Showing posts with label pesta buku 2011. Show all posts
Showing posts with label pesta buku 2011. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

aktiviti DN

ewah..ewah..macam banyak sangat la aktiviti cik DN sampai tajuk pun tulis 'aktiviti DN' hehehehe..banyak ke ek..actually sibuk dengan kerja la..masuk je opis setelah bercuti dan bergumbira kat pesta buku minggu pertama pesta tu, banyak giler keje kena settle...penilaian PSS dan juga khidmat bantu...lepas tu nak tumpu pada study *kononnya la hehe*..nak buat assignment dan juga kuiz@short assignment...tapi kan, walaupun busy macam tu, sempat lagi la nak mengadap novel..setakat malam ni, aku dah berjaya menghabiskan Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah [novel 'duet' kak Norhayati Berahim & kak Kusyi Hirdan: NB Kara] dan juga Blues Retro [Imaen: Jemari Seni]..novel lain setakat jeling-jeling gitu..malas nak usik sebab kalau dah usik langsung tak leh letak...

Monday, April 25, 2011

DN : Memori Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

` Hari ni hari ke-4 Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 (PBAKL)...tak tau la hari ni orang ramai ke tidak tapi yang pastui kalau hari bekerja ni mungkin ramai pelajar sekolah....cerita pasal PBAKL ni, 3 hari aku 'berkampung' kat PWTC...hari pertama (jumaat: 22/4) seawal 9.30 pagi aku tiba kat ruang legar PWTC, tunggu je dapat signal untuk masuk untuk aku serbu booth Jemari Seni@JS (tempat wajib pegi)..sampai je kat booth JS terus hai-hai dengan abang Imaen, salam+peluk+laga-laga pipi dengan kak Noor Suraya, kak Mariah Mustapha, kak Wan Amalyn, Nawwir, Yani (jiran kat umah my parents) dan berkenalan dengan adik-adik petugas JS yang lain..pastu terus memborong buku-buku baru JS..antaranya kembar Si Manis 17 (Langsir Biji Remia, Blues Retro, Maaf, Saya Bukan Bibik!, Alahai Jijah) pastu buku-buku umum (Contengan Jalanan-Hlovate, Baju Melayu Hijau Serindit-Syud, Quartet-Saidatul Saffaa, Mencari Suami@JS.com-Normaslina)..settle shopping kat JS, aku gerak pergi Karangkraf/Alaf21 pulak untuk beli buku Kak Anis Ayuni dan Kak Durrah Fatiha..tengok-tengok ada pulak buku RAM yang baru,, terus grab untuk adik kesayanganku *dia minat novel RAM*..selesai dengan Karangkraf, aku naik pulak ke DTAR3 untuk cari booth NB Kara...kiranya 1st day tu memang aku shopping novel..nak balik petang tu rasa nak tercabut bahu dan tangan mengangkut novel-novel dalam 15 buah *mak aiii banyak giler..baru perasan ke cik DN? hehehe*

` hari kedua dan ketiga lagi ramai orang.....booth JS tu sesak..macam takde langsung 'kekosongan'..asyik kena serbu je...kaunter JS ada 3 buah dan ketiga-tiganya beratur panjang..*peminat JS ramai*..hari kedua dan ketiga ni aku lepak kat booth JS dan jalan-jalan cari penulis untuk sign kat novel mereka yang aku beli :)

` tiap-tiap tahun memang best la PBAKL...dapat jumpa penulis-penulis, kawan-kawan (baru & lama), adik-beradik Ulat Buku, sepupu-sepapat Geng Kicap..dapat jumpa adik-adik; Illina Ishak, Siti Suhaili Sarif & Airina Zahari...antara tiga orang ni Illina je yang aku nampak sama kat dalam facebook, Suhaili & Airina lain *hehehehe* terima kasih kerana sudi bertegur sapa dengan cik DN...jumpa lagi di PBAKL 2012, insya-allah...

Friday, April 22, 2011

DN : Pesta Buku bermula..

akhirnya tepat pukul 10 pagi tadi, Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 bermula....aku lepak dari pukul 10 sampai la 5.45 petang..banyak aku borong n yang pastu semua tu termasuk dalam list yang aku dah buat..so, biarlagh gambar berbicara..banyak gambar..ari ni bagi korang 'cuci mata' tengok gelagat pembaca di booth Jemari Seni...




Thursday, April 21, 2011

DN : esok je lagi

alahai...tak sabarnya nak tunggu kul 10 pagi esok....esok kul 10 je aku harus dah serbu booth Jemari Seni dan juga booth-booth lain untuk memborong novel....tak sabar ni....bahang dah terasa giler...so kengkawan ulat buku/novel semua, jom kita serbu pwtc mulai esok ye...

