Monday, January 7, 2008

Suratan Kasih

Tajuk : Suratan Kasih
Penulis : Durrah Fatiha
Penerbit : Alaf21
Harga : RM19.90

Aku tanpamu umpaman pantai tiada berombak
Kau tanpaku seperti langit tiada awannya


SK mengisahkan Nurul Hanisah yang berada dalam dilemma antara cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak Fauzan. Belahan hati dan kasih menjadi episode lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya. Hazman pula terlalu mendambakan cinta suci Nurul Hanisah dan dia tidak kisah tentang jarak usia mereka walaupun dia tahu ibunya tidak suka dia berkawan atau lebih tepat bercinta dan berkasih dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya. Manakala Famila mengharapkan kebahagiaan mamanya namun baginya Hazman bukanlah lelaki yang sesuai untuk mamanya kerana baginya Hazman terlalu muda buat mamanya yang telah berusia. Bagaimanakah kesudahannya?

Kataku:

Suratan Kasih (SK) melakar satu kisah hubungan antara seorang lelaki dengan wanita yang lebih tua darinya. Tema yang digunakan oleh Durrah Fatiha (DH) dalam menghasilkan SK ini jarang digunakan oleh penulis dalam penghasilan karya mereka.

Apa yang diolah oleh DF dalam SK memang berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang anggap ianya negative tetapi ada juga yang menganggapnya positif. Terpulang pada individu untuk menghadapi dan menerima situasi tersebut.

Sebuah kisah yang menarik. Jalan cerita yang jelas dan tidak meleret-leret. Macam-macam perasaan ada tika membaca SK, seolah-olah kita berada dalam kehidupan Hanisah. Apa yang digambarkan oleh DF dalam SK memang benar terjadi..sikap orang kita yang selalu memandang serong pada perempuan yang tinggal bersama anak-anak tanpa lelaki bergelar suami, memandang serong pada perempuan yang sedikit berusia dan macam-macam la…

Sebenarnya dalam SK ni aku ada rasa geram banyak dengan sikap lelaki yang suka ambil kesempatan dan perempuan yang terlalu percaya yang suaminya baik. Contohnya Kak Nab dan Abang Zahar. Kak Nab terlalu percaya pada suaminya dan menaruh prasangka pada Hanisah. Padanya Hanisah yang cuba menggoda suaminya sebaliknya suaminya yang gatal dan menggoda Hanisah yang disangka janda. Sudahnya sebab terlalu percaya sangat pada suami yang sebenarnya gatal dan miang itu, dia nyaris dimadukan.

Moral of the story :

1) jangan cepat memandang serong pada perempuan yang hanya tinggal bersama anak, mungkin dia ibu tunggal dan mungkin juga dia membesarkan anak-anak saudara..selidik dulu..

2) jangan cepat percaya pada suami (kalau suami tu jenis gatal…)

3) jangan memandang serong pada sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan jika perempuan itu telah berusia….

Last but not least…tahniah buat penulis. Teruskan menulis. Pada peminat novel, SK boleh dijadikan koleksi dan juga nak tau kesudahan kena baca sendiri.

No comments:

Post a Comment