* menunggu giliran: Kuserahkan Kasih & Cinta Datang Lagi...dah dapat Samudera Indah Nian (JS) :D *

Tuesday, November 10, 2009

dhiya-eddie ; Yang Sebenarnya - Aisya Sofea

"Kurang sikit rindu abang pada Dhiya"
"Kurang? Bukan lebih ke? Selalunya kalau ada sesuatu yang boleh mengingatikan kita pada orang yang kita sayang, kita akan jadi lebih rindu"
"Buat apa nak rindu? abang tahu Dhiya dekat dengan abang"
"Abang, boleh Dhiya tanya abang sesuatu?"
"Tiap-tiap malam Dhiya tanya abang kan? Baru sekarang nak minta izin?"
"Sejak bila abang berubah hati pada Dhiya. Antara kita, tak pernah rasa pun nak pergi jauh dari apa yang kita dah ada"
"Sejak bila Dhiya terfikir nak tanya? Selama ni tak pernah tanya pun?"
"Sejak Dhiya sedar yang Dhiya perlu tahu perubahan perasaan abang pada Dhiya"
"Lama abang simpan perasaan abang pada Dhiya"
"Lama? Sejak bila? Sejak Dhiya masih bekerja dengan syarikat ke?"

========

"Dhiya tahu perasaan Dhiya pada abang. Dhiya dalam laluan yang sama dengan abang, Abang hulurkan tangan abang dan Dhiya genggam tangan abang. Sejak itu Dhiya tak mahu pegang tangan lelaki lain selain dari abang, melainkan kalau satu hari nanti, abang akan lepaskan genggaman abang pada Dhiya." - Nadhiya

========

"Abang sayangkan Dhiya sahaja. Tak ada perempuan lain lagi. Kekuatan abang ada pada Dhiya dan kekuatan Dhiya ada pada abang. Tak cukup lagi ke?" - Muhammad Andrian Saifullah

Friday, November 6, 2009

novel-novel yang bakal berada di pasaran...






Tuesday, October 20, 2009

Mufin Manja : Hani Ismail

Tajuk : Mufin Manja
Penulis : Hani Ismail
Penerbit : PTS Professional
Harga : RM 14.00

` Mufin Manja; mengisahkan Farahin@Mrs Teapot yang suka sangat buat muffin..macam-macam resepi muffin yang dia cuba dan bila dia buat dia akan bawa muffin tu ke sekolah…kawan-kawan dia pun suka sangat dengan muffin Farahin ni…pastry lain pun dia minat tapi dia lebih minat dengan muffin…sementara menunggu keputusan SPM keluar, dia kerja part-time kat kedai bunga dan tiap-tiap hari lalu kat satu kedai kek dan roti…sebab dia minat sangat dengan pastry ni, akhirnya dia berhenti kerja kat kedai bunga, kerja pulak kat kedai pastry tu…

` Farahin bersemangat nak belajar tentang pastry dan bersemangat nak berniaga…nak berniaga apa? Pastinya la nak berniaga muffin…Farahin bernasib baik sebab semua ahli keluarga dan kawan-kawan baiknya menyokong hasrat hatinya tu…

` Macam mana kesudahannya? Apa kaitan Mufin Manja dengan Farahin? Kenapa dia dipanggil ‘Mrs. Teapot’? Berjayakah Farahin dalam perniagaan mufinnya? Macam mana keputusan SPM dia? Kalau nak tahu semua tu kena beli Mufin Manja…memang tak rugi…

` Mufin Manja (MM)…masa tengok buku ni kat kedai, tanpa teragak-agak aku terus ambil dan bayar…sebab apa aku tertarik? sebab…
(1) gambar muffin tu
(2) resepi muffin kat cover belakang
(3) tajuk dia (aku rasa macam comel je tajuk tu hehehe)

` Masa aku baca Mufin Manja ni, adalah kawan yang tanya, aku baca buku apa..aku pun tunjuklah cover MM..pastu dia siap tanya “best ke? Macam cerita budak-budak je”..aku jawab “novel remaja tapi best..tak rugi baca” (aku baca MM masa dok merehatkan diri; lunch hour..masa tu aku kat kem 1 Malaysia…jadi jurulatih pengiring)

