Tuesday, August 18, 2009

Lentera Mustika ; pantun

Kuda hitam pelana kain,
Bunga seganda di dalam dulang,
Niatku tidak pada yang lain,
Hanya pada tuan seorang.

Anak Cina membawa kereta,
Hendak melawat ke luar negeri,
Sudah lama aku bercinta,
Jodoh tak dapat ditukar ganti.

Padi pulut di dalam pinggan,
Padi Jambi tepi perigi,
Janji mulut boleh lupakan,
Janji hati bawa ke mati.

Sayang selasih sama selasih,
Kalau tinggi ambil galah,
Sungguhpun jadi bertemu kasih,
Jodoh pertemuan di tangan Allah.

Buah selasih si putik pauh,
Buat santapan di pagi hari,
Orang kukasih semakin jauh,
Rasa tak mungkin bertemu lagi.

Terbang tinggi di burung undan,
Pagi hari matahari segalah,
Sudah nasib permintaan badan,
Kuturut sahaja kehendak Allah.

p/s: semua pantun di atas, ada dalam Lentera Mustika dan telah dinyatakan siapa penulisnya..harap maklum...

No comments:

Post a Comment