Saturday, August 22, 2009

Pelangi : Syud, Hlovate, Noor Suraya

Ceritera I : Pelangi

Pelangi = Iman Aisyah + Usamah Razif :D

Kisahnya macam ni...

` Iman buat kenduri arwah untuk parent dia kat rumah Mak Su dia..kebetulan masa kat kenduri arwah tu Iman jumpa dengan kawan arwah mak dia...makcik ni kenal arwah mak Iman masa arwah mengajar tentang haji. Makcik ni datang kenduri arwah tu dengan anak lelaki dia tapi Iman tak jumpa pun anak lelaki makcik tu.

` Masa on the way balik rumah, makcik ni bagitau kat anak lelaki dia yang dia berkenan kat Iman dan berharap sangat Iman tu jadi menantu dia tapi anak lelaki dia ni buat endah tak endah je, siap dia cakap "nanti nak cari menantu macam dia" dia tu Iman la...tapi makcik ni tak nak menantu macam Iman tapi nak Iman jadi menantu dia...

` Mungkin suratan atau kebetulan...one day, Iman 'berkenalan' dengan Usamah sebab Usamah tersilap masuk pejabat...sepatutnya dia jumpa audit tapi sebab salah faham penyambut tetamu, dia terjumpa la Iman...dan tetiba Usamah dah macam 'terpikat' kat Iman hehehehe

` Dan entah kenapa juga Usamah tiba-tiba je bersetuju nak tunaikan hajat mak dia yang nak dia kawin dengan anak kawan mak dia tu...pada dia, dia buat semua tu sebab nak bagi mak dia gembira..terus mak dia pergi merisik Iman dan Iman pulak of course la terkejut sebab angin takde, ribut takde tetiba ada orang datang merisik dan meminang...kawan arwah mak dia pulak tu...tapi masa dia tengok anak makcik tu dia terkejut sangat sebab dia dah kenal dengan anak makcik tu walaupun kenal secara tak sengaja dan anak makcik tu pun terkejut gak sebab dia tak sangka perempuan yang mak dia nak sangat jadikan menantu tu adalah perempuan yang dia kenal masa tersilap masuk pejabat dan yang dah dia 'terjatuh hati'...sesungguhnya Iman Aisyah tak sangka yang anak makcik tu adalah Usamah Razif dan Usamah Razif juga tak sangka bahawa perempuan yang mak dia nak sangat jadi menantu dia tu adalah Iman Aisyah...

` Semua berlaku dengan pantas..Usamah macam dah tak sabar-sabar nak kawin dengan Iman sampaikan dia siap upah wedding planner tanpa bincang apa-apa dengan Iman..akhirnya Iman Aisyah selamat menjadi isteri kepada Usamah Razif...

` Lepas kawin, Iman dan Usamah mula mengenali diri masing-masing dan bercinta la...mula-mula semuanya berjalan lancar tapi tetiba muncul Syaz..dia ni ex-girl Usamah...kalau setakat muncul gitu-gitu je takpelah juga tapi Syaz muncul dengan satu kenyataan yang amat perit untuk diterima oleh sesapa pun termasuklah Iman...Usamah pernah ada anak dengan Syaz...tak ke gila jadinya..isteri mana pun sure takleh nak terima perkara tu kan...Usamah pun terkejut dengan perkara tu, walaupun satu ketika dulu dia agak liar tapi dia yakin yang dia tak pernah buat sesuatu yang melebihi had tapi bila Syaz asyik meyakinkan dia tentang 'anak' tu, dia jadi was-was..sekejap tak percaya anak tu anak dia, kejap dia percaya anak tu anak dia...Iman pun mula-mula tak percaya tapi bila dia jumpa Syaz, dia jadi macam yakin la juga yang anak Syaz tu adalah anak Usamah jugak...sudahnya, sebab masing-masing tertekan, Iman dan Usamah berpisah untuk 'setengah jam'...

` Betul ke anak Syaz tu anak Usamah juga? Betul ke Iman dan Usamah berpisah hanya untuk 'setengah jam'? Erm..kalau nak tau semua tu, kenalah baca sendiri..dan kalau nak tau juga kenapa tajuk ceritera ni PELANGI, pun kena baca sendiri...

