Showing posts with label nisah haron. Show all posts
Showing posts with label nisah haron. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Lentera Mustika ; pantun

Kuda hitam pelana kain,
Bunga seganda di dalam dulang,
Niatku tidak pada yang lain,
Hanya pada tuan seorang.

Anak Cina membawa kereta,
Hendak melawat ke luar negeri,
Sudah lama aku bercinta,
Jodoh tak dapat ditukar ganti.

Padi pulut di dalam pinggan,
Padi Jambi tepi perigi,
Janji mulut boleh lupakan,
Janji hati bawa ke mati.

Sayang selasih sama selasih,
Kalau tinggi ambil galah,
Sungguhpun jadi bertemu kasih,
Jodoh pertemuan di tangan Allah.

Buah selasih si putik pauh,
Buat santapan di pagi hari,
Orang kukasih semakin jauh,
Rasa tak mungkin bertemu lagi.

Terbang tinggi di burung undan,
Pagi hari matahari segalah,
Sudah nasib permintaan badan,
Kuturut sahaja kehendak Allah.

p/s: semua pantun di atas, ada dalam Lentera Mustika dan telah dinyatakan siapa penulisnya..harap maklum...

Lentera Mustika - Nisah Haron

Professor Madya Ainur Mustika, wanita elit yang mengharapkan nyalaan lentera cinta dalam hatinya. Dia mengakui, tidak lengkap hidupnya tanpa suami di sisi lain hatinya, dia bertanya, adakah ia benar kini? Pada saat cinta semakin mendekat, hatinya pula semakin berkicau dengan pertanyaan-pertanyaan apakah akhir sebuah cinta, dan bermulalah dilema Ainur Mustika.

` Sejujurnya, aku tak pernah sekali pun membaca nvel Nisah Haron walaupun aku pernah 'jumpa' novel-novel dia yang terdahulu dan aku pernah dengar namanya. Tetapi masa aku nampak Lentera Mustika dan hanya membaca komen Dato' A. Samad Said di muka depan dan blurb di belakang, aku terus tak fikir panjang, ambil dan terus bayar. Gerak hati kuat mengatakan yang Lentera Mustika tidak akan menghampakan aku.

` Dalam Lentera Mustika ada cinta, ada ilmu...memang lain dari yang lain...kiranya tak rugilah aku membeli dan membaca Lentera Mustika..rasa bahagia sangat baca watak Ainur Mustika ni...dia ni seorang yang gigih memperjuangkan puisi warisan..dan disebabkan puisi warisan itulah dia bertemu jodoh dengan Emir Johan, seorang peguam yang minat dengan puisi.

` Keseluruhannya aku suka cerita ni CUMA aku tak berapa suka ending tergantung yang Nisah Haron buat ni...bukannya apa, aku memang kureng suka pada ending-ending tergantung sebab bila tergantung, aku kena buat spekulasi sendiri tentang kesudahannya..aku pasti Nisah Haron ada sebab untuk buat ending yang sebegitu dan mungkin juga akan ada Lentera Mustika 2...aku harap ending kehidupan Ainur Mustika dan Emir Johan baik-baik saja tapi kalau terjadi yang sebaliknya, aku kena redha sebab apa yang terjadi tu walaupun dalam novel, terjadi di dunia realiti yang kita perlu terima...

` Lagi satu, aku suka puisi-puisi dalam Lentera Mustika CUMA DAN aku berharap sangat yang Nisah Haron dapat buat cd nazam yang Ainur Mustika persembahkan dan sajak yang digurindamkan oleh Emir Johan dalam "Malam Puisi Warisan" tu...bukannya apa, aku ni tak pernah dengar gurindam dan nazam..jadi kalaulah dapat, aku nak la dengar dua perkara tu...(kalau pun Nisah Haron tak nak jual cd tu, please la buat untuk saya hehehe...saya teringin nak dengar..boleh tak?)