Monday, August 31, 2009

Rindu Untuk Dia : Dhiya Zafira

Dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya.

` Amie Najla’ melarikan diri seminggu sebelum tarikh pernikahannya…tiada niat untuk memungkiri janji namun tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah sekiranya Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya.

` Lima tahun berlalu, akhirnya Amie Najla’ pulang ke Malaysia dengan harapan dia dapat memulakan hidup baru tanpa perlu mengenang apa yang terjadi dulu tapi lima tahun yang berlalu sebenarnya tidak mampu untuk memadamkan rasa rindunya terhadap Jad Imran. Namun kepulangan Amie Najla’ adalah satu kesilapan kerana kepulangannya mengundang dendam di hati seseorang…dendam yang mahukan Amie Najla’ menderita hingga ke hujung nyawa.

** ** **

` Amie Najla’ bertemu semula secara tak sengaja dengan Jad Imran ketika mahu melintas jalan. Namun, malang tidak berbau, Amie Najla’ kaku di atas jalan raya ketika mahu menadapatkan Jad Imran yang menantinya di seberang jalan. Akibat daripada kemalangan yang berlaku, Amie Najla’ mengalami Amnesia Retrograde (ketidakmampuan untuk mengingat kembali kejadian-kejadian sebelum terjadinya sesuatu insiden).

` Mulanya memang Amie hilang ingatan tapi satu hari , ingatan dia kembali pulih. Hani (kawan baik Amie) dan Jad gembira tatkala mendapat berita bahawa ingatan Amie telah pulih namun kegembiraan mereka hanya seketika…rupa-rupanya Amie tidak betul-betul pulih, sebaliknya dia masih hilang ingatan…hilang ingatan tentang apa yang terjadi selama 5 tahun itu…Amie begitu teruja ingin keluar dari hospital setelah doctor mengesahkan yang dia telah pulih…tambah gembira bila dia ‘teringat’ yang dia akan berkahwin dengan Jad dalam masa yang terdekat..Hani dan Jad tergamam…tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Amie bahawa Amie pernah melarikan diri seminggu sebelum perkahwinan mereka, tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Amie bahawa sekarang bukannya tahun 2004 sebaliknya tahun 2009…akhirnya setelah berbincang dengan Hani, Jad Imran bercadang untuk mengaku bahawa dia adalah ‘suami’ Amie Najla’ meskipun hakikatnya mereka tidak pernah menjadi suami isteri. Namun, pembohongan mereka terbongkar akhirnya…Amie Najla’ terkejut dengan apa yang berlaku…

` Apa sudahnya? Kenapa Amie Najla’ melarikan diri sebelum majlis perkahwinan mereka? Sampai bila Amie Najla’ akan hilang ingatan? Bila dia akan ingat semula apa yang berlaku? Jawapannya ada dalam Rindu Untuk Dia.

` aku suka RUD..jalan cerita straight je..tak payah nak fikir teruk-teruk...gaya bahasa pun mudah, takde nak bunga-bunga...bukanla aku ni 'anti' ayat bunga-bunga tapi kadang-kadang kalau ada ayat bunga-bunga tu jadi macam jiwa-jiwa pulak sebab cite ni ala-ala thriller gitu...hehehehe..

` cara DZ tulis tentang Amie Najla' memang aku kagum...aku tahu DZ mesti dah buat banyak rujukan dan disebabkan telitinya DZ 'melahirkan' watak Amie Najla' tu, aku rasa macam DZ pergi interview perempuan yang betul-betul mengalami penderitaan jiwa macam tu...untuk watak-watak sampingan tu pun aku puas hati la sebab aku boleh 'masuk' dalam 'diri' diaorang tu...

