Sarah asalnya seorang wartawan tetapi tiba-tiba terlibat secara tidak langsung dengan sindiket dadah antarabangsa selepas dia terlibat dengan satu kes selepas dia selesai PC dengan polis...disebabkan kejadian yang tak disangka kat basement parking tu, Sarah terus diburu dan diekori oleh orang-orang yang mahukan 'sesuatu' yang ada pada Sarah...sejak tu hidup Sarah jadi kucar-kacir...bukan saja orang-orang jahat tu dok buru dan intip dia tapi juga dia dikehendaki oleh polis sebab polis pun sangka dia pun terlibat dengan kes dadah tu sebab ada banyak sangat kebetulan yang dicipta oleh 'orang-orang dadah' dengan Sarah..nak tak nak terpaksalah Sarah melarikan diri kerana tak nak jadi orang yang dikehendaki oleh polis dan penjahat. dapat tak Sarah melarikan diri dari 'semua-semua' tu dan membersihkan nama baiknya semula?
Salim ni pulak polis. dia ni tak berapa suka dengan Sarah sebab katanya Sarah tu tak cantik. bila kawan dia nak padankan dia dengan Sarah, dia kata Sasrah tu tak padan dengan dia. dia lebih padan dengan model. dia ni akhirnya 'terjebak' juga dengan kisah hidup Sarah ni bila dia 'sibuk-sibuk' nak siasat kes Sarah padahal kes Sarah ni bahagian narkotik yang siasat..Salim ni bukan bahagian narkotik. rasa-rasanya dapat ke Salim cari Sarah, selesaikan kes Sarah dan macam mana hubungan Salim dan Sarah lepas tu?
` ada beberapa 'part' yang aku suka dan buat aku ketawa..antaranya masa Sarah ketawa sendiri mengingatkan nama Salim...aku pun rasa Salim ni nama yang agak klasik untuk orang zaman sekarang tapi aku tau Khairyn mencari kelainan dalam novel dia tu pasal dia letak nama Salim..
` moral dari cerita ni (1) kita kena berani pertahankan hak dan maruah kita (2) jangan terlalu tak suka pada seseorang sebab nanti kita akan tersuka kat dia - macam Salim...
` kesimpulannya, aku memang suka la DZS ni...memang berbaloi beli dan baca..TAHNIAH untuk penulis...oh, ya..hampir lupa..dalam DZS ni, penulis ada masukkan watak dari cite dia yang terdahulu...watak siapa ek? mestilah watak Nisa dan cinta hatinya...untuk kepuasan sendiri, dapatkan segera Dome Zoete Sarah (si manis Sarah) di kedai berhampiran atau terus je order online dengan Jemari Seni.
salam Adhan
ReplyDeleteTerima kasih kerana review :)
Sepatutnya saya buat banyak kerja masa ini tapi penyakit MALAS datang lagi huhuhuhu
khairyn : :) tunggu next novel awak
ReplyDelete