
Monday, May 2, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (10) Langsir Biji Remia - Noor Suraya

Wednesday, March 10, 2010
Senarai Novel untuk dibeli semasa PBAKL 2010 ii
2. Pulut Sakura Serunding Kasih - Leyla Shuri - KarnaDya
3. Damai - Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud - Jemari Seni
4. Layang-layang Bertali Kaca - Norhayati Berahim - NB
Thursday, January 7, 2010
Jaja & Din
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM 20.00
Klik--> Blurb <--
Jaja & Din mengisahkan tentang Jaja seorang anak doktor dan juga seorang media planner jatuh cinta pada ‘dia’ yang hanya dikenali melalui sekeping gambar. Hanya disebabkan sekeping gambar yang bisu itu, Jaja mengenepikan segala peraturan hati yang dia cipta dan pegang selama ini.
Jaja yang boleh dikelaskan sebagai perempuan moden jatuh cinta pada ‘dia’ yang berkopiah putih yang pastinya agak Islamik dan tidak semoden Jaja. Din…hanya itu yang Jaja tahu tentang ‘dia’. Selainnya Jaja tidak tahu tapi Jaja tahu dan yakin yang dia telah jatuh cinta pandang pertama (bukan bertatapan tapi pada gambar aje) pada Din.
Din, seorang guru sastera Bahasa Arab tidak pernah tahu bahawa Jaja yang moden itu jatuh cinta padanya kerana Jaja tidak ada ciri-ciri wanita impiannya. Din mahukan seorang wanita yang mulia, yang cekal, yang reda, yang tahu makna zuhud dan yang tidak akan mengalirkan air mata tatkala menghantar dia berjuang fi sabillillah. Sememangnya Jaja tak ada semua itu.
Demi cinta, Jaja sanggup berbuat apa saja untuk memastikan Din menjadi miliknya lalu Jaja dengan berani meminang Din untuk dirinya. Din macam mana?????
**********
Tersenyum lebar sebaik saja Jaja & Din dihabiskan. Macam-macam perasaan hadir tatkala aku membaca Jaja & Din dan aku suka sangat dengan buah tangan terbaru Noor Suraya ni dan yang pasti memang Noor Suraya tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya. Bahasa yang lembut menjadi ‘trade-mark’ untuk Jaja & Din selain
Jaja & Din bukan setakat kisah biasa tetapi juga dimasukkan unsur-unsur dakwah yang pastinya boleh mengisi jiwa yang membacanya. Jadi kalau ada yang mengatakan baca novel tak bagus, makanya apa yang diakatakan itu salah sebab Noor Suraya telah membuktikan bahawa melalui novel juga kita boleh berdakwah dan mendapat manfaat. Yang pastinya dalam naskah Jaja & Din ini banyak pedoman yang boleh kita kutip untuk dijadikan panduan hidup, itu yang pasti dan memang tidak rugi membeli, membaca dan memiliki Jaja & Din.
Buat Noor Suraya atau lebih kukenali sebagai Kak Su, TAHNIAH. Semoga Allah terus memberi Kak Su kekuatan dan idea untuk terus menulis. Insya-allah selagi ada hayat, saya akan sentiasa memberi sokongan untuk Kak Su terus menulis.
Monday, December 14, 2009
novel baru Jemari Seni; berada di psaran

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
Saturday, August 22, 2009
Pelangi : Syud, Hlovate, Noor Suraya
Pelangi = Iman Aisyah + Usamah Razif :D
Kisahnya macam ni...
` Iman buat kenduri arwah untuk parent dia kat rumah Mak Su dia..kebetulan masa kat kenduri arwah tu Iman jumpa dengan kawan arwah mak dia...makcik ni kenal arwah mak Iman masa arwah mengajar tentang haji. Makcik ni datang kenduri arwah tu dengan anak lelaki dia tapi Iman tak jumpa pun anak lelaki makcik tu.
` Masa on the way balik rumah, makcik ni bagitau kat anak lelaki dia yang dia berkenan kat Iman dan berharap sangat Iman tu jadi menantu dia tapi anak lelaki dia ni buat endah tak endah je, siap dia cakap "nanti nak cari menantu macam dia" dia tu Iman la...tapi makcik ni tak nak menantu macam Iman tapi nak Iman jadi menantu dia...
