Showing posts with label 18sx. Show all posts
Showing posts with label 18sx. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Filem Ombak Rindu vs Novel Ombak Rindu

sekarang ni tengah hot filem ombak rindu..dengar-dengar dah berjuta2 hasil kutipan tiket dan disebabkan tak tahan dengan cakap-cakap yang aku dengar [ada yang kata best, touching, tak berapa dan bla..bla..bla..] maka aku pun sibuk la juga nak menyempit kat TGV tu nak tengok...show pukul 8.20 malam seat baris nombor 4 dari depan [agak dekat juga dengan skrin..]..apa komen aku? hehehe kesimpulan yang aku boleh buat [kesimpulan patut dia akhir tapi aku buat awal-awal], aku tak boleh menonton drama/filem yang diadaptasi dari novel yang aku pernah baca...kenapa aku kata macam tu? sebab filem OR tu tak mampu nak buat aku menitiskan air mata walaupun setitik...emosi aku tak tersentuh pun walaupun Izzah tu asyik juga mengalirkan air mata...berbeza giler dengan masa aku membaca OR..part Izzah kena pukul dengan pakcik dia pun aku dah tersentap dan air mata dah bergenang ini kan pula part yang dia kena pukul dan sebagainya tapi bila tengok filem OR semalam itu semua tak berlaku...lepas tu yang aku tak berapa berkenan tu, adegan 18sx tu..aku rasa macam tak berapa nak sesuai...pastu kan...aku rasa dalam novel tu [aku rasa la sebab tak berapa ingat], Hariz ni jatuh cinta dekat Izzah lepas dia demam n Izzah tu jaga dia kan...tapi dlm filem part tu takde..part tu la aku rasa yang strong..ni Hariz tetiba jatuh cinta kat Izzah lepas dia pukul Izzah sebab dia ingat Izzah pregnant...lagi satu yang aku dan beberapa kengkawan yang dah tengok rasa tak logik adalah, dok kat KL tapi umah agam Datuk Sufiah tu dikelilingi sawah benda...apa cer ni? atau mata aku yang salah tengok cerita? hehehehe lagi satu kan, pasal watak lak..Azizah Mahzan kena la ngan watak Datuk Sufiah tu dengan daring n gaya dia yang memang ala-ala datin2 berlagak tu..tapi Lisa Surihani macam tak sesuai ngan watak Mila..aku rasa Sarimah Ibrahim lagi sesuai bawa watak Mila..oh ya..lagi satu, dressing pelakon yang jadi mak Mila tu kan..adoi..macam dressing ******* je...tak sesuai....hehehe itu je la yang aku nak kongsi..selamat menonton untuk yang baru nak menonton...lain orang lain pandangan lain rasa lain jiwa...peace no war :)

Monday, March 21, 2011

DN : boleh ke macam tu????

dalam sibuk-sibuk dengan menyediakan bahan-bahan mesyuarat, dokumen-dokumen untuk sambung belajar dan juga manik-manik ku, masih sempat juga aku baca novel...rasanya tinggal1 novel je belum baca...

erm..nak cite pasal apa ni? hehe sebenarnya kan, just nak berkongsi rasa macam tak berapa puas hati tentang satu novel ni la...novel apa? rahsia *sebab aku memang tak suka nak bagitau nama novel yang tak best atau yang kureng...* aku tau la itu cuma novel, cuma cerita..mungkin rekaan mungkin juga ada yang betul...tapi wajarkan ada adegan-adegan gitu? aku rasa penulis dia orang melayu islam *tak tau la pulak kot nama je macam melayu tapi bukan islam* adegan-adegan apa ek? adegan-adegan belai-belai rambut, peluk-peluk padahal masa tu derang belum kawin..berdosa tu..*sat lagi ada pulak yang kata; dalam novel je* kalau dalam novel pun...nanti kalau orang baca "o..boleh ye peluk-peluk, belai-belai sebelum kawin, sesama bukan muhrim" *sekarang pun memang ramai yang buat macam tu tapi tak payah la nak tekankan lagi dalam novel* kalau ye pun nak tunjuk kasih sayang, tak payah la explain bab belai-belai semua tu..tak sesuai...*segan pulak membacanya* walaupun novel tu bukan novel islamik tapi novel cinta, rasanya tak salah kalau tak masukkan part-part gitu sebab ada juga orang lain buat novel cinta tapi takde la part gitu...dulu aku penah komen pasal novel-novel yang ada adegan 18sx yang melampau...ni walaupun bukan 18sx yang melampau tapi perbuatan itu berdosa di sisi agama Islam..kalau yang tulis tu bukan beragama Islam mungkin la boleh dimaafkan sebab mungkin dia tak berapa alert tapi penulisnya nama melayu Islam..so, penulis tu, next time agak- agak la ye....

