Showing posts with label aleya anessa. Show all posts
Showing posts with label aleya anessa. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (11) Kasih Benar Kasih - Aleya Anessa

Akhirnya selesai juga aku membaca Kasih Benar Kasih (KBK)..buah tangan terbaru Aleya Anessa...cover KBK punyalah comel sampai aku terfikir,betul ke novel AA ni hehehe..dah macam cover buku cerita kanak-kanak je :D

KBK ni kisah apa sebenarnya? Kisah Annura dan Dinzley..sorang dah 29 tahun, sorang lagi dah 32 tahun tapi masing-masing masih belum berkeluarga...masing-masing masih sendiri..lantaran itu, kedua ibu bapa mereka yang kebetulan pulak kawan baik sejak sekolah, buat plan untuk menyatukan anak mereka..yang bestnya masing-masing kata "kami tak paksa" tapi dalam masa yang sama berharap agar mereka dapat berbesan..kelakar juga hehehe..sikap Annura & Dinzley ni memang kontra la ...Annura tu garang la juga terutama sekali bila Dinzley asyik menyakat dia dan dan perasan bagus hehehehee *cukup la cerita takat tu..nak tau lagi sila baca sendiri*

Monday, August 16, 2010

Tanpamu Aku Rindu - Aleya Aneesa - Alaf21

` Baru selesai membaca Tanpamu Aku Rindu (TAR)…seperti novel-novel yang sebelum ni, AA masih mengekalkan temanya iaitu kekeluargaan dan kasih sayang.

` TAR membawa kita ‘masuk’ ke dalam kehidupan Zuyyin dan Yazzer. Apa bezanya watak Zuyyin dengan watak-watak perempuan dalam novel-novel AA yang sebelum ni?? Aku rasa memang ada beza sebab kalau dalam novel-novel AA yang sebelum ni watak-watak perempuan tu semuanya watak ‘putih’ iaitu watak yang baik-baik je tapi kali ni watak Zuyyin tu watak ‘hitam’ walaupun bukan la watak yang hitam sangat tapi watak Zuyyin yang suka memberontak, marah-marah, tak menghormati orang tua dan juga orang-orang lain buat aku rasa memang Zuyyin tu jahat la…pada aku AA menjelmakan watak itu berdasarkan keadaan realiti sebab sekarang ni memang ramai yang berperwatakan seperti Zuyyin..tak hormat orang lain, tak hormat orang yang lebih tua dan paling menyedihkan tak hormat pada mak ayah sendiri..itu la yang AA ‘buat’ untuk Zuyyin.

` Dalam TAR, selain menyelami watak Zuyyin dan cuba memahami kenapa dia jadi macam tu, aku turut menyelami watak mama yang terlalu sedih bila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh bertukar sikap..dari baik menjadi tidak baik, tidak boleh ditegur langsung…juga menyelami watak selamba Yazzer *aku suka watak ni hehehe*

` Kali ni banyak pengajaran yang aku dapat *bukan maksudnya novel sebelum ni takde pengajaran ek tapi yg ini lagi banyak*..antaranya..
(1) jangan buat kesimpulan sendiri tentang sesuatu perkara walaupun kita nampak dengan mata kita sendiri
(2) hormat orang lain/orang yang lebih tua especially mak ayah kita
(3) berhati-hati dan pandai memilih kawan *jangan jadi macam Zuyyin*
(4) jangan sebut/doakan perkara yang tak baik pada sesiapa pun especially parents & keluarga kita
(5) sentiasa beringat masa kita senang
(6) menghargai apa yang kita ada & apa yang orang dah tolong kita
(7) walau marah atau merajuk sekali pun jangan sesekali off handphone sebab mana tau kalau masa kita off tu ada emergency ke apa ke *jangan jadi macam Zuyyin, menyesal tak guna*

` Akhir sekali, aku suka apa yang AA buat sebagai kesudahan…cerita ni meninggalkan kesan juga pada aku sebab melibatkan keluarga semua kan…cuba membayangkan kalau la apa yang buat Zuyyin menyesal tu terjadi kat aku *nauzubillah tak nak macam tu* tak tahu la macam mana aku nak teruskan kehidupan…AA kata cite ni bukan cite sedih tapi yang pasti air mata aku bukan setakat bergenang tapi menitis…

~ Tahniah untuk Aleya Aneesa atas ‘kelahiran’ Tanpamu Aku Rindu…saya tunggu next novel awak :D

Ayat-ayat yang menyentap jiwa:

“Orang tua tu mana?” tanya Zuyyin garang. *sanggup dia bahasakan parents dia orang tua*

“Bagus! Kalau tak balik terus pun lagi bagus!” Usai berkata-kata, Zuyyin terus keluar tanpa mempedulikan Zainah yang masih mengucap panjang dalam hati. *sampai hati dia doakan parents dia macam tu*


Saturday, February 20, 2010

Ulasan : Aku Mahu Kamu - Aleya Aneesa

“Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku”

Aku Mahu Kamu (AMK) membawa kita berkenalan dan mengikuti kisah hidup Qisya Khaleesa & Ziyad Fallah.