` keseluruhan jalan cerita, aku puas hati..tapi sebenarnya aku tak sangka macam tu ending dia..dan aku tak sangka betul perkara yang menimpa Suraya tu...memang aku tak dapat nak tahan sebak masa Jad luahkan rasa hati dia demi untuk 'melepaskan' Suraya..aku macam dapat rasa kesedihan yang Jad alami tu...ye lah, hati siapa tak sedih kan..nak lepaskan orang tersayang buat selamanya...tapi ending yang DZ buat tu memang ada dalam realiti kehidupan kita...nak tak nak kena terima..aku terima la ending sebegitu daripada ending yang tergantung yang memerlukan aku untuk 'membuat' ending sendiri..aku tak suka ending tergantung..aku rela cite tu ada kesudahan walaupun kesudahannya sedih atau tak seperti yang aku harapkan :D...TAHNIAH dhiya..saya tunggu cite seterusnya...


Sunday, August 23, 2009

lambakan novel & e-novel

salam/hai...

sambil-sambil surf net, lompat blog sana sini..jumpa macam-macam blog..antaranya blog e-novel..disebabkan terjumpa banyak sangat e-novel, aku pun jadi 'rajin' nak update blog jadi tercipta la tajuk kat atas tu...

sekarang ni kat kedai-kedai buku, banyak sangat novel..macam-macam penerbit la..alaf21, pts, jemari seni, kaki novel, nb kara, buku prima, fajar pakeer dan macam-macam lagi la...penulis pun ramai...ada senior dan ada junior...sampai tak tahu nak pilih yang mana...selalunya aku baca blurb dan ikut gerak hati atau pun kalau dah blur sangat, aku sms kekanda-kekanda UB untuk tanya buku yang mana best..novel ni satu yang bestnya ialah, kita boleh pegang, kat mana-mana kita nak baca pun boleh tapi yang tak bestnya kalau-kalau novel tu citenya tak best..rugi duit je...:D itu kisah novel...

sekarang masuk pasal e-novel pulak...sekarang ni kat net, ada banyak sangat e-novel yang muncul...macam cendawan tumbuh selepas hujan...e-novel ni pun tak kurang hebatnya..kiranya penulis-penulis e-novel ni pun kira hebat la jugak...bagus juga ada e-novel ni...tak payah nak beli buku..kalau baca then kita rasa tak best, tak payah la masuk blog tu lagi lepas tu tapi kalau kita baca dan kita rasa best boleh la 'bookmark'kan blog tu...tu antara kebaikan dia la..tapi keburukan e-novel ni pada aku la, sakit mata...buatnya pulak font kat blog tu kecil, kita nak kena besarkan view kat laptop/pc kita...pastu kalau e-novel ni takleh nak 'angkut' untuk dibaca kat memana kecuali laptop kita tu yang comel (tapi laptop comel sakit mata nak baca)...

tapi kan, aku rasa...novel ke e-novel ke, semuanya bergantung pada kita...kita yang buat pilihan kan? sekarang ni aku tak berapa rajin sangat nak baca e-novel sebab kadang-kadang bila aku dah 'terlepas' beberapa bab, aku malas nak baca dari mula...aku harap mana-mana penulis e-novel yang berpotensi boleh la hantar manuskrip e-novel diaorang kat syarikat percetakan untuk dicetak dalam versi cetak la pulak...sekarang ni dah ramai penulis e-novel yang dah jadikan e-novel mereka tu versi cetak...antaranya Syud, Hlovate, Nazurah Aisyah, Aleya Anessa, Ariela Shahimi (sekadar menyebut beberapa nama yang aku tau...) dan pada aku, bila e-novel yang best-best tu dijadikan versi cetak, ia memberikan bonus kepada penulisnya sebab diaorang dah ada peminat tersendiri masa versi e-novel jadi bila dah jadi novel versi cetak 'wajib' la peminat dia beli untuk jadikan koleksi...contohnya aku...bila aku tau e-novel yang memang aku 'ikut' tu jadi novel memang wajib la aku beli....

ok la..stop dulu..nak gi standby untuk berbuka...selamat berbuka...

Hanya Dia Tahu : Aleeya Anessa

` Ariana melihat Nasuhah (teman baiknya) sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah sehingga menimbulkan kemarahan Zaen dan tanpa pengetahuan Ariana, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata nista. Nasuhah benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi. Dia langsung tidak pernah bermimpi untuk menjadi teman hidup Zaen seperti yang selalu Ariana harapkan.

