Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB
Harga : RM24.00
Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan…
Sakitnya Sayang mengisahkan tentang anak…
(1) kisah seorang anak yang menderhaka kepada ibunya…terlalu mendengar cakap ayahnya yang sentiasa memburukkan ibunya…
(2) kisah seorang anak yang terlalu sayang kepada ibunya walaupun ayahnya telah berjaya menghasut kakak-kakaknya untuk menderhaka kepada ibu mereka…
(3) kisah seorang anak yang terpaksa melupakan impian hidupnya semata-mata terpaksa menurut kemahuan ayahnya yang akhirnya membawa kehancuran terhadap hidupnya…
(4) kisah seorang yang anak yang terpinggir hidupnya lantaran tidak mahu menurut kemahuan ayahnya tetapi akhirnya menikmati kejayaan dan kebahagiaan…
Kataku :
` Sakitnya Sayang (SS) adalah buku ke-13 Norhayati Berahm (NB) bersama syarikatnya sendiri. Tahniah buat NB. Sebagai peminat setia, aku memang tak lepas untuk memiliki novel-novel terbaru beliau…sedikit komen tentang SS.
`
` SS tidak membosankan…aku berjaya menghabiskannya tapi tatkala membaca aku terasa macam gaya penulisan NB telah hilang bisanya…aku tak pasti kenapa…mungkin juga sebab sekarang NB lebih banyak menulis tentang anak, tentang keluarga berbanding tulisannya yang terdahulu yang mana banyak menceritakan tentang cinta, pengorbanan cinta wanita, ketabahan hati wanita dan yang berkait dengan wanita.
No comments:
Post a Comment