Perkenalan antara Qisya dan Ziyad bermula dengan perbalahan diikuti dengan isiden Qisya ‘mencuri’ pen oren milik Ziyad. Pertemuan antara mereka tak pernah kalau tidak bertekak namun akhirnya perbalahan mereka yang sentiasa tegang itu menjadi agak kendur apabila Qisya terpaksa meminta jasa baik Ziyad untuk menjadi ‘buah hati’nya untuk menyelamatkan diri dari bekas buah hatinya, Syakir yang telah berkahwin tetapi ingin kembali bersama Qisya. Ziyad yang mula sedar bahawa dia mula sukakan Qisya dengan senang hati bersetuju untuk menjadi ‘buah hati’ Qisya tetapi dengan syarat dan Qisya yang terdesak menerima syarat tersebut dengan berat hati. Dia tidak ada pilihan melainkan menerima syarat yang diberikan oleh Ziyad jika dia ingin Ziyad membantunya.

Mulanya hanya berlakon menjadi buah hati akhirnya mereka betul-betul menjadi buah hati. Tanpa mengambil masa yang lama, Ziyad melamar Qisya dengan pen oren yang pernah menjadi perebutan antara mereka berdua. Sebulan selepas itu, Qisya Khaleesa sah menjadi isteri kepada Ziyad Fallah.

Keharmonian rumahtangga yang dibina semakin bertambah dengan kelahiran putera sulung yang mereka namakan Faiq Fallah. Kehadiran cahayamata itu benar-benar membuatkan hidup Qisya dan Ziyad lebih bermakna. Namun, kegembiraan, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga mereka hanya sempat bertahan 2 tahun apabila Faiq Fallah kembali menemui Penciptanya. Qisya tidak menyangka bahawa sikap pelik yang ditunjuk oleh Faiq Fallah kepadanya sebelum kejadian memilukan itu merupakan petanda bahawa Faiq Fallah akan meninggalkan dia dan Ziyad. Ziyad tidak percaya dan tidak dapat menerima kematian Faiq. Dia begitu kecewa dengan kematian Fais dan lebih memeritkan apabila dia meletakkan 100% punca kematian Faiq Fallah ke atas bahu Qisya. Qisya yang selama ini menatang Faiq bagai minyak yang penuh dituduh cuai oleh suaminya sendiri. Sejak itu, Ziyad tidak lagi mengambil berat tentang Qisya. Dia hanya melayan perasaan sedih kehilangan Faiq tanpa memikirkan bahawa Qisya juga turut berduka dengan kejadian yang menimpa keluarga mereka. Akibat terlalu kecewa dengan sikap Ziyad, Qisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung orang tuanya kerana bagi Qisya, tidak ada makna dia tinggal serumah dengan Ziyad jika Ziyad terus tidak mempedulikannya. Bagi Qisya, Ziyad mungkin akan menjadi bertambah baik jika dia keluar dari rumah itu. Dia memohon izin Ziyad namun tiada respon yang diberikan oleh Ziyad. Akhirnya walaupun tanpa izin, Qisya tetap nekad namun, sebelum melangkah keluar, Qisya masih berharap agar Ziyad mengatakan sesuatu untuk menghalang dia pulang ke kampung namun apa yang diharapkan tidak berlaku. Tanpa Qisya sangka, rupanya dia mengandung dan ketika di kampung dia cuba menghubungi Ziyad untuk memaklumkan perkara tersebut namun dia cukup kecewa kerana tidak pernah sekalipun Ziyad menjawab panggilannya atau menghubunginya lalu Firyal Ibtisam dilahirkan tanpa perhatian suami. Qisya berharap dengan kelahiran Firyal, dia dapat menebus kesalahannya terhadap Ziyad yang dianggap lebih mementingkan anak dari isteri sendiri lalu Qisya nekad untuk menyerahkan Firyal Ibtisam setelah habis berpantang 44 hari. Dia berharap, kegembiraan akan kembali dalam hidup Ziyad setelah Firyal sebagai pengganti Faiq nanti.

Ziyad mengambil Firyal sebagai anak angkat apabila menemui anak itu di hadapan pintu pagar rumahnya. Kehadiran Firyal nyata membuahkan kegembiraan namun Ziyad turut terkesima kerana wajah Firyal mengingatkan dia kepada dua orang insan yang amat disayanginya. Akhirnya, untuk membuang syak dihatinya, Ziyad menggagahkan diri untuk pergi ke rumah mentuanya untuk memastikan bahawa anak itu anak dia dan Qisya namun dia terlambat kerana Qisya sudah membawa diri dan mentuanya menafikan bahawa Qisya mempunyai seorang lagi anak.