` Takdir penentu segalanya dan takdir juga yang telah menemukan Zaen dan Nasuhah dalam satu majlis. Sejak terpandangkan Nasuhah, dia seperti terkena panahan asmara tetapi dalam masa yang sama, dia tidak tahu bahawa gadus gadis yang digilainya itu adalah Nasuhah, gadis yang pernah dia ‘tolak’ satu ketika dulu. Nasuhah yang telah pun tawar hati dengan Zaen cuba melarikan diri apabila dia mengetahui Zaen sedang memburunya. Dia tidak mahu ‘terlibat’ dalam hidup Zaen Luthfi.

` Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan bagaikan jalan pintas bagi Nasuhah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Namun ‘jalan pintas’ itu sebenarnya telah menimbulkan satu masalah lain apabila Rezuan tiba-tiba melamarnya. Nasuhah semakin bingung memikirkan jalan penyelesaian yang baik.

` Bagaimanakah Nasuhah ingin menyelesaikan masalah yang merantai dirinya? Berjayakah Zaen menakluk hati Nasuhah? Bagaimana pula dengan Ariana? Gembirakah dia bila Zaen mula menyukai Nasuhah? Siapakah yang menjadi pilihan Nasuhah? Zaen atau Rezuan?

` Asalnya cerita ni adalah karya online tapi Aleeya Anessa tidak menghabiskan e-novel tersebut…dan yang pastinya bila dah jadi versi cetak, aku suka sebab aku pernah baca cerita ni secara online dan tapi bila penulisnya tidak updated cerita ni, aku frust sangat sebab aku tau cerita ni best…bila Hanya Dia Tahu (tajuk asal tak ingat) dijadikan versi cetak aku suka sangat…

` Aku suka Nasuhah, aku suka Zaen…aku tak suka Rezuan hehehehe CUMA aku tak suka sikap Zaen yang berlagak tu…belum kenal dah nak reject..sudahnya sendiri terpikat kat orang tu..padan muka…

` Keseluruhannya ok, santai..not bad…suka sangat…boleh dijadikan koleksi…macam-macam perasaan ada tau masa baca…TAHNIAH aleya..saya tunggu next novel…moral dari novel ni (1) jangan buat keputusan terburu-buru, jangan main terus reject je.. (2) jangan ambil ‘short-cut’..maksudnya kalau nampak sesuatu tu jangan terus buat persepsi..jumpa dan minta penjelasan sebelum nak ‘jatuhkan hukuman’…

Saturday, August 22, 2009

Pelangi : Syud, Hlovate, Noor Suraya

Ceritera I : Pelangi

Pelangi = Iman Aisyah + Usamah Razif :D

Kisahnya macam ni...

` Iman buat kenduri arwah untuk parent dia kat rumah Mak Su dia..kebetulan masa kat kenduri arwah tu Iman jumpa dengan kawan arwah mak dia...makcik ni kenal arwah mak Iman masa arwah mengajar tentang haji. Makcik ni datang kenduri arwah tu dengan anak lelaki dia tapi Iman tak jumpa pun anak lelaki makcik tu.

` Masa on the way balik rumah, makcik ni bagitau kat anak lelaki dia yang dia berkenan kat Iman dan berharap sangat Iman tu jadi menantu dia tapi anak lelaki dia ni buat endah tak endah je, siap dia cakap "nanti nak cari menantu macam dia" dia tu Iman la...tapi makcik ni tak nak menantu macam Iman tapi nak Iman jadi menantu dia...