` Mungkin suratan atau kebetulan...one day, Iman 'berkenalan' dengan Usamah sebab Usamah tersilap masuk pejabat...sepatutnya dia jumpa audit tapi sebab salah faham penyambut tetamu, dia terjumpa la Iman...dan tetiba Usamah dah macam 'terpikat' kat Iman hehehehe
` Dan entah kenapa juga Usamah tiba-tiba je bersetuju nak tunaikan hajat mak dia yang nak dia kawin dengan anak kawan mak dia tu...pada dia, dia buat semua tu sebab nak bagi mak dia gembira..terus mak dia pergi merisik Iman dan Iman pulak of course la terkejut sebab angin takde, ribut takde tetiba ada orang datang merisik dan meminang...kawan arwah mak dia pulak tu...tapi masa dia tengok anak makcik tu dia terkejut sangat sebab dia dah kenal dengan anak makcik tu walaupun kenal secara tak sengaja dan anak makcik tu pun terkejut gak sebab dia tak sangka perempuan yang mak dia nak sangat jadikan menantu tu adalah perempuan yang dia kenal masa tersilap masuk pejabat dan yang dah dia 'terjatuh hati'...sesungguhnya Iman Aisyah tak sangka yang anak makcik tu adalah Usamah Razif dan Usamah Razif juga tak sangka bahawa perempuan yang mak dia nak sangat jadi menantu dia tu adalah Iman Aisyah...
` Semua berlaku dengan pantas..Usamah macam dah tak sabar-sabar nak kawin dengan Iman sampaikan dia siap upah wedding planner tanpa bincang apa-apa dengan Iman..akhirnya Iman Aisyah selamat menjadi isteri kepada Usamah Razif...
` Lepas kawin, Iman dan Usamah mula mengenali diri masing-masing dan bercinta la...mula-mula semuanya berjalan lancar tapi tetiba muncul Syaz..dia ni ex-girl Usamah...kalau setakat muncul gitu-gitu je takpelah juga tapi Syaz muncul dengan satu kenyataan yang amat perit untuk diterima oleh sesapa pun termasuklah Iman...Usamah pernah ada anak dengan Syaz...tak ke gila jadinya..isteri mana pun sure takleh nak terima perkara tu kan...Usamah pun terkejut dengan perkara tu, walaupun satu ketika dulu dia agak liar tapi dia yakin yang dia tak pernah buat sesuatu yang melebihi had tapi bila Syaz asyik meyakinkan dia tentang 'anak' tu, dia jadi was-was..sekejap tak percaya anak tu anak dia, kejap dia percaya anak tu anak dia...Iman pun mula-mula tak percaya tapi bila dia jumpa Syaz, dia jadi macam yakin la juga yang anak Syaz tu adalah anak Usamah jugak...sudahnya, sebab masing-masing tertekan, Iman dan Usamah berpisah untuk 'setengah jam'...
` Betul ke anak Syaz tu anak Usamah juga? Betul ke Iman dan Usamah berpisah hanya untuk 'setengah jam'? Erm..kalau nak tau semua tu, kenalah baca sendiri..dan kalau nak tau juga kenapa tajuk ceritera ni PELANGI, pun kena baca sendiri...
` Cite ni asalnya online…dan aku syukur sangat bila JS terbitkan e-novel Syud ni...memang aku, adik-beradik UB dan peminat Syud berharap agar cite Iman Usamah ni dibukukan dan syukur apa yang kami nanti muncul akhirnya...TAHNIAH syud; akak suka sangat dengan ending dia..
` Pelangi ni ada macam-macam rasa...ada sedih, kelakar, geram dan macam-macam la konflik perasaan..ada masanya sedih, ada masanya kelakar, ada gak rasa geram dan ada gak rasa macam nak meletup dada sebab tahan perasaan…
` Iman tu jenis yang tenang je even dia berhadapan dengan satu masalah yang besar…(kalau aku belum tentu aku setenang Iman Aisyah)..Usamah pulak..aduh..aku rasa macam lelaki idaman hehehehe (Syud, carikan akak ‘Usamah’ hehehehe) tak putus asa nak membahagiakan Iman..padahal Iman tu kadang-kadang buat Usamah tu macam tak wujud je hehehehe
` Secara jujurnya, aku memang suka sangat PELANGI…ending dia pun memang best…puas hatilah dengan ending kisah hidup Iman Aisyah dan Usamah Razif ni…tak rugi baca..memang berbaloi….TAHNIAH syud..
p/s : syud, akak dah tak sabar nak ‘jumpa’ Teja Aulia pulak..:D
Ceritera II : Ked's Story
` Ked seorang skater…kiranya kat area tempat tinggal dia tu, semua orang kenal dia la…nak jadi cerita, satu hari masa dia nak gi main skateboard tu, terjadilah satu insiden…deck yang dia sayang tu Hellrose Deck James Atkins Diet terkena sos spaghetti...
