Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Monday, March 21, 2011

DN : boleh ke macam tu????

dalam sibuk-sibuk dengan menyediakan bahan-bahan mesyuarat, dokumen-dokumen untuk sambung belajar dan juga manik-manik ku, masih sempat juga aku baca novel...rasanya tinggal1 novel je belum baca...

erm..nak cite pasal apa ni? hehe sebenarnya kan, just nak berkongsi rasa macam tak berapa puas hati tentang satu novel ni la...novel apa? rahsia *sebab aku memang tak suka nak bagitau nama novel yang tak best atau yang kureng...* aku tau la itu cuma novel, cuma cerita..mungkin rekaan mungkin juga ada yang betul...tapi wajarkan ada adegan-adegan gitu? aku rasa penulis dia orang melayu islam *tak tau la pulak kot nama je macam melayu tapi bukan islam* adegan-adegan apa ek? adegan-adegan belai-belai rambut, peluk-peluk padahal masa tu derang belum kawin..berdosa tu..*sat lagi ada pulak yang kata; dalam novel je* kalau dalam novel pun...nanti kalau orang baca "o..boleh ye peluk-peluk, belai-belai sebelum kawin, sesama bukan muhrim" *sekarang pun memang ramai yang buat macam tu tapi tak payah la nak tekankan lagi dalam novel* kalau ye pun nak tunjuk kasih sayang, tak payah la explain bab belai-belai semua tu..tak sesuai...*segan pulak membacanya* walaupun novel tu bukan novel islamik tapi novel cinta, rasanya tak salah kalau tak masukkan part-part gitu sebab ada juga orang lain buat novel cinta tapi takde la part gitu...dulu aku penah komen pasal novel-novel yang ada adegan 18sx yang melampau...ni walaupun bukan 18sx yang melampau tapi perbuatan itu berdosa di sisi agama Islam..kalau yang tulis tu bukan beragama Islam mungkin la boleh dimaafkan sebab mungkin dia tak berapa alert tapi penulisnya nama melayu Islam..so, penulis tu, next time agak- agak la ye....

Saturday, March 13, 2010

beli n bacalah novel-novel ini..

semalam, aku baru menghabiskan 3 buah novel...nak kata marathon tu tidak la sebab aku takde la baca sekali harung...tapi yang pasti dalam masa 1 hari 3 novel yang aku baca dan ketiga-tiganya not bad..menarik dan masuk dengan jiwa aku...sehari sebelum tu pun aku dah habiskan satu novel yang juga menarik n masuk jiwa...novel-novel tu, adalah :

1. setenang cahaya hati - salina ibrahim - alaf21 (novel islamik)
2. matahari cerah lagi - fauziah ashari - intens media
3. ruang rindu - rozita abd. wahab - alaf21
4. saat kau kata cinta - anis ayuni - alaf21

p/s: peminat novel boleh cari semua novel ni masa pesta buku minggu depan...