` Mungkin suratan atau kebetulan...one day, Iman 'berkenalan' dengan Usamah sebab Usamah tersilap masuk pejabat...sepatutnya dia jumpa audit tapi sebab salah faham penyambut tetamu, dia terjumpa la Iman...dan tetiba Usamah dah macam 'terpikat' kat Iman hehehehe

` Dan entah kenapa juga Usamah tiba-tiba je bersetuju nak tunaikan hajat mak dia yang nak dia kawin dengan anak kawan mak dia tu...pada dia, dia buat semua tu sebab nak bagi mak dia gembira..terus mak dia pergi merisik Iman dan Iman pulak of course la terkejut sebab angin takde, ribut takde tetiba ada orang datang merisik dan meminang...kawan arwah mak dia pulak tu...tapi masa dia tengok anak makcik tu dia terkejut sangat sebab dia dah kenal dengan anak makcik tu walaupun kenal secara tak sengaja dan anak makcik tu pun terkejut gak sebab dia tak sangka perempuan yang mak dia nak sangat jadikan menantu tu adalah perempuan yang dia kenal masa tersilap masuk pejabat dan yang dah dia 'terjatuh hati'...sesungguhnya Iman Aisyah tak sangka yang anak makcik tu adalah Usamah Razif dan Usamah Razif juga tak sangka bahawa perempuan yang mak dia nak sangat jadi menantu dia tu adalah Iman Aisyah...

` Semua berlaku dengan pantas..Usamah macam dah tak sabar-sabar nak kawin dengan Iman sampaikan dia siap upah wedding planner tanpa bincang apa-apa dengan Iman..akhirnya Iman Aisyah selamat menjadi isteri kepada Usamah Razif...

` Lepas kawin, Iman dan Usamah mula mengenali diri masing-masing dan bercinta la...mula-mula semuanya berjalan lancar tapi tetiba muncul Syaz..dia ni ex-girl Usamah...kalau setakat muncul gitu-gitu je takpelah juga tapi Syaz muncul dengan satu kenyataan yang amat perit untuk diterima oleh sesapa pun termasuklah Iman...Usamah pernah ada anak dengan Syaz...tak ke gila jadinya..isteri mana pun sure takleh nak terima perkara tu kan...Usamah pun terkejut dengan perkara tu, walaupun satu ketika dulu dia agak liar tapi dia yakin yang dia tak pernah buat sesuatu yang melebihi had tapi bila Syaz asyik meyakinkan dia tentang 'anak' tu, dia jadi was-was..sekejap tak percaya anak tu anak dia, kejap dia percaya anak tu anak dia...Iman pun mula-mula tak percaya tapi bila dia jumpa Syaz, dia jadi macam yakin la juga yang anak Syaz tu adalah anak Usamah jugak...sudahnya, sebab masing-masing tertekan, Iman dan Usamah berpisah untuk 'setengah jam'...

` Betul ke anak Syaz tu anak Usamah juga? Betul ke Iman dan Usamah berpisah hanya untuk 'setengah jam'? Erm..kalau nak tau semua tu, kenalah baca sendiri..dan kalau nak tau juga kenapa tajuk ceritera ni PELANGI, pun kena baca sendiri...

` Cite ni asalnya online…dan aku syukur sangat bila JS terbitkan e-novel Syud ni...memang aku, adik-beradik UB dan peminat Syud berharap agar cite Iman Usamah ni dibukukan dan syukur apa yang kami nanti muncul akhirnya...TAHNIAH syud; akak suka sangat dengan ending dia..

` Pelangi ni ada macam-macam rasa...ada sedih, kelakar, geram dan macam-macam la konflik perasaan..ada masanya sedih, ada masanya kelakar, ada gak rasa geram dan ada gak rasa macam nak meletup dada sebab tahan perasaan…

` Iman tu jenis yang tenang je even dia berhadapan dengan satu masalah yang besar…(kalau aku belum tentu aku setenang Iman Aisyah)..Usamah pulak..aduh..aku rasa macam lelaki idaman hehehehe (Syud, carikan akak ‘Usamah’ hehehehe) tak putus asa nak membahagiakan Iman..padahal Iman tu kadang-kadang buat Usamah tu macam tak wujud je hehehehe

` Secara jujurnya, aku memang suka sangat PELANGI…ending dia pun memang best…puas hatilah dengan ending kisah hidup Iman Aisyah dan Usamah Razif ni…tak rugi baca..memang berbaloi….TAHNIAH syud..

p/s : syud, akak dah tak sabar nak ‘jumpa’ Teja Aulia pulak..:D

Ceritera II : Ked's Story

` Ked seorang skater…kiranya kat area tempat tinggal dia tu, semua orang kenal dia la…nak jadi cerita, satu hari masa dia nak gi main skateboard tu, terjadilah satu insiden…deck yang dia sayang tu Hellrose Deck James Atkins Diet terkena sos spaghetti...

