali sebagai Bulanhijau dikalangan peminat-peminatnya.. *secara jujur aku tak penah kenal Bulanhijau sebab dah lama sangat tak membaca e-novel ni..* TAHNIAH buat penulis kerana telah berjaya menghasilkan e-novelnya ke versi cetak..

sebuah novel yang ringan dan santai dan sweet *bak kata pengunjung booth JS..nak novel yang sweet*... aku tiada masalah membaca novel sebegini cuma bagi aku ia cuma kisah biasa..tiada yang luar biasa dengan cerita ni..mungkin rasa sebegitu sebab mungkin aku dah biasa baca novel-novel yang lebih kurang gini je kisahnya dan mungkin juga kerana kali pertama membaca hasil tulisan Bulanhijau... *peminat Bulanhijau jangan marah ye sebab aku memang tak reti nak selindung..bagitau je apa yang saya rasa sebaik saja habis baca satu-satu novel tu hehehe* namun begitu sesuai dengan tajuk, cerita ni boleh buat aku senyum aje tapi idak le sampai langit hehehe...sekali lagi aku ucapkan TAHNIAH buat penulis Syasyaja atau Bulanhijau..semoga next novel akan lebih mantap..teruskan menulis...

Saturday, May 5, 2012

Pesta Buku 2012

salam/hai..

aduhai..lupa nak update pasal pesta buku..ops..bukan lupa tapi tak sempat la..ari tu sempat upload beberapa info pasal booth je kan..pastu cik DN dok kalut dengan tugasan..maklumla sem 3 ni busy giler...subjek masih kekal 5 tapi nye 2 major n 3 teras..kalut..kalut..tapi kalut-kalut pun cik DN sempat la shopping novel kat PBAKL 2012..sempat la melepak kat booth feveret cik DN iaitu Jemari Seni dan melawat tapak *cis..bajet femes ke apa ke hahahaha jangan marah ye..* sempat la juga cik DN jumpa penulis-penulis kesayangan cik DN kat pwtc ari tu...

Thursday, April 5, 2012

countdown...Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

bila dah masuk April, lagi aku excited..sebab apa? menghitung hari atau countdown untuk Pesta Buku Antarabangsa KL 2012...ni acara wajib bagiku setiap tahun dan insya-allah tahun ni aku akan ke PBAKL 2012...tak sabarnya..korang macam mana? dah plan? dah simpan duit? dah buat list nak beli buku/novel/majalah apa? dah bersedia untuk berada di lautan manusia yang pastinya memang akan sesak :) ok..n3 kali ni nak letak beberapa banner publisher yang akan join PBAKL 2012 *yang aku jumpa dan ingat la* dan juga mungkin...so, boleh la korang tulis ek kat buku nota korang nombor booth dan dewannya :)











Pesanan untuk ibu bapa yang bawa anak-naka esp anak kecil jaga la anak elok-elok sebab time pesta buku ni wajib orang memang ramai..kalau hilang memang naya...so, be careful..ops bukan utk parents aje tapi untuk semua orah..takut ada yg ambik kesempatan..meraba ke. menyeluk poket ke..:)

Tuesday, March 20, 2012

booth Jemari Seni & JS Adiwarna PBAKL 2012

kawan-kawan...ni pelan ke booth Jemari Seni dan juga booth JS Adiwarna ye...untuk makluman kedua booth ini berbeza tau...so print la supaya nanti senang nak cari :) pelan booth lain saya akan cuba dapatkan nanti...



Wednesday, March 14, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Hai semua....tak sabar nak tunggu sebenarnya..bagi peminat buku/novel/majalah jangan lupa ye Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 pada 27 April - 6 Mei nanti...peminat JS, ni sy bagi poster JS yang ada nombor booth..so sila kumpul duit banyak-banyak ye...saat yang dinanti setiap tahun sebab masa ni la nak jumpa kawan-kawan online yang sama-sama suka baca novel dan juga penulis-penulis kesayangan..kalau nak jumpa cik DN nanti kita jumpa kat booth JS ye...