` Disebabkan rasa bersalah sebab dah ‘rosakkan’ deck kesayangan Ked, Nawal hantar ‘sesuatu’ untuk Ked. Dia order kat Skate America; Foundation Deck Pop Top Logo dan buku tentang Diet yang ditulis oleh Dr. James Atkins. Tapi Nawal tak letak nama dia, dia letak: Hadiah. Ked terkejut giler masa dapat benda-benda tu semua…dan dia belikan perfume untuk Nawal sebagai balasan.
` Hari berlalu dan berganti tahun. Tiba-tiba Ked bertemu semula Nawal masa diaorang temankan kawan masing-masing berdating..ntah camne, Ked macam dah tersuka kat Nawal…tapi Ked macam tak sure dengan perasaan dia sebab dia tak penah bercinta..berbeza ngan Nawal sebab Nawal pernah sekali bercinta…at last masing-masing macam dah tersuka antara satu sama lain tapi masing-masing ego..tak nak tunjuk…Ked tak reti nak luahkan dan Nawal pulak macam serik la nak bercinta sebab ada pengalaman cinta yang pahit sebelum ni…
` So, macam mana? Dapat ke diaorang ni bersatu? Kalau dapat macam mana Ked luahkan perasaan dia pada Nawal? Nawal pulak setuju ke nak terima Ked sebagai teman hidup dia? Hah, nak tau korang kena baca sendiri..aku jamin tak rugi…hehehe..
` Aku suka cite ni…hlovate ni memang best..tak hairanlah kalau ramai peminat dia..masa kat KLIBF ari tu, ramai yang cari buku baru dia…masa tu buku paling baru hlovate: rooftop rant..
` Apa yang best dengan cite karya hlovate? Dia guna bahasa yang santai dan sempoi…(walaupun ada yang aku tak berapa faham hehehehe) tapi aku tetap suka..cerita dia tak payah nak susah-susah fakir..relax je baca cite dia…dan lagi satu, kebanyakkan cite dia bukan hanya ada cerita tapi ada juga pengajarannya…bukanlah cerita kosong semata-mata..dan yang pasti setiap cerita dia mesti ada unsur dakwah tu…bagus sebab berdakwah dengan cara menulis novel ni…sebab kadang-kadang budak-budak muda bukan nak pergi masjid atau surau untuk dengar orang menyampaikan hal-hal agama ni..so bila dah diselitkan unsur Islam dalam novel ni bagus…
` TAHNIAH hlovate..hopefully one day, akak akan dapat jumpa awak…teruskan menulis…tak sabar nak tunggu next story…
` Sejak umur 12 tahun, Durrah tahu yang dia hanya anak angkat Haji Hambali dan Hajah Halima. Dia juga tahu bahawa ayahnya berada di Bandung namun dia tidak pernah hendak ke sana bertemu ayahnya. Kasih sayangnya hanya untuk umi dan abah di Pulau Duyung...atas sebab itu juga Hajah Halima terkejut bila Durrah menyuarakan isi hatinya untuk bertemu dengan ayahnya di Bandung. Sebenarnya Durrah 'jauh hati' dengan Mubin dan Nabil. Kedua-dua lelaki itu telah melukakan hatinya. Mula-mula Mubin...memutuskan ikatan pertunangan mereka dengan hanya mengirimkan telegram...Lupakan aku saja, Durrah.. Baru je hati Durrah yang luka tu nak baik, Nabil pulak melukakan hati Durrah...sebab apa? sebab nak balas dendam pada Durrah..dulu Nabil pernah minat dan suka pada Durrah tapi Durrah tolak Nabil dengan alasan mereka adik-beradik..jadi, bila che' meninggal dan meninggalkan wasiat agar Nabil berkahwin dengan Durrah, Nabil tak nak la...siap keluarkan ayat-ayat power lagi...so, atas sebab-sebab tu juga Durrah nak pergi Bandung jumpa dengan ayah dia, Ungku Iskandar...pada Durrah 'abang-abang' dia tu semuanya tak baik kecuali Abang Haiqal..dia je yang tak pernah sakitkan hati Durrah...