` Disebabkan rasa bersalah sebab dah ‘rosakkan’ deck kesayangan Ked, Nawal hantar ‘sesuatu’ untuk Ked. Dia order kat Skate America; Foundation Deck Pop Top Logo dan buku tentang Diet yang ditulis oleh Dr. James Atkins. Tapi Nawal tak letak nama dia, dia letak: Hadiah. Ked terkejut giler masa dapat benda-benda tu semua…dan dia belikan perfume untuk Nawal sebagai balasan.

` Hari berlalu dan berganti tahun. Tiba-tiba Ked bertemu semula Nawal masa diaorang temankan kawan masing-masing berdating..ntah camne, Ked macam dah tersuka kat Nawal…tapi Ked macam tak sure dengan perasaan dia sebab dia tak penah bercinta..berbeza ngan Nawal sebab Nawal pernah sekali bercinta…at last masing-masing macam dah tersuka antara satu sama lain tapi masing-masing ego..tak nak tunjuk…Ked tak reti nak luahkan dan Nawal pulak macam serik la nak bercinta sebab ada pengalaman cinta yang pahit sebelum ni…

` So, macam mana? Dapat ke diaorang ni bersatu? Kalau dapat macam mana Ked luahkan perasaan dia pada Nawal? Nawal pulak setuju ke nak terima Ked sebagai teman hidup dia? Hah, nak tau korang kena baca sendiri..aku jamin tak rugi…hehehe..

` Aku suka cite ni…hlovate ni memang best..tak hairanlah kalau ramai peminat dia..masa kat KLIBF ari tu, ramai yang cari buku baru dia…masa tu buku paling baru hlovate: rooftop rant..

` Apa yang best dengan cite karya hlovate? Dia guna bahasa yang santai dan sempoi…(walaupun ada yang aku tak berapa faham hehehehe) tapi aku tetap suka..cerita dia tak payah nak susah-susah fakir..relax je baca cite dia…dan lagi satu, kebanyakkan cite dia bukan hanya ada cerita tapi ada juga pengajarannya…bukanlah cerita kosong semata-mata..dan yang pasti setiap cerita dia mesti ada unsur dakwah tu…bagus sebab berdakwah dengan cara menulis novel ni…sebab kadang-kadang budak-budak muda bukan nak pergi masjid atau surau untuk dengar orang menyampaikan hal-hal agama ni..so bila dah diselitkan unsur Islam dalam novel ni bagus…

` TAHNIAH hlovate..hopefully one day, akak akan dapat jumpa awak…teruskan menulis…tak sabar nak tunggu next story…

Ceritera III : Rumah Kecil Di Ujung Padang

` Sejak umur 12 tahun, Durrah tahu yang dia hanya anak angkat Haji Hambali dan Hajah Halima. Dia juga tahu bahawa ayahnya berada di Bandung namun dia tidak pernah hendak ke sana bertemu ayahnya. Kasih sayangnya hanya untuk umi dan abah di Pulau Duyung...atas sebab itu juga Hajah Halima terkejut bila Durrah menyuarakan isi hatinya untuk bertemu dengan ayahnya di Bandung. Sebenarnya Durrah 'jauh hati' dengan Mubin dan Nabil. Kedua-dua lelaki itu telah melukakan hatinya. Mula-mula Mubin...memutuskan ikatan pertunangan mereka dengan hanya mengirimkan telegram...Lupakan aku saja, Durrah.. Baru je hati Durrah yang luka tu nak baik, Nabil pulak melukakan hati Durrah...sebab apa? sebab nak balas dendam pada Durrah..dulu Nabil pernah minat dan suka pada Durrah tapi Durrah tolak Nabil dengan alasan mereka adik-beradik..jadi, bila che' meninggal dan meninggalkan wasiat agar Nabil berkahwin dengan Durrah, Nabil tak nak la...siap keluarkan ayat-ayat power lagi...so, atas sebab-sebab tu juga Durrah nak pergi Bandung jumpa dengan ayah dia, Ungku Iskandar...pada Durrah 'abang-abang' dia tu semuanya tak baik kecuali Abang Haiqal..dia je yang tak pernah sakitkan hati Durrah...

