Showing posts with label dhiya zafira. Show all posts
Showing posts with label dhiya zafira. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (8) Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira


Novel terbaru dari Dhiya Zafira (DZ)...ternyata tidak mengecewakan....suka sangat baca cerita ni..dalam HBR (Hati Bergetar Rindu), DZ buat kelainan...antaranya DZ buat flashback...mula-mula masa sekarang pastu kena flashback...*rasa leceh juga sebab tengah syok-syok dah kena flashback macam pening sikit tapi takpe..masih boleh menjiwai* lepas tu DZ ada masukkan unsur-unsur thriller la juga sebab ada kisah-kisah jenayah kejam ni..kalau dulu penulis lelaki je yang suka masukkan unsur-unsur thriller jenayah kejam ni tapi sekarang penulis perempuan pun dah suka..sebelum ni jumpa dalam buku terbaru Lynn Dayana pasal thriller jenayah kejam ni sekarang dalama buku DZ pulak..kebetulan kan..pastu dalam cite ni juga DZ ada selit sikit-sikit watak-watak dari novel-novel dia sebelum ni *dulu penulis-penulis JS je yang selitkan unsur ni tapi sekarang ramai penulis dah mengikut..kalau dulu penulis alaf suka masukkan tajuk-tajuk novel kawan-kawan penulis alaf tapi now selitkan watak dari novel sendiri..kira promosi la ni..*

Dalam HBR, aku jumpa Sid atau ASP Ziyad Sidqi *macam dah terjatuhu cinta kat dia hehehe*..aduhai..nama dia..mengancam...'orangnya' pun mengancam juga..suka la watak Sid *ada ke lelaki betul macam ni..ada kot hehehe* dia seorang yang tegas time kerja, pastu caring juga orangnya...digambarkan seorang yang tenang je menghadapi apa-apa termasuklah menghadapi situasi yang betul-betul buat dia macam nak mati *apa tu? hehehe* kemudian, aku jumpa Arisa atau nama glamer Ari hehehe Ari ni macam ada konflik jiwa *bukan macam tapi memang ada* sebab apa? *baca sendiri* pastu jumpa la 'orang' lain macam Fauzan, Zarin, Esya, Angel, Mahadi dan lain...untuk kesudahan sila la beli n baca...

Semua ok cuma part flashback tak berapa suka sebab aku tak suka baca flashback-flashback ni...tapi bagus juga untuk orang yang suka baca lompat-lompat sebab dia tak boleh lompat masa baca HBR..kalau lompat juga pasti tak faham...

Tahniah DZ..teruskan menulis..kita jumpa pesta buku nanti ye...saya tunggu next novel awak...mungkin kisah Jimmy pulak? :)

kategori : tak boleh letak

Thursday, August 19, 2010

Jauh Kau Pergi - Dhiya Zafira - Alaf21

` Suka cite ni…rasa dalam 4 novel DZ, aku paling suka Jauh Kau Pergi…kenapa ek? Erm..ntah la tapi aku rasa cerita ni memang best dan lain dari novel2 DZ yg 3 lagi tu…Dalam JKP, suka sangat Afi ngan Rif…walaupun masa mula Rif macam nak menjauhkan diri dari Afi tapi sikap caring Rif tu buat aku suka sangat..memang padan la diaorang tu….

` Cerita ni memang buat air mata aku mengalir la especially bila Afi tau dia dah tinggal sorang je kat dunia ni walaupun hakikatnya dia ada kaum keluarga lain. Memang sedih…boleh bayangkan macam mana perasaan dia bila orang yang kita tunggu tu tak balik, yang balik hanya jenazah. Aku juga rasa teruja dengan ikatan persahabatan derang tu…kawan-kawan abang dia sanggup nak jaga dia, tolong dia yang dalam kesusahan…memang orang kata kawan masa suka duka la bukan kawan masa suka je..memang sahabat sejati..lagi satu, kagum dengan semangat cintakan Negara yang ditunjukkan Najmi dan kawan-kawan tapi Najmi la paling best..memang berkorban untuk Negara…

` Pengajaran..
(1) Walau apa terjadi kita kena lah terima keluarga kita seadanya..jangan bila dah takde baru nak menyesal-menyesal..
(2) Jadilah kawan/sahabat di saat susah dan senang bukan hanya ketika senang je, bila susah langsung kawan/sahabat tak Nampak muka..
(3) Kalau ada perasaan baik luahkan sebelum terlambat..