` Sebenarnya, bukan Mubin dan Nabil je 'abang' Durrah yang suka kat Durrah tapi Abang Haiqal tak terkecuali...dia pun suka sangat pada Durrah tapi dia ni slow...dia tak macam Mubin dan Nabil yang selamba meluahkan isi hati pada Durrah...akhirnya bila Durrah bawa diri ke Bandung, Abang Haiqal tu macam resah gelisah je...ye lah, takut Durrah 'hilang' terus dari pandangan mata dia...
` Apa akhirnya? Durrah terus stay kat Bandung ke? Macam mana dengan Mubin? Bahagia ke dia dengan isteri dia? Nabil macam mana? Abang Haiqal? Kawin dengan siapa? Relakah dia nak kawin dengan orang lain selain Durrah? Durrah pulak kawin dengan siapa? Dengan orang Malaysia atau orang di Bandung? Nak tau kena baca sendiri :D
` cite ni pun asalnya e-novel...kak su letak kat blog dia...memang ramai la peminat kak su..sebelum e-novel ni dibukukan, aku selalu doa agar kak su jadikan cite tu ke versi cetak..syukur, akhirnya ianya dibukukan...TAHNIAH kak su...
` aku suka sangat cite ni...suka watak Durrah yang aku rasa seorang yang lemah-lembut tapi tetiba leh jadi keras hati bila hati dah selalu dilukai...lepas tu aku suka sangat bila Durrah cemburu pada 'bakal isteri' Abang Haiqal...terbocorlah rahsia Durrah akhirnya :D aku juga suka dengan Abang Haiqal..walaupun dia slow tapi berbaloi..hehehehe kesimpulannya memang aku suka sangat cite ni...seperti biasa, cite kak su macam betul-betul terjadi...'hidup'..
p/s: kak su, bila saya boleh 'jumpa' Jaja & Din? tak sabar ni... :D
Tuesday, October 28, 2008
Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya - Jemari Seni
` saya suka sangat dengan Panggil Aku Dahlia (PAD) sebab jalan cerita yang mudah untuk difahami..segalanya diceritakan dengan ditulis dengan santai jelas..penulis mengupas PAD dengan begitu baik sehingga saya merasakan bahawa Putri Dahlia, Wadi Hannan dan lain-lain benar-benar wujud…sekadar mengambil satu contoh : semasa Dahlia plan nak jadikan rumahnya sebagai rumah rehat…penulis mengupas bagaimana persiapan yang Dahlia lakukan untuk merealisasikan impiannya…dari di mana nak letak sofa, nak letak kaunter untuk customer service hingga apa yang Tasneem nak buat kat dapur, semuanya dikupas dengan teliti..sehingga kan saya yang membaca dapat membayangkan di depan mata susun atur dan suasana rumah teh timor dan seolah-olah saya juga berada di dalam Rumah Teh Timor..membantu Dahlia, Tasneem, Farhan & Mak Bibi…tidak ramai penulis yang memberikan kupasan yang begitu teliti seperti yang dilakukan oleh noor suraya…pada saya inilah keistimewaan karya noor suraya… karyanya ‘hidup’…lagi satu keistimewaan novel-novel noor suraya ialah pantunnya…dalam SUUN ada pantun, dalam PAD pun ada pantun walaupun tak sebanyak pantun dalam SUUN…
` ada beberapa babak & dialog yang menarik hati saya..antaranya (1) “kata orang, kalau kita menangis bila kupas bawang, kita ni pencemburu” – bab 29; betul ke apa yang Mak Bibi cakap tu…saya pun tak tahu tapi yang pasti saya suka dan akan ingat dialog tu sampai bila-bila sebab saya bila kupas bawang mesti akan menangis..agaknya betul la kot saya ni pencemburu hehe (2) “uncle…saya mohon izin, saya saya ingin memperisteri anak perempuan uncle, Putri Dahlia …dalam waktu terdekat” – bab 39; saya suka dialog tu sebab pada saya dengan cara itu Wadi Hannan menunjukkan keikhlasannya untuk menjadikan Dahlia suri hidupnya dan dia seorang yang berani walaupun dia tahu mungkin ayah Dahlia tak akan menerimanya sebab keluarga mereka bermusuhan..
