Wednesday, June 18, 2008

Rindu Belum Berhenti


Tajuk : Rindu Belum Berhenti
Penulis : Dhiya Zafira
Penerbit : Alaf21
Harga :

Perasaan ini 'kan kubawa hingga aku pergi

~~0~~

` novel kedua DZ...penulis mencipta genre yang berlainan untuk novel keduanya ini. menurut penulis RBB membawa genre 'action romantis'.

` RBB memang lain dari yang lain...selalunya 'action novel' ni penulisnya lelaki tetapi DZ memberanikan diri untuk menulis 'action novel' dan nyata keberanian dan kesungguhan DZ menghasilkan novel 'action romantis' ini berbaloi..

` aku puas hati baca RBB...jalan cerita jelas walaupun awal-awal lagi pembaca dah disogok dengan pertanyaan..dah namanya novel 'action romantis' mestilah ada unsur suspen...cuma pada aku, ada 2 kesan bila penulis buat pembaca tertanya-tanya di awal pembacaan..(1) kemungkinan pembaca bosan nak terus baca sebab awal-awal dah ada tanda soal..(2) kemungkinan juga pembaca akan terus baca sebab nak tau 'siapa'/'apa' yang berlaku seterusnya...tapi kemungkinan yang kedua terjadi pada aku...aku semakin nak tau apa jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan dalam RBB...

` secara keseluruhan memang menarik CUMA aku rasa letih nak habiskan RBB sebab lambat sangat nak tunggu ucapan cinta dari zack/izz untuk adni...:-)

` tahniah buat DZ..teruskan menulis..

4 comments:

  1. salam adhan.
    pertamanya terima kasih kerana sudi membaca dan review RBB.

    Terus terang, saya memang mengambil risiko dengan menulis genre seperti ini. selalunya genre seperti ini banyak dipelopori oleh penulis2 lelaki.cthnya RAM dan Abdul Rahim Awang.mereka ini sudah mempunyai kelompok peminat masing2 dan karya2 mereka sentiasa dinantikan oleh para peminat. manakala saya pula baru bertatih memasuki arena ini. ia..ini percubaan pertama n penuh dengan kekurangan sana sini.
    sesuai dengan genre aksi romance, saya yakin pembaca yang belum membca sudah boleh meneka bagaimana cerita ini berlangsung.
    banyak persoalan dan tanda-tanya? itu perlu untuk memastikan pembaca terus melekat hingga ke noktah terakhir.
    bagi pendapat saya, kalau RBB tidak penuh dengan unsur suspen ini akan lebih menyebabkan ia menjadi sebuah karya yang 'gagal'.
    sama ada cinta 100% atau berlainan genre, saya rasa setiap penulis tetap mempunyai risiko yang sama. samaada pembaca bosan kerana tiada kelainan ataupun pembaca tidak berminat kerana kurangnya CINTA dalam sesebuah karya itu. itu memang risiko yang pelu saya dan penulis lain tanggung.
    Apa pun sebagai penulis, saya akan cuba membaut yang terbaik dan tidak akan jemu menghasilkan karya yang boleh diterima ramai.

    terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. aiseh...banyak kesalahan ejaan. hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa dan jemput ya ke blog resensi kami di kelapangan nanti ... dari team mandala resensi

    ReplyDelete