Thursday, March 8, 2012

Baca buku 2012

Januari
1. Sehiris Bulan - Hafizah Iszahanid (JS)
2. AdaMaryam - Xarine (JS)
3. Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana (Alaf21)
4. Mencari Taman Di Hati - Adah Bakri (JS)
5. Ros Biru Untuk Dia - Ijazati Habib (JS)
6. Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari (Intens Media)
 

Februari
1. Lukisan Buat E-Ah (JS)
2. Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim (KN)
3. Si Mangkuk Tingkat - Faziela (JS)
4. Jula Juli Bintang 7 - Adileah (JS)

Wednesday, February 29, 2012

29 februari...

macam lama tak update..busy sikit hehhe..saja nak update novel yang dah dibaca setakat 29 Februari 2012..berapa je...kurang dari 2011..ish..tak capai target ni...ni dia novel yang dah dibaca ye..sori, takde review lagi..

1. Sehiris Bulan - Hafizah Iszahanid (JS)
2. AdaMaryam - Xarine (JS)
3. Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana (Alaf21)
4. Mencari Taman diHati - Aidah Bakri (JS)
5. Ros Biru Untuk Dia - Ijazati Habib (JS)
6. Kan Ku Kejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari (Intens Media)
7. Lukisan Buat E-Ah (JS)
8. Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim (KN)

Saturday, February 11, 2012

Baca Buku 2012 - Januari

Alahai...tahun ni agak slow sikit saya membaca buku especially novel....cuma dapat baca 4 buah novel je untuk bulan ni berbanding tahun 2011..bulan Januari 2011, sy dapat baca 5 buah novel so kiranya bulan Januari 2012 ni kurang sebuah la...mana tak nya, tak sempat nak baca..siang memang la tak baca sebab kerja, malam pun tak sempat sebab sibuk dengan 'beading'...hopefully bulan Februari ni dapat baca banyak tapi Februari pun dah nak masuk tengah bulan hehehe apa pun TQ kepada yang sudi singgah, meninggalkan jejak atau sekadar silent reader ye...nk senarai novel yang saya dah baca dalam bulan Januari lalu..review tak dapat buat lagi..sori..

1. Sehiris Bulan - Hafizah Iszahanid (JS)
2. AdaMaryam - Xarine (JS)
3. Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana (Alaf21)
4. Mencari Taman Di Hati - Adah Bakri (JS)

Thursday, January 5, 2012

Carta Novel DN 2011 (i)

Salam tahun baru buat semua pengunjung yang sudi mengunjungi blog Dunia Novel...macam mana target bacaan kawan-kawan? Capai target ke tidak? Ok, dalam n3 yang lalu aku dah senaraikan 70 buah novel yang berjaya aku baca bagi tahun 2011 dan n3 kali ni nak kongsi carta pulak...ni 'rasa' aku ye..mungkin tak sama dengan orang lain sebab lain orang lain rasa..just wanna share...aku mulakan dengan penerbitan Jemari Seni/JS Adiwarna..

 Jemari Seni/JS Adiwarna
1. Langsir Biji Remia - Noor Suraya
2. Bening Merah Jingga - Nazurah Aishah
3. Nurul Laila Suria - Fatihah Pauzihal
4. Menunggu Hujan - Adileah
5. Dia Yang Kunikahi - Iqbal Syarie
6. Ikhlas, A.K! - Nirrosette
7. Kau Curi Hatiku - Iman Xara
8. Tinta - Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha
9. Kaca Jendela Ainnur - Diya Nordin
10. Baju Melayu Hijau Serindit - Syud
11. Quartet - Saidatul Saffaa
12. Bulan di Atas Champs Elysees - Eva Hana

13. Hanya Dia Sufi - Lili Norlaili
14. Nuansa Kota Merah - Khairyn Othman
15. Blues Retro - Imaen
16. Impikan Mentari - Shahzy Hana
17. Alahai Jijah - Dihsar Ludba Haqifa
18. Dia & Dia - Bunick Firdaus
19. Grrr...Geramnya - Feeza
20. Dikau Tidak Pernah Jauh - Nur Hatija
21. Gulai Pisang Ikan Masin - Szalies
22. Merahnya Ceri - Zulina
23. Mencari Suami@JS.com - Normaslina Masri

Friday, August 19, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (14) Nuansa Kota Merah : Khairyn Othman


Nuansa Kota Merah (NKM) merupakan sebuah novel yang mempunyai unsur Islam dan keinsafan. Melalui NKM, Khairyn Othman (KO) membawa pembaca ke satu dimensi yang berbeza zaman dan peradaban serta merentasi benua yang berbeza. Kita dibawa mengenali Dina yang goyah pegangan agamanya, iaitu Islam. Kemudian, kita turut dibawa mengenali Shuaib dan Salma seterusnya menghayati perjuangan mereka yang mahu menegakkan syiar Islam dengan cara mereka, iaitu berperang.