Wednesday, September 1, 2010

novel : kualiti atau glamour?? 18sx??

` sejak kebelakangan ni, banyak betul novel baru yang berada di pasaran...dari macam-macam penerbitan..ada yang dah femes, ada yang tak berapa femes dan ada yang langsung tak femes :D..pilih je la mana yang kita nak baca, betul tak? selalunya, kalau dari penulis atau penerbit yang tak berapa dikenali tu, aku baca dulu blurb cerita tu...macam baru-baru ni, aku baca satu blurb kat novel ni...penulis baru agaknya tapi penerbit dia dah lama dah..kira penerbit femes la...bila baca blurb, aduhai...sedih sebab dah boleh terasa jalan cerita dia 'longgar' tapi tadi tengok kat facebook ada pembaca kata best....bukan la aku menilai dari luaran tapi selalunya memang macam tu..kalau blurb dia tu aku baca rasa macam lain macam je, cerita dia mesti menghampakan aku...lepas tu, aku dapat tau pulak cerita tu asalnya online...so, aku pun berusaha mencari versi online dan....kiranya aku memang tak sesuai dan tak serasi la dengan novel tu...bila jadi macam tu kan, aku terfikir, apa sebenarnya tujuan novel tu diterbitkan (memang la untuk baca)..untuk jadi glamour tanpa memikirkan kualiti atau janji glamour, kualiti belakang kira...itu kalau penulis la..kalau penerbit pulak, kenapa cerita begitu diterbitkan? untuk tunjukkan yang penerbitan mereka aktif ke? tiap-tiap bulan keluar novel...ntah la..aku tak tau apa yang mereka fikirkan tapi aku memang jadi kurang teruja nak beli novel-novel yang jalan cerita 'longgar'...harap-harap kalau ada yang membaca ni penerbit novel, ambil la kira semua perkara tu..kualiti atau jalan cerita yang mantap bukan longgar...memang la baca novel nak ringankan kepala yang serabut dengan macam-macam perkara tapi kalau dah 'longgar' sangat cerita tu jadi tak best langsung...kalau jadi aku, bila baca yang tak kena dengan jiwa je, terus aku tutup dan buku tu akan tersadai di bawah katil...bukan la aku tak hargai apa yang penulis tu dah lontarkan pada novel dia tapi kalau dah memang takleh masuk langsung...tak payah la menulis...*maaf kalau ada yang terasa hati bulan-bulan puasa ni ek*

` habis bab yang satu...ada satu lagi yang buat aku rasa macam tak berapa puas hati ialah kadang-kadang dalam novel tu ada diceritakan tentang hubungan suami isteri yang berlebihan...aku rasa yang membaca novel ni bukannya orang dewasa saja tapi ada juga budak-budak sekolah menengah seawal usia 15 tahun...kalau dah ada adegan 18sx yang melampau dalam novel tu, tak ke memalukan...aku yang dan masuk 30s ni malu nak baca..tapi tak tahu la pulak kalau ada yang tak malu sebab sekarang ni remaja dah advance...lagi satu kadang-kadang aku dapat tahu yang menulis pasal 18sx dalam novel tu masih lagi bergelar anak dara tapi cite bab 18sx very expert...kalau mak-mak atau bapa-bapa yang tulis lain halnya..editor/penerbit tak tengok ke benda-benda tu atau nampak tapi buat-buat tak nampak?

` ok..habis dah luahan perasaan...maaf kalau ada penulis/editor/penerbit yang terasa dengan apa yang aku coretkan di sini....aku meluahkan sebab aku rasa benda tu perlu dibuat perubahan..jangan sebab nak glamor maka kualiti cerita dan bab 18sx tu tak diambil kira....