` Tahniah DZ..semoga lepas ni novel awak makin mantap…tapi antara 4 novel awak saya memang suka yang ni…suka sangat-sangat…rasa lain dari novel awak yang sebelum ni..teruskan menulis.

Friday, July 16, 2010

dah baca...

salam/hai..

` baru hari ni sempat nak update tapi just nak bagitau novel-novel yang dah habis dibaca...takde review buat masa ni sebab cik lappy rosak...so, ni novel-novel yang aku dah habis baca..

1. Seikat Kembang Merah - Imaen / Jemari Seni
2. Melur Bunga Ivy - Nazurah Aisyah / Jemari Seni
3. Untuk Awak Teja Aulia - Syud / Jemari Seni
4. Jauh Kau Pergi - Dhiya Zafira / Alaf21

` semua cite tu best..paling aku suka Melur Bunga Ivy....bagi yang minat novel, cepat-cepat cari novel-novel ni tau....

Wednesday, September 2, 2009

novel baru alaf21




sila lawat laman web alaf21 untuk baca blurb novel-novel di atas..tapi RUD saya dah publish komen saya kat n3 sebelum ni..TQ


Monday, August 31, 2009

Rindu Untuk Dia : Dhiya Zafira

Dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya.

` Amie Najla’ melarikan diri seminggu sebelum tarikh pernikahannya…tiada niat untuk memungkiri janji namun tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah sekiranya Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya.

` Lima tahun berlalu, akhirnya Amie Najla’ pulang ke Malaysia dengan harapan dia dapat memulakan hidup baru tanpa perlu mengenang apa yang terjadi dulu tapi lima tahun yang berlalu sebenarnya tidak mampu untuk memadamkan rasa rindunya terhadap Jad Imran. Namun kepulangan Amie Najla’ adalah satu kesilapan kerana kepulangannya mengundang dendam di hati seseorang…dendam yang mahukan Amie Najla’ menderita hingga ke hujung nyawa.

** ** **

` Amie Najla’ bertemu semula secara tak sengaja dengan Jad Imran ketika mahu melintas jalan. Namun, malang tidak berbau, Amie Najla’ kaku di atas jalan raya ketika mahu menadapatkan Jad Imran yang menantinya di seberang jalan. Akibat daripada kemalangan yang berlaku, Amie Najla’ mengalami Amnesia Retrograde (ketidakmampuan untuk mengingat kembali kejadian-kejadian sebelum terjadinya sesuatu insiden).

` Mulanya memang Amie hilang ingatan tapi satu hari , ingatan dia kembali pulih. Hani (kawan baik Amie) dan Jad gembira tatkala mendapat berita bahawa ingatan Amie telah pulih namun kegembiraan mereka hanya seketika…rupa-rupanya Amie tidak betul-betul pulih, sebaliknya dia masih hilang ingatan…hilang ingatan tentang apa yang terjadi selama 5 tahun itu…Amie begitu teruja ingin keluar dari hospital setelah doctor mengesahkan yang dia telah pulih…tambah gembira bila dia ‘teringat’ yang dia akan berkahwin dengan Jad dalam masa yang terdekat..Hani dan Jad tergamam…tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Amie bahawa Amie pernah melarikan diri seminggu sebelum perkahwinan mereka, tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Amie bahawa sekarang bukannya tahun 2004 sebaliknya tahun 2009…akhirnya setelah berbincang dengan Hani, Jad Imran bercadang untuk mengaku bahawa dia adalah ‘suami’ Amie Najla’ meskipun hakikatnya mereka tidak pernah menjadi suami isteri. Namun, pembohongan mereka terbongkar akhirnya…Amie Najla’ terkejut dengan apa yang berlaku…

` Apa sudahnya? Kenapa Amie Najla’ melarikan diri sebelum majlis perkahwinan mereka? Sampai bila Amie Najla’ akan hilang ingatan? Bila dia akan ingat semula apa yang berlaku? Jawapannya ada dalam Rindu Untuk Dia.