Monday, May 2, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (10) Langsir Biji Remia - Noor Suraya


` Selesai membaca Langsir Biji Remia (LBR) *buah tangan terbaru dari Noor Suraya*...LBR betul-betul menyentuh hati dan perasaan aku...menyelami hati Dura Hafa terasa macam aku dan Dura Hafa tu sama je *mungkin bukan totally sama tapi tetap rasa ada persamaan* LBR ni takde la tebal sangat, dalam 263 muka surat je tapi pengisian dia betul-betul buat aku terkesan dan yang penting aku menangis...aku faham perasaan Duha *walaupun ada kalanya Duha tak pamerkan pun perasaan dia pada orang lain* mungkin sebab aku menghayati LBR makanya memang aku faham la perasaan Duha *bukan LBR je yang aku hayati tapi aku memang menghayati novel-novel yang aku baca*

Sunday, May 1, 2011

aktiviti DN

ewah..ewah..macam banyak sangat la aktiviti cik DN sampai tajuk pun tulis 'aktiviti DN' hehehehe..banyak ke ek..actually sibuk dengan kerja la..masuk je opis setelah bercuti dan bergumbira kat pesta buku minggu pertama pesta tu, banyak giler keje kena settle...penilaian PSS dan juga khidmat bantu...lepas tu nak tumpu pada study *kononnya la hehe*..nak buat assignment dan juga kuiz@short assignment...tapi kan, walaupun busy macam tu, sempat lagi la nak mengadap novel..setakat malam ni, aku dah berjaya menghabiskan Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah [novel 'duet' kak Norhayati Berahim & kak Kusyi Hirdan: NB Kara] dan juga Blues Retro [Imaen: Jemari Seni]..novel lain setakat jeling-jeling gitu..malas nak usik sebab kalau dah usik langsung tak leh letak...

Thursday, April 28, 2011

Monday, April 25, 2011

DN : Memori Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

` Hari ni hari ke-4 Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 (PBAKL)...tak tau la hari ni orang ramai ke tidak tapi yang pastui kalau hari bekerja ni mungkin ramai pelajar sekolah....cerita pasal PBAKL ni, 3 hari aku 'berkampung' kat PWTC...hari pertama (jumaat: 22/4) seawal 9.30 pagi aku tiba kat ruang legar PWTC, tunggu je dapat signal untuk masuk untuk aku serbu booth Jemari Seni@JS (tempat wajib pegi)..sampai je kat booth JS terus hai-hai dengan abang Imaen, salam+peluk+laga-laga pipi dengan kak Noor Suraya, kak Mariah Mustapha, kak Wan Amalyn, Nawwir, Yani (jiran kat umah my parents) dan berkenalan dengan adik-adik petugas JS yang lain..pastu terus memborong buku-buku baru JS..antaranya kembar Si Manis 17 (Langsir Biji Remia, Blues Retro, Maaf, Saya Bukan Bibik!, Alahai Jijah) pastu buku-buku umum (Contengan Jalanan-Hlovate, Baju Melayu Hijau Serindit-Syud, Quartet-Saidatul Saffaa, Mencari Suami@JS.com-Normaslina)..settle shopping kat JS, aku gerak pergi Karangkraf/Alaf21 pulak untuk beli buku Kak Anis Ayuni dan Kak Durrah Fatiha..tengok-tengok ada pulak buku RAM yang baru,, terus grab untuk adik kesayanganku *dia minat novel RAM*..selesai dengan Karangkraf, aku naik pulak ke DTAR3 untuk cari booth NB Kara...kiranya 1st day tu memang aku shopping novel..nak balik petang tu rasa nak tercabut bahu dan tangan mengangkut novel-novel dalam 15 buah *mak aiii banyak giler..baru perasan ke cik DN? hehehe*

` hari kedua dan ketiga lagi ramai orang.....booth JS tu sesak..macam takde langsung 'kekosongan'..asyik kena serbu je...kaunter JS ada 3 buah dan ketiga-tiganya beratur panjang..*peminat JS ramai*..hari kedua dan ketiga ni aku lepak kat booth JS dan jalan-jalan cari penulis untuk sign kat novel mereka yang aku beli :)

` tiap-tiap tahun memang best la PBAKL...dapat jumpa penulis-penulis, kawan-kawan (baru & lama), adik-beradik Ulat Buku, sepupu-sepapat Geng Kicap..dapat jumpa adik-adik; Illina Ishak, Siti Suhaili Sarif & Airina Zahari...antara tiga orang ni Illina je yang aku nampak sama kat dalam facebook, Suhaili & Airina lain *hehehehe* terima kasih kerana sudi bertegur sapa dengan cik DN...jumpa lagi di PBAKL 2012, insya-allah...