` Sebenarnya, bukan Mubin dan Nabil je 'abang' Durrah yang suka kat Durrah tapi Abang Haiqal tak terkecuali...dia pun suka sangat pada Durrah tapi dia ni slow...dia tak macam Mubin dan Nabil yang selamba meluahkan isi hati pada Durrah...akhirnya bila Durrah bawa diri ke Bandung, Abang Haiqal tu macam resah gelisah je...ye lah, takut Durrah 'hilang' terus dari pandangan mata dia...

` Apa akhirnya? Durrah terus stay kat Bandung ke? Macam mana dengan Mubin? Bahagia ke dia dengan isteri dia? Nabil macam mana? Abang Haiqal? Kawin dengan siapa? Relakah dia nak kawin dengan orang lain selain Durrah? Durrah pulak kawin dengan siapa? Dengan orang Malaysia atau orang di Bandung? Nak tau kena baca sendiri :D

` cite ni pun asalnya e-novel...kak su letak kat blog dia...memang ramai la peminat kak su..sebelum e-novel ni dibukukan, aku selalu doa agar kak su jadikan cite tu ke versi cetak..syukur, akhirnya ianya dibukukan...TAHNIAH kak su...

` aku suka sangat cite ni...suka watak Durrah yang aku rasa seorang yang lemah-lembut tapi tetiba leh jadi keras hati bila hati dah selalu dilukai...lepas tu aku suka sangat bila Durrah cemburu pada 'bakal isteri' Abang Haiqal...terbocorlah rahsia Durrah akhirnya :D aku juga suka dengan Abang Haiqal..walaupun dia slow tapi berbaloi..hehehehe kesimpulannya memang aku suka sangat cite ni...seperti biasa, cite kak su macam betul-betul terjadi...'hidup'..

p/s: kak su, bila saya boleh 'jumpa' Jaja & Din? tak sabar ni... :D

Tuesday, August 18, 2009

Lentera Mustika ; pantun

Kuda hitam pelana kain,
Bunga seganda di dalam dulang,
Niatku tidak pada yang lain,
Hanya pada tuan seorang.

Anak Cina membawa kereta,
Hendak melawat ke luar negeri,
Sudah lama aku bercinta,
Jodoh tak dapat ditukar ganti.

Padi pulut di dalam pinggan,
Padi Jambi tepi perigi,
Janji mulut boleh lupakan,
Janji hati bawa ke mati.

Sayang selasih sama selasih,
Kalau tinggi ambil galah,
Sungguhpun jadi bertemu kasih,
Jodoh pertemuan di tangan Allah.

Buah selasih si putik pauh,
Buat santapan di pagi hari,
Orang kukasih semakin jauh,
Rasa tak mungkin bertemu lagi.

Terbang tinggi di burung undan,
Pagi hari matahari segalah,
Sudah nasib permintaan badan,
Kuturut sahaja kehendak Allah.

p/s: semua pantun di atas, ada dalam Lentera Mustika dan telah dinyatakan siapa penulisnya..harap maklum...

Lentera Mustika - Nisah Haron

Professor Madya Ainur Mustika, wanita elit yang mengharapkan nyalaan lentera cinta dalam hatinya. Dia mengakui, tidak lengkap hidupnya tanpa suami di sisi lain hatinya, dia bertanya, adakah ia benar kini? Pada saat cinta semakin mendekat, hatinya pula semakin berkicau dengan pertanyaan-pertanyaan apakah akhir sebuah cinta, dan bermulalah dilema Ainur Mustika.