4 tahun berlalu, akhirnya rahsia yang cuba disimpan oleh terbongkar kerana ada saksi yang nampak dan mengenali Qisya ketika dia meletakkan Firyal di hadapan rumah Ziyad dulu. Ziyad tekad untuk mendapatkan kembali Qisya namun pada masa yang sama, ada seseorang yang begitu mengharap untuk menjadi isterinya dan juga ada seseorang yang inginkan Qisya sebagai isteri.

Apakah kesudahan Aku Mahu Kamu? Dapatkah Ziyad dan Qisya bersatu kembali sebagai suami isteri seterusnya sama-sama membesarkan puteri mereka, Firyal Ibtisam atau sebaliknya?

Kataku :

Aleya Aneesa (AA) masih mengekalkan tema cinta dan keluarga dalam novelnya. Tahniah untuk AA atas kelahiran Aku Mahu Kamu (AMK).

Secara keseluruhan, aku puas hati baca AMK…jalan cerita yang jelas serta tidak meleret-leret (walaupuan ada beberapa perkara yang macam tak berapa nak logic dalam AMK) membuatkan aku mengkategorikan AMK sebagai ‘tak boleh letak’…maknanya bila dah mula baca, tak boleh stop, kena habiskan sebab bila kita stop, apa yang kita ‘rasa’ semasa kita membacanya akan terhenti jua. Aku cukup terhibur dengan perbalahan antara Qisya dan Ziyad dan aku juga turut menjadi ratu air mata tatkala keluarga itu dirundung kesedihan dengan kematian Faiq Fallah. AA ada bertanya “antara Qisya dan Ziyad siapa yang paling menderita kehilangan anak?”..kalau jawapan logic, pastinya Qisya sebab selepas dia ‘hilang’ Faiq, dia juga ‘hilang’ Firyal..tapi kalau nak jawapan loyar buruk, mestilah pembaca yang lebih menderita sebab pembaca perlu menyelami hati Ziyad yang kehilangan Faiq Fallah dan juga menyelami hati Qisya yang kehilangan 2 orang anak, Faiq Fallah dan Firyal Ibtisam…

Untuk peminat novel dan peminat AA, rugi rasanya kalau tak baca AMK dan tak dijadikan koleksi…


Sunday, August 23, 2009

Hanya Dia Tahu : Aleeya Anessa

` Ariana melihat Nasuhah (teman baiknya) sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah sehingga menimbulkan kemarahan Zaen dan tanpa pengetahuan Ariana, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata nista. Nasuhah benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi. Dia langsung tidak pernah bermimpi untuk menjadi teman hidup Zaen seperti yang selalu Ariana harapkan.

` Takdir penentu segalanya dan takdir juga yang telah menemukan Zaen dan Nasuhah dalam satu majlis. Sejak terpandangkan Nasuhah, dia seperti terkena panahan asmara tetapi dalam masa yang sama, dia tidak tahu bahawa gadus gadis yang digilainya itu adalah Nasuhah, gadis yang pernah dia ‘tolak’ satu ketika dulu. Nasuhah yang telah pun tawar hati dengan Zaen cuba melarikan diri apabila dia mengetahui Zaen sedang memburunya. Dia tidak mahu ‘terlibat’ dalam hidup Zaen Luthfi.

` Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan bagaikan jalan pintas bagi Nasuhah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Namun ‘jalan pintas’ itu sebenarnya telah menimbulkan satu masalah lain apabila Rezuan tiba-tiba melamarnya. Nasuhah semakin bingung memikirkan jalan penyelesaian yang baik.

` Bagaimanakah Nasuhah ingin menyelesaikan masalah yang merantai dirinya? Berjayakah Zaen menakluk hati Nasuhah? Bagaimana pula dengan Ariana? Gembirakah dia bila Zaen mula menyukai Nasuhah? Siapakah yang menjadi pilihan Nasuhah? Zaen atau Rezuan?

` Asalnya cerita ni adalah karya online tapi Aleeya Anessa tidak menghabiskan e-novel tersebut…dan yang pastinya bila dah jadi versi cetak, aku suka sebab aku pernah baca cerita ni secara online dan tapi bila penulisnya tidak updated cerita ni, aku frust sangat sebab aku tau cerita ni best…bila Hanya Dia Tahu (tajuk asal tak ingat) dijadikan versi cetak aku suka sangat…

` Aku suka Nasuhah, aku suka Zaen…aku tak suka Rezuan hehehehe CUMA aku tak suka sikap Zaen yang berlagak tu…belum kenal dah nak reject..sudahnya sendiri terpikat kat orang tu..padan muka…

