Thursday, June 11, 2009

Setiap Jumaat - Norhayati Berahim

Setiap Jumaat (SJ) membawa kita 'bertemu' Jasmine, Ku Pian, Ultraman & Masako. SJ mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan (anak-ibu, anak-bapa), persahabatan, percintaan dan pengkhianatan.

Jasmine - gadis melayu yang merantau ke negara matahari terbit untuk menimba ilmu seterusnya ingin mengubah nasib keluarganya. mengambil keputusan untuk terus menetap dan mencari pengalaman kerja di Jepun lantaran tidak berpuas hati dengan ibunya yang ingin berkahwin lagi selepas bapanya meninggal dunia dan juga ingin mengubat hati yang dilukai oleh kekasih dan sahabatnya sendiri.

Ku Pian - anak teruna yang sentiasa tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh bapanya terhadap dia. dia merasakan bahawa ayahnya seorang yang suka mengongkong kehidupannya sedangkan bapanya hanya mahu yang terbaik untuk dia. membawa diri jauh dari tanah air sendiri tatkala bapanya tidak suka dengan wanita yang telah dipilih untuk menjadi suri hidupnya.

Ultraman & Masako - mereka bertemu secara tidak sengaja ketika Masako membawa pelancong & Ultraman pula sibuk melukis. asalnya pertemuan yang tidak disengajakan tetapi akhirnya mereka sentiasa bertemu di bawah pohon sakura. asalnya hanya kawan tetapi apabila Masako tiba-tiba 'hilang', Ultraman jadi tak tentu arah..dia rasa kehilangan dan dalam masa yang sama timbul rasa kesal dan terkilan kerana tidak pernah meminta 'contact number' Masako dan dia juga tidak tahu siapa sebenarnya Masako.

Konflik keluarga - kisah anak (Jasmine) yang prasangka, sakit hati dan benci terhadap ibu sendiri lantaran calon suami baru ibunya lebih muda dari ibunya. dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya akan berkahwin dengan lelaki muda. juga tentang anak yang sentiasa tidak puas hati dengan tindakan bapanya (Ku Pian) sedangkan bapanya sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Percintaan, Persahabatan & Pengkhianatan - kisah bagaimana terputusnya ikatan percintaan antara dua jiwa lantaran dikhianati oleh seseorang yang bergelar sahabat. seterusnya percintaan yang lahir dari pertemuan yang tidak disengajakan..dari seorang kawan akhirnya menjadi kekasih.

` suka sangat dengan novel ni...penulis masih lagi mengekalkan 'trade-mark'nya iaitu watak heroin yang tabah menghadapi apa saja yang berlaku..aku suka sebab secara tak langsung bila baca kita pun boleh belajar untuk menjadi setabah heroin..bahasa yang digunakan kemas dan kalau ada 'kecacatan' pun sikit sangat..tak jejaskan pembacaan aku...penceritaan tentang latar belakang cukup jelas sehingga aku boleh membayangkan tempat-tempat tu...

` simboliknya Masako & Ultraman....mengingatkan aku pada seorang teman yang aku panggil 'ultraman' juga...masa masuk bab Masako & Ultraman ni, mulanya aku tertanya-tanya juga siapa yang Masako jumpa tapi bila dah baca banyak aku tau dah siapa yang jadi Ultraman ni...

` ending cite ni memang sesuai la...puas hati sebab Jasmine boleh terima hakikat yang ayah tiri dia seorang lelaki muda dan bujang..juga puas hati sebab akhirnya Ultraman bertemu semula dengan Masako...ops..siapa sebenarnya Ultraman & Masako ni? hehehe kalau nak tau kenalah baca sendiri..dan lagi satu kalau nak tau kenapa penulis letak tajuk Setiap Jumaat (aku pun heran gak pada mulanya), kenalah baca Setiap Jumaat..pasti anda dapat jawapannya...

` tahniah Kak Yati...saya tunggu 'buah tangan' akak yang seterusnya..saya tak pernah tak beli novel akak...wajib beli...tahniah sekali lagi...

2 comments:

  1. Adhan..
    thanks2 dgn komen adhan..insya-ALLAH akak akan cuba menulis dgn lebih baik, terima kasih kerana menyokong penulis NBkara yang lain..muahhh..sayangkan adhan..

    ReplyDelete
  2. norhayati : sama-sama kak..muah akak juga..

    ReplyDelete