Friday, April 22, 2011

DN : Pesta Buku bermula..

akhirnya tepat pukul 10 pagi tadi, Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 bermula....aku lepak dari pukul 10 sampai la 5.45 petang..banyak aku borong n yang pastu semua tu termasuk dalam list yang aku dah buat..so, biarlagh gambar berbicara..banyak gambar..ari ni bagi korang 'cuci mata' tengok gelagat pembaca di booth Jemari Seni...




Tuesday, April 19, 2011

DN : Menghitung hari ke Pesta Buku (ii)

hai semua...

pekabar korang hari ni? harap-harap sihat..kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat, hujung minggu ni nak berpesta di pesta buku antarabangsa kl 2011 :)Link
ari ni aku cuti..cuti sempena besday sultan perak..*napalah cuti ni tak hari khamis je? kalau hari khamis petang rabu aku dah gerak gi kl hehehe*..bestnya..ari ni dah selasa...esok rabu, khamis dan JUMAAT..yes! pesta buku semakin menghampiri..semakin terasa bahangnya..aduhai makin tak sabar aku nak ke sana...*sabar cik DN sabar hehehe* nak cite apa ye n3 ni..oh, cite pasal diskaun menarik kat pesta buku la ek...ok macam biasa, time pesta buku ni memang penerbit buat jualan best-best..banyak diskaun..baik untuk novel, buku agama, buku sekolah, komik, bahan-bahan bantu mengajar dan lain-lain la yang berkaitan dengan buku-buku dan ilmu-ilmu ni...antara diskaun yang menarik pastinya diskaun kat booth novel..aku ni peminat tegar Jemari Seni so aku promote JS dulu *takde la dapat apa komisen pun tapi aku suka nak promote syarikat penulis kesayangan aku dan kekanda-kekanda yang aku kenali ini...*

diskaun dari Jemari Seni

i) 20% untuk buku-buku terbitan 2011
ii) 30% untuk buku-buku terbitan 2006 - 2010
iii) JS Adiwarna BOM - RM10 [sebuah]
iv) Si Manis 17 - RM14 [sebuah]
v) Ada token istimewa

diskaun dari Alaf21 <-- sila klik

diskaun dari PTS <-- sila klik

Thursday, April 14, 2011

DN : Pesta Buku 2011 - senarai novel

Jemari Seni
1. Mencari Suami@JS.com : Normaslina Masri
2. Quartet : Saidatul Saffa
3. Baju Melayu Hijau Serindit : Syud
4. Contengan Jalanan : Hlovate
5. Langsir Biji Remia : Noor Suraya
6. Blues Retro : Imaen
7. Maaf, Saya Bukan Bibik! : Nashmin
8. Alahai Jijah : Dihsar Ludba Haqifa

Alaf21
1. Cinta Yang Kurasa : Anis Ayuni
2. Sayangku Merajuk : Ayu Emelda *
3. Aku Yang Menanti : Haiza Najwa *
4. Merdu Lirik Kasih : Durrah Fatiha

Buku Prima
1. Bisik-bisik Gelora : Fauziah Ashari

NB Kara
1. Sambal Kerang Najwa : Norhayati Berahim & Kusyi Hirdan

* dah beli tadi..nnt bawa utk penulis tandatangan je

Monday, March 14, 2011

Thursday, February 24, 2011

Cabaran 50 Buku - 'Jom Lomba Baca' - 2011

rasanya tengok tajuk dah tau nak cerita pasal apa kan....disebabkan C50B-JLB-2011 dah dapat penaja iaitu Jemari Seni Publishing, makanya syarat-syarat pernyertaan telah dikemaskini oleh pihak penganjur....sesiapa yang minat membaca boleh menyertai tapi pastikan anda baca syarat-syarat yang aku rasa cukup mudah unyuk diikuti..jadi, boleh klik sini untuk ketahui syarat dan hadiah yang disediakan oleh pihak penaja...boleh juga klik je tab Syarat & Penaja kat atas tu...