` Sejujurnya, aku tak pernah sekali pun membaca nvel Nisah Haron walaupun aku pernah 'jumpa' novel-novel dia yang terdahulu dan aku pernah dengar namanya. Tetapi masa aku nampak Lentera Mustika dan hanya membaca komen Dato' A. Samad Said di muka depan dan blurb di belakang, aku terus tak fikir panjang, ambil dan terus bayar. Gerak hati kuat mengatakan yang Lentera Mustika tidak akan menghampakan aku.

` Dalam Lentera Mustika ada cinta, ada ilmu...memang lain dari yang lain...kiranya tak rugilah aku membeli dan membaca Lentera Mustika..rasa bahagia sangat baca watak Ainur Mustika ni...dia ni seorang yang gigih memperjuangkan puisi warisan..dan disebabkan puisi warisan itulah dia bertemu jodoh dengan Emir Johan, seorang peguam yang minat dengan puisi.

` Keseluruhannya aku suka cerita ni CUMA aku tak berapa suka ending tergantung yang Nisah Haron buat ni...bukannya apa, aku memang kureng suka pada ending-ending tergantung sebab bila tergantung, aku kena buat spekulasi sendiri tentang kesudahannya..aku pasti Nisah Haron ada sebab untuk buat ending yang sebegitu dan mungkin juga akan ada Lentera Mustika 2...aku harap ending kehidupan Ainur Mustika dan Emir Johan baik-baik saja tapi kalau terjadi yang sebaliknya, aku kena redha sebab apa yang terjadi tu walaupun dalam novel, terjadi di dunia realiti yang kita perlu terima...

` Lagi satu, aku suka puisi-puisi dalam Lentera Mustika CUMA DAN aku berharap sangat yang Nisah Haron dapat buat cd nazam yang Ainur Mustika persembahkan dan sajak yang digurindamkan oleh Emir Johan dalam "Malam Puisi Warisan" tu...bukannya apa, aku ni tak pernah dengar gurindam dan nazam..jadi kalaulah dapat, aku nak la dengar dua perkara tu...(kalau pun Nisah Haron tak nak jual cd tu, please la buat untuk saya hehehe...saya teringin nak dengar..boleh tak?)

saya cadangkan....

ada beberapa email yang saya terima minta saya cadangkan novel yang best untuk dibaca so, saya senaraikan beberapa buah novel (yang terbaru & yang dah lama sikit) untuk anda buat pilihan...ini yang saya suka tapi kalau tak suka saya tak boleh buat apa-apa ek...TQ

alaf21
1. Ilham Hati - Damya Hanna
2. Hanya Dia Tahu - Aleeya Anessa
3. Sungguh Aku Cinta - Anis Ayuni

jemari seni
1. Pelangi - Syud, Hlovate, Noor Suraya
2. Bintang-bintang Ke Syurga - Xarine
3. Dame Zoete Sarah - Khairyn Othman

Buku Prima
1. Street Vendetta - Mazni Aznita

Fajar Pakeer
1. Hujan Rindu - Anita Aruszi

Kaki Novel
1. Baju Pengantin Mak Andam - Ariela Shahimi

NB
1. Aku Bukan Billy Milligan - Norhayati Berahim

PTS
1. Lentera Mustika - Nisah Haron

p/s: yang berwarna adalah buku-buku baru..untuk Meisme; semua ni buku best (pada saya) sampai tak tahu yang mana paling best..

