Wednesday, April 29, 2009

Aku Ada Kamu - Lily Haslina Nasir

Aku Ada Kamu (AAK) ni cite pasal apa???

` AAK ni cite pasal Sofi Adura. Dia ni 'femes' kat universiti yang dia belajar...disebabkan dia 'femes' makanya ramai lah lelaki yang berminat dengan dia dan dia ni pulak rajin la pulak melayan lelaki-lelaki itu dan sudahnya dia jadilah tergedik-gedik...disebabkan dia melayan lelaki-lelaki itu, ada lah 2 lelaki yang ingat dia serius...sorang siap dah hantar wakil masuk meminang (Farhan yang .....) dan juga Kapten Khairul (yang dlm proses nak hantar rombongan meminang) tapi dalam tergedik-gedik Sofi Adura tu dia hanya setia pada seorang jejaka dan menolak orang lain..jejak itu iaitu Abang Hisham...(siapa ek Abang Hisham? nak tau kena baca sendiri)...

` Dalam AAK ni ada unsur-unsur mistik atau lebih tepat tentang SAKA...siapa yang ada saka ni? family Sofi Adura yang ada saka..family sebelah ayah dia..kiranya Sofi Adura ni macam ada 'orang' jagalah selain mak ayah dia...kalau ada yang buat silap kat dia atau dia geram dan rasa marah kat orang, orang yang buat silap dan yang dia marah tu akan menerima balasan dari 'penjaga' Sofi Adura ni...seram la jugak kan...

itu serba sikit tentang AAK...nak tau lebih-lebih kena baca sendiri ye...ok..ni aku nak letak komen lak..ni apa yang aku rasa...mungkin tak sama dengan orang lain tau...

` aku suka sangat AAK sebab jalan cite dia sempoi dan menarik...ayat-ayat yang dicipta oleh Lily Haslina Nasir (LHN) sempoi je..senang nak faham..takde meleret-leret...dalam AAK ni ada banyak part/ayat menarik yang aku berkenan..antaranya part masa Sofi Adura call Farhan tapi housemate dia jawab...part ni aku suka walaupun menjijikkan...kenapa aku kata part ni jijik? jangan silap faham ye...LHN bukan buat cite 18sx tapi cite yang memang jijik la...mamat yang jawab call Sofi Adura tu dok dalam toilet..tengah membuang...LHN siap buat background bunyi tahi jatuh dalam lubang tandas...tak ke geli dan menjijikkan tu? tapi walaupun jijik aku tetap tersenyum dan tergelak...part tu korang leh 'jumpa' kat muka surat 57...tapi apa pun kesimpulannya aku suka sangat AAK...tahniah buat Lily Haslina Nasir untuk AAK yang memang best...

2 comments:

  1. salam adhan,
    tenkiu tenkiu tenkiu darling.
    lega akak adhan boleh terima aku ada kamu. terima kasih atas emel juga. nanti akak balas ye! selamat menjamu minda dgn seguni buku-buku yg dibeli masa pesta buku

    ReplyDelete