` dalam setiap novel wajib ada watak yang berkesan di hati kita..begitu juga saya..ada 2 watak yang berkesan di hati…siapa? tentulah Putri Dahlia Megat Qais & Wadi Hannan Datuk Ma’arof…kenapa? Sebab pada saya Dahlia seorang yang tenang walaupun dia dan keluarganya diberi dugaan yang agak hebat apabila ibunya dituduh membunuh diri dan sebahagian daripada kebun Teh Timor milik keluarganya dirampas oleh keluarga Wadi Hannan yang mahu memperluaskan lading Teh Sutra gara-gara dendam zaman berzaman…Dahlia juga sabar menanti Wadi Hanna selama 11 tahun kerana dia percaya bahawa dia dan Wadi Hannan telah ditakdirkan untuk hidup bersama…Wadi Hannan pulak masa sekolah teramatlah jahat (kata dahlia) sebab suka sangat mengusik Dahlia sehingga meninggalkan kesan parut kekal di dagu Dahlia…tapi bila dewasa Wadi jadi seorang yang penuh diplomasi dalam menangani urusan ‘merampas’ kebun Teh Timor milik keluarga Dahlia…dan dalam diam jatuh ‘chenta’ pada Dahlia…namun dugaan melanda apabila mendapat tahu ayahnya telah membuat onar beberapa tahun lalu menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan Dahlia..namun kesetiaan Wadi Hannan tak boleh dipertikaikan lagi kerana sepanjang 11 tahun dia tetap berpegang pada janji untuk hidup bersama Dahlia…(ada ke lagi dalam dunia reality ni lelaki macam Wadi Hannan ni?)
` antara pantun yang ada dalam Panggil Aku Dahlia;
Anak napuh mati terpancung,
Ambil matanya kedua-dua,
Biar disempuh emas lancing,
Kilat tembaga tampak jua.
Endak dulang diberi dulang,
Dulang berisi bunga lada,
Endak pulang diberi pulang,
Pulang diiringi si air mata.
Kalau tidak kerana bulan,
Bintang tidak terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Saya tidak sampai ke mari.
Tuesday, May 22, 2007
Gurindam Jiwa
Penulis : Hlovate, Imaen & Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM21.00
Jemari Seni membuat sedikit kelainan dengan menggabungkan 3 buah ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa. Cara begini jarang dibuat oleh pihak yang menerbitkan novel tapi pihak Jemari Seni melaksanakannya. Ada juga penerbit yang terbitkan kompilasi novel tapi itu untuk novel bagi penulis yang telah mempunyai beberapa novel sebelumnya dan dibukukan semula dalam bentuk kompilasi. Satu lagi, seingat aku, aku satu penerbitan yang pernah buat kompilasi begini tapi cerita yang sama ditulis oleh 2 penulis. Ternyata Jemari Seni membuat sedikit kelainan, menghasilkan kompilasi 3 ceritera baru yang tiada kaitan antara satu sama lain.
Tahniah kepada JS. Dengan cara ini sekurangnya-kurangnya ia memberi peluang kepada penulis yang menulis cerita lebih panjang dari cerpen tapi tak boleh nak buat satu buku yang tebal sebab jalan cerita dah tamat n no idea nak sambung. Membukukan ceritera mereka.
Doa dan harapan agar selepas ini pihak Jemari Seni akan terus menerbitkan buku-buku bukan sahaja novel yang menarik dan bermutu tetapi juga buku-buku masakan.
Ceritera I : Schubert’s Serenade – Hlovate
“Scubert’s Serenade… lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui ‘waktu itu’ bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya
mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini…tiada sejarah dengan air mata.”