Saturday, August 1, 2009

menulis-membaca; penulis-pembaca

salam/hai semua...
kenapa aku letak tajuk macam tu? aku letak tajuk ni sebab aku nak membicarakan tentang 'menulis-membaca:penulis-pembaca' la...lebih specific ialah menulis dan membaca novel...

aku tahu, bukan senang nak hasilkan sesuatu novel tu...banyak perkara yang perlu diambil kira masa nak tulis novel tu...nak-nak pulak kadang-kadang idea tak berapa nak menjelma...betul tak? (kalau ada penulis yang sedang baca n3 ni mesti dia angguk hehehehe)...lepas tu pulak bila dah dapat idea, dah tulis, dah publish...ada pulak pembaca yang tak minat nak baca sebab katanya tak berapa sesuai dengan jiwa, tak best dan macam-macam lagi la...(aku la tu...) kan? kan? kan? aku cukup 'tabik' dengan penulis-penulis ni sebab mereka berjaya menghasilkan novel-novel mereka...bukan senang tapi aku rasa, aku sebagai pembaca, aku berhak untuk menyuarakan apa yang aku 'rasa' masa aku baca novel-novel hasil karya mereka...aku ambil risiko untuk mengeluarkan duit untuk membeli novel-novel yang aku rasa aku nak baca...jadi, tak salah kan kalau aku utarakan apa yang aku 'rasa'..tujuan aku cuma untuk kebaikan je...kebaikan siapa? kebaikan penulis dan pembaca...untuk penulis, kalau aku komen, maybe next time dia tak payah la ulang balik kesilapan yang aku dah komen tu dalam novel dia yang akan datang...kan? untuk pembaca pulak, kalau dia jenis yang macam aku (cerita kena sesuai n masuk jiwa), bila dia baca komen aku dan dia bersetuju dengan komen aku, dia tak perlulah nak keluarkan duit untuk beli novel..tapi kalau dia nak beli juga terpulang la...kalau dia tak setuju dengan aku, dia boleh beli dan nilai sendiri novel yang aku komen...harga sebuah novel bukan murah beb...paling murah pun aku rasa RM19.90 kot...tapi setakat ni novel yang aku beli semuanya RM15 ke atas....lagi satu, aku menulis dengan ikhlas hati...aku tak reti nak selindung-selindung...pada aku buat apa aku nak kata novel tu best giler kalau sebenarnya tak berapa best?? betul tak? kalau novel tu best, aku kata best..kalau kureng best aku akan kata kureng best..aku baca novel sejak sekolah menengah lagi dan kawan-kawan aku pun tau aku memang suka dengan novel dan diaorang selalu refer kat aku kalau nak tau mana novel yang best dan mana yang tak....aku bagitau jujur..ye lah..nak kuar duit tu risiko...

macam yang aku beritahu dalam n3 yang sebelum ni, lepas ni aku hanya akan review novel yang aku dan baca dan masuk dengan jiwa aku (menepati citarasa aku)..aku bukan 'bias' ek...nanti ada pulak kata aku 'bias' sebab review novel sipolan sipolan tu aje..novel sipolan sipolan ni aku tak review pun...AKU REVIEW CITE YANG MASUK DENGAN JIWA...kalau pun sipolan tu 'femes' tapi cite tak masuk jiwa, aku tetap tak akan buat review dah...aku just hantar email kat dia je (kalau dia ada sertakan email address dalam novel dia)..dan kalau sipolan ni tak 'femes' tapi cite masuk dengan jiwa aku akan review...banyak ni yang aku nak review..antaranya yang aku dah bagitau tu la...ada lagi yang aku baca sebelum-sebelum tu yang masuk jiwa n aku nak review..kiranya banyak la 'hutang' review aku..

untuk kak durrah
: bukan merajuk la kak, tapi ntah la...kang ada pulak yang berhenti menulis sebab komen-komen saya tu jadi biarlah saya komen cite yang saya suka sangat-sangat...kalau cite yang saya suka je, saya diamkan ajela...tapi novel akak satu je saya review..yang lagi dua bukan tak suka tapi belum sempat..busy la..kena tumpukan pada keje wajib...

buat airina
: bukan semua penulis cam gitu tapi ada...walaupun dia tak nyatakan sendiri pada saya tapi ada orang yang bagitau pada saya betapa penulis tu 'terasa hati' dengan komen saya yang jujur tu...betul..saya menulis dengan jujur tapi ada yang takleh terima 'kejujuran' tu...tentang gam blog tu..tak tau la blog saya ni dia atau penulis lain gam ke tak..kalau diaorang nak gam saya nak buat macam mana...hehehehe