` aku suka RUD..jalan cerita straight je..tak payah nak fikir teruk-teruk...gaya bahasa pun mudah, takde nak bunga-bunga...bukanla aku ni 'anti' ayat bunga-bunga tapi kadang-kadang kalau ada ayat bunga-bunga tu jadi macam jiwa-jiwa pulak sebab cite ni ala-ala thriller gitu...hehehehe..

` cara DZ tulis tentang Amie Najla' memang aku kagum...aku tahu DZ mesti dah buat banyak rujukan dan disebabkan telitinya DZ 'melahirkan' watak Amie Najla' tu, aku rasa macam DZ pergi interview perempuan yang betul-betul mengalami penderitaan jiwa macam tu...untuk watak-watak sampingan tu pun aku puas hati la sebab aku boleh 'masuk' dalam 'diri' diaorang tu...

` keseluruhan jalan cerita, aku puas hati..tapi sebenarnya aku tak sangka macam tu ending dia..dan aku tak sangka betul perkara yang menimpa Suraya tu...memang aku tak dapat nak tahan sebak masa Jad luahkan rasa hati dia demi untuk 'melepaskan' Suraya..aku macam dapat rasa kesedihan yang Jad alami tu...ye lah, hati siapa tak sedih kan..nak lepaskan orang tersayang buat selamanya...tapi ending yang DZ buat tu memang ada dalam realiti kehidupan kita...nak tak nak kena terima..aku terima la ending sebegitu daripada ending yang tergantung yang memerlukan aku untuk 'membuat' ending sendiri..aku tak suka ending tergantung..aku rela cite tu ada kesudahan walaupun kesudahannya sedih atau tak seperti yang aku harapkan :D...TAHNIAH dhiya..saya tunggu cite seterusnya...


Wednesday, June 18, 2008

Rindu Belum Berhenti


Tajuk : Rindu Belum Berhenti
Penulis : Dhiya Zafira
Penerbit : Alaf21
Harga :

Perasaan ini 'kan kubawa hingga aku pergi

~~0~~

` novel kedua DZ...penulis mencipta genre yang berlainan untuk novel keduanya ini. menurut penulis RBB membawa genre 'action romantis'.

` RBB memang lain dari yang lain...selalunya 'action novel' ni penulisnya lelaki tetapi DZ memberanikan diri untuk menulis 'action novel' dan nyata keberanian dan kesungguhan DZ menghasilkan novel 'action romantis' ini berbaloi..

` aku puas hati baca RBB...jalan cerita jelas walaupun awal-awal lagi pembaca dah disogok dengan pertanyaan..dah namanya novel 'action romantis' mestilah ada unsur suspen...cuma pada aku, ada 2 kesan bila penulis buat pembaca tertanya-tanya di awal pembacaan..(1) kemungkinan pembaca bosan nak terus baca sebab awal-awal dah ada tanda soal..(2) kemungkinan juga pembaca akan terus baca sebab nak tau 'siapa'/'apa' yang berlaku seterusnya...tapi kemungkinan yang kedua terjadi pada aku...aku semakin nak tau apa jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan dalam RBB...

` secara keseluruhan memang menarik CUMA aku rasa letih nak habiskan RBB sebab lambat sangat nak tunggu ucapan cinta dari zack/izz untuk adni...:-)

` tahniah buat DZ..teruskan menulis..