Showing posts with label syasyaja. Show all posts
Showing posts with label syasyaja. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Senyum Sampai Langit - Syasyaja


kebahagiaan akan datang
kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan

Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."

Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

**********
novel ni asalnya ditulis di blog penulis yang lebih dikenali sebagai Bulanhijau dikalangan peminat-peminatnya.. *secara jujur aku tak penah kenal Bulanhijau sebab dah lama sangat tak membaca e-novel ni..* TAHNIAH buat penulis kerana telah berjaya menghasilkan e-novelnya ke versi cetak..

sebuah novel yang ringan dan santai dan sweet *bak kata pengunjung booth JS..nak novel yang sweet*... aku tiada masalah membaca novel sebegini cuma bagi aku ia cuma kisah biasa..tiada yang luar biasa dengan cerita ni..mungkin rasa sebegitu sebab mungkin aku dah biasa baca novel-novel yang lebih kurang gini je kisahnya dan mungkin juga kerana kali pertama membaca hasil tulisan Bulanhijau... *peminat Bulanhijau jangan marah ye sebab aku memang tak reti nak selindung..bagitau je apa yang saya rasa sebaik saja habis baca satu-satu novel tu hehehe* namun begitu sesuai dengan tajuk, cerita ni boleh buat aku senyum aje tapi idak le sampai langit hehehe...sekali lagi aku ucapkan TAHNIAH buat penulis Syasyaja atau Bulanhijau..semoga next novel akan lebih mantap..teruskan menulis...