Tuesday, April 19, 2011

DN : Menghitung hari ke Pesta Buku (ii)

hai semua...

pekabar korang hari ni? harap-harap sihat..kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat, hujung minggu ni nak berpesta di pesta buku antarabangsa kl 2011 :)Link
ari ni aku cuti..cuti sempena besday sultan perak..*napalah cuti ni tak hari khamis je? kalau hari khamis petang rabu aku dah gerak gi kl hehehe*..bestnya..ari ni dah selasa...esok rabu, khamis dan JUMAAT..yes! pesta buku semakin menghampiri..semakin terasa bahangnya..aduhai makin tak sabar aku nak ke sana...*sabar cik DN sabar hehehe* nak cite apa ye n3 ni..oh, cite pasal diskaun menarik kat pesta buku la ek...ok macam biasa, time pesta buku ni memang penerbit buat jualan best-best..banyak diskaun..baik untuk novel, buku agama, buku sekolah, komik, bahan-bahan bantu mengajar dan lain-lain la yang berkaitan dengan buku-buku dan ilmu-ilmu ni...antara diskaun yang menarik pastinya diskaun kat booth novel..aku ni peminat tegar Jemari Seni so aku promote JS dulu *takde la dapat apa komisen pun tapi aku suka nak promote syarikat penulis kesayangan aku dan kekanda-kekanda yang aku kenali ini...*

diskaun dari Jemari Seni

i) 20% untuk buku-buku terbitan 2011
ii) 30% untuk buku-buku terbitan 2006 - 2010
iii) JS Adiwarna BOM - RM10 [sebuah]
iv) Si Manis 17 - RM14 [sebuah]
v) Ada token istimewa

diskaun dari Alaf21 <-- sila klik

diskaun dari PTS <-- sila klik

Monday, April 18, 2011

DN : Menghitung hari ke Pesta Buku

hai semua...

hari ni dah 18 april...tak sabarnya..lagi 3 hari je (ari ni n 22 april tak kira dah) nak pergi ke pesta buku...amacam kawan-kawan yang obses dengan buku/novel/majalah/komik? dah cukup duit untuk memborong sakan pada 22 april - 1 mei nanti? aku dah tak sabar nak pergi...kalau dalam list macam sikit je novel nak beli tapi tak tau la kot ada yang ter'accident' nak beli hehehehe makin dihitung hari makin terasa lambatnya masa berjalan tapi kalau buat tak tau je tetiba dah pun sampai hari yang di nanti...aku petang khamis dah gerak ke kl...pagi jumaat seawal 10 pagi (buka je pintu pwtc) aku terus ada kat sana..jumaat hari untuk memborong novel..sabtu dan ahad hari untuk bertemu rakan-rakan obses novel dan penulis-penulis...tak sabar nya *bawa-bawa bersabar ye cik DN* oklah..nanti update lagi...

Thursday, April 14, 2011

DN : Pesta Buku 2011 - senarai novel

Jemari Seni
1. Mencari Suami@JS.com : Normaslina Masri
2. Quartet : Saidatul Saffa
3. Baju Melayu Hijau Serindit : Syud
4. Contengan Jalanan : Hlovate
5. Langsir Biji Remia : Noor Suraya
6. Blues Retro : Imaen
7. Maaf, Saya Bukan Bibik! : Nashmin
8. Alahai Jijah : Dihsar Ludba Haqifa

Alaf21
1. Cinta Yang Kurasa : Anis Ayuni
2. Sayangku Merajuk : Ayu Emelda *
3. Aku Yang Menanti : Haiza Najwa *
4. Merdu Lirik Kasih : Durrah Fatiha

Buku Prima
1. Bisik-bisik Gelora : Fauziah Ashari

NB Kara
1. Sambal Kerang Najwa : Norhayati Berahim & Kusyi Hirdan

* dah beli tadi..nnt bawa utk penulis tandatangan je

Wednesday, April 13, 2011

DN : april = pesta buku 2011 (2)

ok..ni nama penerbit, dewan dan nombor booth derang..setakat ni yang ni la yang memang aku akan serbu :)

Jemari Seni Sdn. Bhd
Dewan Tun Hussien Onn
Booth Num : A05 - A08

PTS Publication
Dewan Tun Hussien Onn
Booth Num : C01 - C012

NB Kara Sdn. Bhd.
Dewan Tun Razak 3
Booth Num : B62 - B63

Kaki Novel
Dewan Tun Razak 3
Booth Num : D13 - D16

Alaf21/Karangkraf/Buku Prima
Dewan Tun Dr. Ismail

Monday, April 11, 2011

DN : april = pesta buku 2011

hai semua...

korang perasan tak sekarang ni dah masuk bulan april? dah 11 april pun...kalau korang ni obses dengan buku atau novel atau majalah mesti korang ingat yang kita ni ada event penting yang mesti kita pergi dalam bulan april ni...apa dia? ye...pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2011...tak sabarnya...kalau kita kira start esok (ari ni tak kira, 22 april pun tak kira sebab pesta dah mula), tinggal 10 hari je lagi untuk pesta buku..amacam duit tabung korang? dah cukup untuk borong buku..tahun ni bawa beg roda tau...hehehe *pesan untuk diri sendiri yang suka sangat borong novel*...

ok la..stop dulu..mengantuk sebab ari ni berjalan jauh..dari alor star ke ipoh...mata nk pejam je..nanti next n3 aku bagitau nombor booth yang aku suka nak lepak dan mungkin juga korang pun suka dan juga senarai novel yang aku nak beli hehehe..tunggu....

Monday, March 14, 2011