There could be beauty in tragedy, anyway
Walaupun baru pertama kali bersua, Ju’a terus melancarkan perang dengan Shah. Dia menganggap kehadiran Shah dalam keluarganya akan membataskan segala pergerakannya. Dia jadi rimas tatkala memikirkan bahawa dia perlu menutup aurat sepanjang masa terutama tika Shah ada di rumah. Bukan dia tidak suka mamanya berkahwin dengan Uncle Zainal tapi dia kurang senang dengan anak Uncle Zainal itu, Shah. Namun, Ju’a teruja apabila dia mendapat tahu bahawa dia dan Shah mempunyai minat yang sama, meminati muzik. Lalu, termeterailah perjanjian damai antara Ju’a dan Shah. Sejak itu, mereka betul-betul menjadi adik-beradik. Ju’a mula menerima dan menyayangi Shah sebagai abangnya dengan hati yang tulus. Namun, satu tragedy berlaku tatkala mereka berdebar menanti kedatangan ahli baru keluarga mereka. Shah dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan menemui Ju’a, Ucop, Uncle Zainal, mama & bakal ahli keluarga di hospital. Pemergian Shah turut membawa bersama kebahagiaan dan kegembiraan yang ada pada Ju’a selama ini. Ju’a tidak dapat menerima pemergian Shah, setiap sudut, setiap benda yang dilihat semuanya mengingatkan Ju’a kepada Shah yang amat dia saying. Bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah Ju’a meneruskan kehidupan seterusnya menerima kenyataan bahawa Shah telah pergi meninggalkan dia dan keluarganya?
Shah ~ Kita kena selalu ingat… orang yang kita sayang sangat tu, sayang kita macam mana kita sayang dia. Diaorang pergi dulu bukan sebab tak sayang kita, tapi sebab Dia lebih sayang ayah Ju’a dengan mama abang. Lebih dari kita semua sayang diaorang. Lagi pun, sooner or later kita akan jumpa diaorang balik. Percaya dengan janji Tuhan, Ju’a. Nanti kita akan jumpa balik diaorang. Ju’a jumpa ayah Ju’a, abang jumpa mama abang. Sebenarnya tak sejauh yang kita fikirkan. Hanya dipisahkan oleh satu garis je. Life and death. Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung paling kuat.
Ju’a ~ Nanti Ju’a nak jumpa abang jugak. Ju’a akan doakan abang.
Kataku:
Ceritera kedua dari Hlovate. Masih menggunakan gaya bahasa anak muda tetapi mudah difahami dan santai. Ayat-ayat yang disusun begitu indah dan betul-betul membuatkan kita ‘ada’ dalam ceritera itu. Cuma watak Ju’a yang agak kasar itu seakan ada persamaan dengan watak Ana (5 Tahun 5 Bulan). Hlovate begitu pandai memainkan perasaan pembaca. Aku menyelami watak Ju’a. Jadi, bila Ju’a marahkan Shah, aku turut rasa marah, bila Ju’a happy dengan Shah sewaktu mereka sama-sama memainkan lagu-lagu kegemaran mereka, aku juga happy, masa Ju’a tension sebab kena siapkan Add Maths dengan Shah, aku juga turut tension sebab aku tau macam mana rasanya membuat Maths atau Add Maths dalam keadaan ‘otak’ dah takleh terima dan aku turut menahan sebak tapi akhirnya menitiskan air mata tatkala Ju’a menerima berita Shah meninggalkan mereka buat selamanya. Mungkin aku ni sensitive sangat tapi memang aku sedih. Aku letakkan diri aku kat tempat Ju’a. Baru mula jatuh kasih dan sayang pada seseorang yang memang boleh dianggap abang yang paling sempoi, dia pergi meninggalkan kita. Sedih sungguh. Tahniah Hlovate. Saya doakan awak sihat dan akan tulis lebih banyak cerita.
Ingin mengenali Ju’a & Shah? Dapatkan segera Gurindam Jiwa. Pasti tak akan kecewa.
Ceritera II : Vendetta – Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
“Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! Aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu. Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!.”
‘Aku’ menjadi seorang pendendam lantaran kematian isteri tercinta,Lia tatkala mereka berdua bergembira untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran isterinya. Tidak mereka menduga bahawa kunjungan mereka ke kedai emas tersebut mengundang kematian dan kesedihan. Dia berusaha menjejaki perompak yang sekaligus menjadi pembunuh isterinya.
