Tajuk : Segalanya Untukmu
Penulis : Aleya Anessa
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90
Seperti pantai yang terdampar, kurela dihempas selaut gelombang
Segalanya Untukmu – kisah tentang seorang gadis Jehanna Aisya yang berdendam dengan lelaki. Bagi dia lelaki tu menyusahkan dan dia seboleh-boleh tak nak hidup dengan lelaki. Apa yang terjadi pada ibunya angkara tabiat buruk ayahnya menyebabkan dia tak suka lelaki. Sejak dia bersama abang dan adiknya di hantar ke rumah anak-anak yatim, Jehanna Aisya lebih suka menyendiri tambahan pula abang dan adiknya sendiri meminggirkan dia kerana menuduh dia yang menjadi pembunuh ibu mereka. Jehanna Aisya membesar sebagai seorang wanita yang cekal dan punya pendirian hidup yang tegas. Dia sama sekali tidak ingin bergantung hidup dengan lelaki. Namun takdir mengatasi segalanya. Pertemuan tidak sengaja dengan Fahem Ammar membawa kepada perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Memang sudah tertulis bahawa Jehanna Aisya (gadis yang tak inginkan lelaki dalam hidupnya) bertemu jodoh dengan Fahem Ammar (teruna yang tidak ingin perempuan dalam hidupnya). Disangka panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari. Ikatan perkahwinan yang dibina diduga sehingga Jehanna Aisya hilang kepercayaan terhadap Fahem Ammar. Itu semua gara-gara kata-kata gurauan antara Fahem Ammar dan Haled Harmy (abang Jehanna Aisya). Selain itu banyak lagi perkara lain yang menimpa hubungan mereka.
Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?
~~o~~
` Karya ke-4 Aleya Anessa (AA). Seperti 3 karya yang terdahulu, Segalanya Untukmu (SU) masih tidak lari dari tema yang mengaitkan cinta dan juga hubungan kekeluargaan. Tema itu saya rasa adalah trademark bagi penulis.
` Pengolahan jalan cerita yang baik, mudah difahami dan tak perlu nak sesakkan fikiran untuk berfikir. Walaupun trademark sama iaitu kekeluargaan tapi SU berbeza sikit. Kalau 3 novel yang dulu, part ‘air mata’ tu dah masuk bab yang tengah-tengah tapi dalam SU, part ‘air mata’ dah keluar seawal bab 9 tapi taklah banyak sangat air mata yang keluar tapi untuk ‘perjalanan’ yang seterusnya memang kena sediakan tisu especially kalau yang membacanya adalah seorang yang sensitive dan mudah mengalirkan air mata. Penulisnya kata masa menulis tak rasa macam sedih pun…mungkin la sebab masa menulis kadang-kadang tak perasan sangat tapi kalau baca terasa kesedihannya.
` AA mengolah watak-watak dengan baik sekali. Watak Jehanna Aisya yang brutal, juga watak Fahem Ammar yang juga kadang-kadang brutal tapi lebih menjaga imej dan juga watak-watak yang lain. Kiranya olahan watak yang dibuat AA berkesan sebab semasa membaca aku terbuai dengan keadaan watak-watak dan ceritanya…kiranya masuk dengan jiwa…cerita ni seolah-olah hidup..masa sedih terasa sedih, masa lucu terasa lucu, masa geram kita akan turut terasa geram dan begitulah seterusnya. Bagi saya, bila kita baca novel dan kita seolah-olah masuk dengan cerita tu, maknanya cerita tu berkesan…bak kata kawan-kawan yang suka baca novel, SU boleh juga dikategorikan sebagai novel yang ‘tak boleh letak’..maksudnya bila dah mula baca mesti nak baca sampai habis…sayang nak letak kalau masih belum habis…
` Itu saja yang ingin saya kongsikan…ini pendapat peribadi jadi kalau ada yang tak berapa setuju dengan apa yang saya kongsikan terpulang pada semua…sesiapa saja boleh bagi pandangan mereka sebab rasa kita berbeza…
` Untuk penulis, maaf andai tak puas hati dengan apa yang saya utarakan..kalau ada yang negative tu anggaplah ia sebagai komen untuk memperbaiki tulisan anda untuk yang seterusnya…apa pun, TAHNIAH untuk kelahiran SEGALANYA UNTUKMU…

saya minat novel ni
ReplyDeletebest ~