Tuesday, December 30, 2014

Kempen Shopping Sampai Lebam by GedeBook

Kempen Shopping Sampai Lebam
13 Januari 2014 - 4 Januari 2015

Pertandingan "Selfie bersama buku-buku GedeBook" (Perlu mengikut kreativiti sendiri) 

Pemenang berpeluang untuk shopping sampai lebam bersama penulis-penulis GedeBook. Pihak GedeBook akan menyediakan bajet untuk shopping. Jumlah wang yang akan diberi masih dirahsiakan.

Cara untuk menyertai ialah Like page Facebook GedeBook, selfie bersama buku-buku GedeBook dan post di Facebook. Tambah #gedebook#shoppingsampailebam. Pastikan Facebook anda diset untuk "Public".

Selamat tinggal 2014...


Terima kasih kerana masih sungguh melawat blog Dunia Novel yang 'bersawang'....last update 28 Februari 2014 *teruknya hehehe*...hari ni 30 Disember 2014...ada sehari je lagi sebelum tahun 2014 melabuhkan tirai meninggalkan kita dan tahun 2015 membuka tirainya untuk kita...pastinya terlalu banyak perkara suka duka yang kita lalui sepanjang 2014..paling baru banjir besar yang melanda Pantai Timur dan beberapa buah negeri lain...kampung admin pun (Kuala Kangsar) tak terlepas dari musibah banjir ini...Arena Square Kuala Kangsar tu nampak bumbung aje...berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul..mudah-mudahan mereka yang menerima dugaan ini redha dan berlapang dada..Allah swt ingin mengangkat darjat kita maka Allah swt uji kita...nak tengok tahap keimanan kita macam mana...Allah swt tak uji yang berat-berat kat kita...Allah swt uji kita mengikut kemampuan kita..admin doakan semoga semua akan berandur pulih....Semoga tahun 2015 yang bakal hadir tak berapa lama dah ni, akan memberikan sinar yang lebih baik untuk kita...penutup entri untuk 2014 ni..nanti kita sambung la review buku 2015 ye..

*jenuh nak recovery email & password sebab dah lama tak masuk...lupa hehehehe*

Friday, February 28, 2014

Perkongsian Ilmu I : Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam...
Sekarang ni saya sedang membaca buku ini | Mudahnya Menjemput Rezeki... banyak benda yang terkesan di hati...so, untuk kali ni saya kongsikan serba sikit ilmu yang saya dapat dari buku ni..harap dapat memberi manfaat pada pengunjung rumah saya yang dah berhabuk ni :)


[Perkongsian Ilmu I : Mudahnya Menjemput Rezeki]

.. Menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy, rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk.
.. Harta kita milik kita tapi belum tentu rezeki kita.
.. Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya.
.. Rezeki lebih tahu 'alamat' tuannya.
.. Rezeki bukan saja duit tetapi ilmu, kesihatan, keupayaan bekerja, kemahuan menyimpan, sikap, tingkah-laku, idea dan lain-lain yang memberi manfaat.
.. Semua rezeki datang dari Allah swt. Ukuran dan sukatan rezeki setiap makhluk-Nya sudah siap sehingga hari kiamat.
.. Usaha paling berkesan agar mudah menjemput rezeki tentulah dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Berusaha sehingga Allah swt kasih dan redha kepada kita.
.. Soal rezeki sangat berkait dengan iman. Soal keimanan sangat berkait rapat dengan rezeki. Apabila kita yakin dan percaya hanya Allah swt yang boleh mendatangkan rezeki, insya-Allah kita tidak akan melakukan hal-hal yang haram untuk mengusahakannya.
.. Rezeki itu tidak tunduk terhadap sebab-sebab yang dibuat oleh kita. Semua makhluk Allah swt tiada upaya untuk mendatangakan rezeki bilamana Allah swt menahannya.

Thursday, January 2, 2014

2014....

02.01.2014....
hari kedua bagi tahun 2014....harap-harap tahun ni blog DN takde bersawang...bersawang tu bukan orang lain yang buat tapi sendiri hehehe..busy dengan macam-macam hal..review buku pun dah lama tak buat :( admin cuba la pada tahun 2014 untuk buat review semula...otak dah berkarat kot sebab banyak la benda nk kena fikir, nak kena buat..keje + study + part time...harap-harap tahun 2014 ni DN lebih rajin nak baca n buat review... :) ok la..tu je nak update...oh, ye, sesapa nak beli novel second hand boleh tengok kat list sebelah ye..pastu boleh sms/whatsapp kat DN 018-9086693 :)

Thursday, August 15, 2013

Proton Suprima (C Hatchback P3-22A) bakal dilancarkan

salam syawal...

lama tak 'kemas rumah ni'..bulan ramadhan lalu langsu tak jenguk hehehehe...ari ni rajin pulak nak update tapi bukan pasal novel bukan pasal buku..nak tulis pasal kereta..tadi masa blog walking n jumping jumpa satu blog yang menceritakan tentang pelancaran model baru Proton iaitu Proton Suprima (C Hatchback P3-22A) yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos 2013 (Sabtu)..dengar kata ni Proton Preve versi hatchback..so sesapa nak beli kereta baru nanti boleh la usha n kalau berminat leh booking terus :)...tak nak cite panjang-panjang, korang baca kat hasrulhassan.com la citenya..brother ni dah tulis panjang lebar siap ada gambar lagi...aku berkenan kat warna biru n merah tu tapi sebab baru je ambik Cik Merah *bulan Oktober ni baru nak sambut birthday setahun* takde la aku nak ambik kete baru...tunggu Cik Merah matang dulu kot hehehe..



cantikkan warna merah dia..sama cantik dengan Cik Merah aku...psst..gambar tu aku ambik kat blog brother hasrulhassan.com tau..ada lagi gambar kat sana...korang klik je la link yang aku dah bagi tu..klik je kat nama tu :)

Sunday, July 7, 2013

Review Gadis Bertudung Merah

Gadis Bertudung Merah hasil tulisan Jill Naura terbitan JS merupakan sebuah novel yang menarik...santai..pembaca tak perlu nak bersusah payah untuk memahami ayat-ayat yang ditulis kerana semuanya pada aku straight to the point. Suka sangat novel ni sebab selain jalan cerita tu, Liya ada butik pengantin...bestnya..lepas tu watak Liya sebelum kejadian tu *kejadian apa? nak tau kena baca* agak-agak sama dengan watak saya :) lagi satu kalau tak silap Jill Naura ni seorang penulis baru dan melalui pencarian kat Google, rasanya novel ni ada kat online dulu..cuma katne dah lupa pulak tapi kalau salah minta maaf ye...permulaan yang baik bagi seorang penulis baru. Teruskan menulis.

p/s: pada yang ragu-ragu tentang novel ni best ke tak best ke jangan risau...korang boleh baca bab 1 - bab 8..just klik SINI..happy reading :)