` MM ni diterbitkan oleh PTS Professional, dalam kategori Teen Novel; Usahawan Cilik… walaupun masuk dalam kategori Teen Novel; Usahawan Cilik tapi kita yang dewasa ni pun boleh baca…sesungguhnya tak rugi aku beli MMmemang berbaloi…dalam MM sarat dengan resepi muffin la yang pastinya dan juga tips—tips yang berguna untuk kita buat muffin dan berniaga..memang sesuai dengan kategori dia, Usahawan Cilik…


` bahasa dan ayat yang digunakan oleh penulis jelas…takde bunga-bunga (memang la dah novel usahawan mana pulak sesuai kalau berbunga-bunga hehehehe)…TAHNIAH untuk penulis kerana novel usahawannya telah Berjaya menarik aku untuk membaca seterusnya mencuba resepi muffin terutamanya Mufin Karot Salju…lagi satu, Farahin ada blog dia sendiri…
klik -->mufinmanja<--

Saturday, October 10, 2009

madah Lukisan Jiwa

"sesungguhnya, cintanya adalah dalam nalutri dan jasadku, andai ini adalah qadak dan qadar Tuhan. aku percaya, Tuhan akan temukan kami dalam syurga. aku menyayanginya sepenuh jiwa dan ragaku." - Cahaya

"cinta itu telah tercipta untuk kita, abang bersyukur mengenali Cahaya sebagai isteri, jika abang pergi pun, abang tidak akan menyesal sayang." - Shafi'e

"mentari masih menyinari, begitu juga dengan diriku, mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku. bukankah Allah menciptakan kita untuk saling mencintai? biarlah Allah yang tahu, betapa menyintaimu adalah dari seluruh jasadku. kembalikan semangat itu dan rasa cinta kita biarpun seketika..." - Cahaya dan Shafi'e

"tahukah, betapa hebat cintaku, betapa hebat kasihku, seputih salji, aku akan anyamkan untuk kebahagiaan menjadi miliknya, aku tidak mahu melihat dia derita lagi. sesungguhnya mengenali wanita setabahnya, membuatkan cintaku makin bermukim, kerinduan ini tetap aku bajai dalam jiwanya. ini janjiku." - Aizul

"persahabatan adalah keindahan. segalanya adalah kemanisan untuk kita simpulkan liku-liku perjalanan kehidupan ini." - Suraya

"dugaan ini bagai merancang kita untuk terus berfikir tentang kematangan dalam kehidupan. terima kasih Tuhan, menguji diri yang serba kerdil ini." - Zainal

"lukisan ibarat jiwa dalam diri. diri ibarat penyeri dalam sangkar emas. bersalut emas, namun dalamnya tetap mengisi kelincahan fikiran. fikiran akan mewarnai singgahsana warna-warni dalam perjuangan hati." - Abang Ali

"terbangkit dari hijab, namun kenangan sesaat bersama cucuku, tidak terpadam. biar gelap begini, aku tetap tahu dan yakin, Allah bersama pelindungannya." - Atuk

"kasih sayang ayah tidak akan berubah, selagi hidup belum berakhir, ayah akan tetap merindu..." - Ayah

"harta adalah segalanya, cinta hanya menghidupkan perasaan luar biasa, namun kekayaan tetap menjadi taruhan hidup." - Datin Suriani

"ayah akur dengan tipu dunia dan kemewahan sehingga lupa dengan tanggungjawab ini." - Datuk Rahim

"aku benci untuk hidup dalam dunia yang tidak adil ini." - Mak Cik Anida

Thursday, October 1, 2009

apa cerita????

apa ceritanya sebenarnya ni? :D sebenarnya takde cerita apa pun...saja je nak update blog dunia-novel ni...aku baru je habis baca novel dari fajar pakeer...dari mata ke hati : syima syawal (kalau tak silap) cite tu not bad..boleh la untuk baca..oh, ya...ahad ni aku ada pertemuan dengan adik-beradik UB, kaum-kerabat JS dan peminat novel yang lain....nak jumpa Khairyn Othman...penulis Zahrah de Tigris dan Dame Zoete Sarah...tak sabarnya nak jumpa semua sebab dah lama tak jumpa :D