Monday, January 7, 2008

Ada Cinta Di Hati

Tajuk : Ada Cinta Di Hati
Penulis : Emma Maizura

Penerbit : Alaf21

Harga : RM19.90

Biarpun ku tak pandai berlagu rindu
aku selalu di sisi laman hatimu

Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada beza, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Adreena pula seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantara, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna nekad meninggalkan majlis perkahwinannya di saat akhir lantaran ingin memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Adreena dan Syukri menjadi suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Indah di mata orang tapi derita dihatinya.

Kataku:

Ada Cinta Di Hati (ACDH) merupakan karya kedua Emma Maizura (EM). Tatkala membaca ACDH aku teringat bahawa aku pernah membaca sebuah novel seakan-akan ACDH satu ketika dulu. Apa yang menyebabkan aku mengatakan begitu adalah kerana ada part dalam ACDH sama dengan Kesturi. Iaitu sewaktu Adlyna meminta Adreena menggantikan tempatnya untuk bertemu dengan Syukri (kekasih hati Adlyna). Dalam Kesturi pun ada part yang sebegitu apabila Viviana Lisa (Lisa) meminta adiknya Vanisha Aini (Eisha) menggantikan tempatnya untuk menghadiri sebuah jamuan bersama teman lelakinya Norman. Mungkin persamaan itu secara kebetulan. Frust juga mulanya bila terasa macam ACDH ni seakan sama dengan Kesturi tapi bila dah baca sehingga ke muka surat terakhir, ACDH tak sama 100% dengan Kesturi.

Antara perbezaan atau mungkin persamaan tapi diolah dalam cara yang berbeza (mungkin…)

` ACDH ; Adreena jadi ‘Adlyna’ sekali je.

` Kesturi ; Eisha beberapa kali menjadi ‘Lisa’.

` ACDH ; Adreena terpaksa kawin dengan Syukri dan betul-betul kawin dengan Syukri.

` Kesturi ; Eisha terpaksa jadi ‘Lisa’ bila Lisa menghilangkan diri dan hampir berkahwin dengan Norman.

` ACDH ; Adlyna datang kembali menuntut Syukri bila Adreena & Syukri dah jadi suami isteri.

` Kesturi ; Lisa pulang di saat Eisha hampir-hampir nak kawin dengan Norman.

` ACDH ; Adlyna dapat terima hakikat yang dia tiada jodoh dengan Syukri.

` Kesturi ; Eisha akhirnya berkahwin juga dengan Norman setelah Norman tahu bahawa wanita yang telah dikahwininya terdahulu adalah Lisa.

Apa pun dalam ACDH menarik untuk dibaca dan dijadikan koleksi. Dan yang pasti aku lebih suka ACDH berbanding novel pertama EM..mungkin penulis sudah tahu kelemahannya dan telah diperbaiki.

Tahniah. Teruskan menulis.

2 comments:

  1. azzeedaa(: - moral dia, apa pun kena ikhlas kan diri..terima takdir dengan redha..tabahkan hati..pastu jangan la bila kita dah lepaskan seseorg kita sibuk nk ambik balik pastu ckp org lain rampas hak kita :)

    ReplyDelete