Kataku:
Muncul seorang lagi penulis thriller. Aku sebenarnya kurang menggemari cerita yang berunsur thriller tapi cerita thriller yang ditulis oleh Imaen ni menarik minat aku untuk membacanya. Cerita yang menarik walaupun baru pertama kali menulis. Imaen menulis ceritera ini dengan teliti sampai aku boleh bayangkan apa yang terjadi dan sebagainya cuma yang aku tak puas hati ialah watak ‘aku’. Aku tertanya-tanya nama ‘aku’ sebab nama orang lain ada. Nama isterinya, adiknya tapi namanya tiada. Mungkin sesetengah orang kata tak perlu nama tapi aku perlu tahu nama. Mungkin aku dah terbiasa bila baca novel, aku nak tahu nama watak-wataknya kemudian barulah kata ganti nama aku atau dia, ini terus-terusan aku. Ke nama ‘aku’ tu Vendetta? Aku tak faham tentang itu tapi yang pasti aku faham jalan ceritanya. Itu yang penting tapi aku harap for the next book, Imaen akan letakkan nama bagi watak utama dia dengan jelas supaya pembaca yang macam aku ni, bila baca rasalah puas hati sebab ada nama watak dengan jelas. Teruskan menulis dan aku tak sabar nak dapatkan novel Imaen yang seterusnya ; Labyrinth.
Ceritera III : Hati Andriyana – Noor Suraya
Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta ‘dia’ yang menyimpan seribu rahsia, ‘dia’ yang menyimpan seribu cerita, ‘dia’ yang ingin berkongsi sebuah rasa : Aliya dan Manjalara.
Dalam Gurindam Jiwa ini
Majalara bercerita tentang rahsia hatinya
Aliya melukis tentang rasa hatinya
lalu Fitri hadi akan mewarnakan citra pertama ‘dia’ di hatinya
Walau apa pun ceriteranya, di pena Noor Suraya:
Ku Fitri masih seorang ‘Qais untuk Lailanya’ dan Raden Andriyana…masih seorang puteri
Andriyana bermadah :
“Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk;
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.”
Tahun 1922 yang ditinggalkan membawa suatu cerita baru dalam hidupku. Aku tidak pernah menyangka, beginilah catatan perjalanan hidup yang tertulis untukku daripada-Nya; sebuah jalan berliku yang penuh ranjau. Aku juga tidak pernah menyangka akan merantau jauh dari Tanah Bonda meninggalkan keratin ini ke Tanah Cinta. Lalu akhirnya aku kekal di Tanah Ratu.
: Raden Andriyana Daeng Ali
Kataku:
Ampun kak su. Sesungguhnya dalam banyak-banyak karya Kak Su, saya paling blur dengan Tanah Andriyana kemudian bila baca Hati Andriyana masih blur. Sebagaimana Tanah Andriyana yang saya baca dua kali begitu juga dengan Hati Andriyana, saya kena baca dua kali baru faham. Agaknya saya tak lulus bahasa sastera n seni kak su untuk TA & HA hehehehe
Untuk pengetahuan, Hati Andriyana adalah kembar kepada Tanah Andriyana yang juga ditulis oleh Noor Suraya tapi Tanah Andriyana diterbitkan oleh CESB.
Hati Andriyana menceritakan kepada semua bahawa keluarga Aliya & Hadi masih bermusuhan sedangkan mereka sebenarnya adalah bersaudara. Permusuhan antara kedua keluarga tu sudah lama dan seakan tersimpul mati lalu Aliya & Hadi cuba untuk membuka simpul mati itu agar terlerai. Hadi bersungguh-sungguh menjejaki salasilah keluarga mereka dengan harapan bahawa suatu hari nanti keluarganya dan keluarga Aliya akan bersatu dan tidak bermusuhan. Sekaligus dapat membersihkan nama moyang Aliya iaitu Raden Andriyana dari belenggu fitnah.
Seperti mana karya Noor Suraya yang lain, dalam HA juga ada pantun yang diselitkan. Bahasa yang digunakan oleh Noor Suraya juga sebenarnya mudah difahami tapi untuk aku, ia perlu dibaca dengan penuh ketelitian. Bahasa yang digunakan oleh Noor Suraya dalam HA begitu indah seperti mana TA. Aku kagum dengan cara Noor Suraya membuat salasilah keluarga Hadi-Aliya dan keturunan nenek moyang mereka dengan teliti. Bukan senang nak mencipta salasilah seperti itu namun Noor Suraya berjaya melakukannya. Cuma aku keliru n blur (macam aku bagitau awal-awal tadi) juga. Mungkin sebab ada nama Ku Fitri dan kemudian Fitri Hadi. Memang aku jadi blur..kalau sesapa yang baca lompat-lompat memang tak akan faham. Aku rasa ini macam taktik juga…sebab kalau orang baca lompat-lompat pasti tak faham jadi nak faham kena baca betul-betul. Satu pesanan aku, jangan tension-tension masa baca HA sebab kalau anda tension semasa baca HA anda akan jadi tak faham..hehehe..selamat menikmati buah tangan baru dari Noor Suraya. Bagi yang pernah baca Tanah Andriyana WAJIB baca Hati Andriyana kalau anda semua nak tahu apa kesudahannya. Kalau tak nak tahu suka hatilah nak baca ke tak.
p/s: yang pasti aku suka sangat dengan semua ceritera yang ada dalam Gurindam Jiwa ni...untuk ketiga-tiga penulis, teruskan menulis..saya sentiasa menyokong anda...