` Keseluruhannya ok, santai..not bad…suka sangat…boleh dijadikan koleksi…macam-macam perasaan ada tau masa baca…TAHNIAH aleya..saya tunggu next novel…moral dari novel ni (1) jangan buat keputusan terburu-buru, jangan main terus reject je.. (2) jangan ambil ‘short-cut’..maksudnya kalau nampak sesuatu tu jangan terus buat persepsi..jumpa dan minta penjelasan sebelum nak ‘jatuhkan hukuman’…

Wednesday, March 12, 2008

Segalanya Untukmu

Tajuk : Segalanya Untukmu
Penulis : Aleya Anessa
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90

Seperti pantai yang terdampar, kurela dihempas selaut gelombang

Segalanya Untukmukisah tentang seorang gadis Jehanna Aisya yang berdendam dengan lelaki. Bagi dia lelaki tu menyusahkan dan dia seboleh-boleh tak nak hidup dengan lelaki. Apa yang terjadi pada ibunya angkara tabiat buruk ayahnya menyebabkan dia tak suka lelaki. Sejak dia bersama abang dan adiknya di hantar ke rumah anak-anak yatim, Jehanna Aisya lebih suka menyendiri tambahan pula abang dan adiknya sendiri meminggirkan dia kerana menuduh dia yang menjadi pembunuh ibu mereka. Jehanna Aisya membesar sebagai seorang wanita yang cekal dan punya pendirian hidup yang tegas. Dia sama sekali tidak ingin bergantung hidup dengan lelaki. Namun takdir mengatasi segalanya. Pertemuan tidak sengaja dengan Fahem Ammar membawa kepada perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Memang sudah tertulis bahawa Jehanna Aisya (gadis yang tak inginkan lelaki dalam hidupnya) bertemu jodoh dengan Fahem Ammar (teruna yang tidak ingin perempuan dalam hidupnya). Disangka panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari. Ikatan perkahwinan yang dibina diduga sehingga Jehanna Aisya hilang kepercayaan terhadap Fahem Ammar. Itu semua gara-gara kata-kata gurauan antara Fahem Ammar dan Haled Harmy (abang Jehanna Aisya). Selain itu banyak lagi perkara lain yang menimpa hubungan mereka.

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

~~o~~

` Karya ke-4 Aleya Anessa (AA). Seperti 3 karya yang terdahulu, Segalanya Untukmu (SU) masih tidak lari dari tema yang mengaitkan cinta dan juga hubungan kekeluargaan. Tema itu saya rasa adalah trademark bagi penulis.

` Pengolahan jalan cerita yang baik, mudah difahami dan tak perlu nak sesakkan fikiran untuk berfikir. Walaupun trademark sama iaitu kekeluargaan tapi SU berbeza sikit. Kalau 3 novel yang dulu, part ‘air mata’ tu dah masuk bab yang tengah-tengah tapi dalam SU, part ‘air mata’ dah keluar seawal bab 9 tapi taklah banyak sangat air mata yang keluar tapi untuk ‘perjalanan’ yang seterusnya memang kena sediakan tisu especially kalau yang membacanya adalah seorang yang sensitive dan mudah mengalirkan air mata. Penulisnya kata masa menulis tak rasa macam sedih pun…mungkin la sebab masa menulis kadang-kadang tak perasan sangat tapi kalau baca terasa kesedihannya.

` AA mengolah watak-watak dengan baik sekali. Watak Jehanna Aisya yang brutal, juga watak Fahem Ammar yang juga kadang-kadang brutal tapi lebih menjaga imej dan juga watak-watak yang lain. Kiranya olahan watak yang dibuat AA berkesan sebab semasa membaca aku terbuai dengan keadaan watak-watak dan ceritanya…kiranya masuk dengan jiwa…cerita ni seolah-olah hidup..masa sedih terasa sedih, masa lucu terasa lucu, masa geram kita akan turut terasa geram dan begitulah seterusnya. Bagi saya, bila kita baca novel dan kita seolah-olah masuk dengan cerita tu, maknanya cerita tu berkesan…bak kata kawan-kawan yang suka baca novel, SU boleh juga dikategorikan sebagai novel yang ‘tak boleh letak’..maksudnya bila dah mula baca mesti nak baca sampai habis…sayang nak letak kalau masih belum habis…

` Itu saja yang ingin saya kongsikan…ini pendapat peribadi jadi kalau ada yang tak berapa setuju dengan apa yang saya kongsikan terpulang pada semua…sesiapa saja boleh bagi pandangan mereka sebab rasa kita berbeza…

` Untuk penulis, maaf andai tak puas hati dengan apa yang saya utarakan..kalau ada yang negative tu anggaplah ia sebagai komen untuk memperbaiki tulisan anda untuk yang seterusnya…apa pun, TAHNIAH untuk kelahiran SEGALANYA UNTUKMU…