Saturday, May 12, 2007
Surat Ungu Untuk Nuha
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM20.00
Kecewa dengan perkahwinan Engku Faisal, Nuha membawa diri ke Kedah. Alasan yang diberi untuk tidak hadir ke majlis perkahwinan Engku Faisal ialah tiket ke utara sudah habis. Dalam perjalanan ke Utara itu, menaiki keretapi Senandung Malam, Nuha dipertemukan dengan Alang tetapi insiden yang berlaku dalam perjalanan tersebut membuatkan Nuha membenci Alang. Memang telah ditakdirkan bahawa Nuha dan Alang ada jodoh kerana mereke dipertemukan sekali lagi dan siapa sangka bahawa Nuha akan menyewa di rumah emak Alang, Mak Cik Raja.
Benci yang tersemai dalam diri Nuha sejak mula bertemu Alang menjadi semakin ‘mekar’ dek kerana usikan dan perangai Alanag terhadap Nuha dan semakin ‘membesar’ bencinya tatkala Nuha mengetahui bahawa Alang adalah sepupu kepada Engku Faisal. Benci Nuha semakin menjadi-jadi apabila dia mengetahui bahawa Alang terlibat dalam memperkenalkan Engku Faisal dengan Raniya.
Persengkataan antara Nuha dan Alang berterusan sehinggalah Alang ditimpa musibah hingga menyebabkan dia hilang penglihatan. Peristiwa itu menyebabkan Nuha berubah sikap. Sedikit demi sedikit dia cuba untuk berbaik dengan Alang dan dengan rela hati sudi menjadi mata Alang dan dalam masa yang sama, Alang juga seakan-akan terpikat dengan Nuha.
Adakah Nuha akan menerima cinta Alang? Dapatkah Alang melihat semula? Apakah kesudahan Surat Ungu Untuk Nuha?
Kataku :
SUUN hanya sebuah kisah cinta yang biasa tapi digarap dengan begitu santai dan istimewa oleh Noor Suraya. Cara garapan Noor Suraya membuatkan aku betul-betul dapat menyelami hati Nuha & memahami hati Alang. Aku dapat rasakan kepedihan dan rasa jauh hati Nuha terhadap Faisal, aku senyum dan ketawa sendiri bila terbayang Alang yang jatuh ke dalam kolam, aku terasa sakit bila Alang merintih sakit semasa pergelangan tangannya dijahit halus oleh Nuha, aku turut merasa sedih bila Alang kehilangan penglihatannya, aku kagum dengan Nuha yang sanggup menjadi ‘mata’ Alang tatkala mengarang puisi-puisi. Kesimpulannya aku seolah-olah merasai apa yang dialami oleh Nuha dan Alang. Begitu berkesan gaya penulisan Noor Suraya.
Nilai murni yang paling penting yang diterapkan oleh Noor Suraya dalam SUUN ialah jangan terlalu sukakan seseorang kerana belum tentu dia jodoh kita dan bila kita terlalu sukakan seseorang, sekiranya kita dilukai, lukanya terlalu sukar untuk sembuh jadi sebaiknya kita menyukai seseorang itu seadanya. Kita juga tidak boleh terlalu membenci seseorang kerana mungkin juga seseorang yang kita benci itu adalah jodoh yang terbaik buat kita. Jadi berfikirlah dahulu sebelum kita menyukai atau membenci seseorang.
Bagi peminat novel, jangan lupa dapatkan Surat Ungu Untuk Nuha sebagai koleksi novel anda. Bagi yang mengikuti dan ‘melihat’ Surat Ungu Untuk Nuha (versi e-novel), jangan lepaskan peluang untuk ‘memegang’ Surat Ungu Untuk Nuha (versi cetak).