` Cite ni asalnya online…dan aku syukur sangat bila JS terbitkan e-novel Syud ni...memang aku, adik-beradik UB dan peminat Syud berharap agar cite Iman Usamah ni dibukukan dan syukur apa yang kami nanti muncul akhirnya...TAHNIAH syud; akak suka sangat dengan ending dia..

` Pelangi ni ada macam-macam rasa...ada sedih, kelakar, geram dan macam-macam la konflik perasaan..ada masanya sedih, ada masanya kelakar, ada gak rasa geram dan ada gak rasa macam nak meletup dada sebab tahan perasaan…

` Iman tu jenis yang tenang je even dia berhadapan dengan satu masalah yang besar…(kalau aku belum tentu aku setenang Iman Aisyah)..Usamah pulak..aduh..aku rasa macam lelaki idaman hehehehe (Syud, carikan akak ‘Usamah’ hehehehe) tak putus asa nak membahagiakan Iman..padahal Iman tu kadang-kadang buat Usamah tu macam tak wujud je hehehehe

` Secara jujurnya, aku memang suka sangat PELANGI…ending dia pun memang best…puas hatilah dengan ending kisah hidup Iman Aisyah dan Usamah Razif ni…tak rugi baca..memang berbaloi….TAHNIAH syud..

p/s : syud, akak dah tak sabar nak ‘jumpa’ Teja Aulia pulak..:D

Ceritera II : Ked's Story

` Ked seorang skater…kiranya kat area tempat tinggal dia tu, semua orang kenal dia la…nak jadi cerita, satu hari masa dia nak gi main skateboard tu, terjadilah satu insiden…deck yang dia sayang tu Hellrose Deck James Atkins Diet terkena sos spaghetti...

` Disebabkan rasa bersalah sebab dah ‘rosakkan’ deck kesayangan Ked, Nawal hantar ‘sesuatu’ untuk Ked. Dia order kat Skate America; Foundation Deck Pop Top Logo dan buku tentang Diet yang ditulis oleh Dr. James Atkins. Tapi Nawal tak letak nama dia, dia letak: Hadiah. Ked terkejut giler masa dapat benda-benda tu semua…dan dia belikan perfume untuk Nawal sebagai balasan.

` Hari berlalu dan berganti tahun. Tiba-tiba Ked bertemu semula Nawal masa diaorang temankan kawan masing-masing berdating..ntah camne, Ked macam dah tersuka kat Nawal…tapi Ked macam tak sure dengan perasaan dia sebab dia tak penah bercinta..berbeza ngan Nawal sebab Nawal pernah sekali bercinta…at last masing-masing macam dah tersuka antara satu sama lain tapi masing-masing ego..tak nak tunjuk…Ked tak reti nak luahkan dan Nawal pulak macam serik la nak bercinta sebab ada pengalaman cinta yang pahit sebelum ni…

` So, macam mana? Dapat ke diaorang ni bersatu? Kalau dapat macam mana Ked luahkan perasaan dia pada Nawal? Nawal pulak setuju ke nak terima Ked sebagai teman hidup dia? Hah, nak tau korang kena baca sendiri..aku jamin tak rugi…hehehe..

` Aku suka cite ni…hlovate ni memang best..tak hairanlah kalau ramai peminat dia..masa kat KLIBF ari tu, ramai yang cari buku baru dia…masa tu buku paling baru hlovate: rooftop rant..

` Apa yang best dengan cite karya hlovate? Dia guna bahasa yang santai dan sempoi…(walaupun ada yang aku tak berapa faham hehehehe) tapi aku tetap suka..cerita dia tak payah nak susah-susah fakir..relax je baca cite dia…dan lagi satu, kebanyakkan cite dia bukan hanya ada cerita tapi ada juga pengajarannya…bukanlah cerita kosong semata-mata..dan yang pasti setiap cerita dia mesti ada unsur dakwah tu…bagus sebab berdakwah dengan cara menulis novel ni…sebab kadang-kadang budak-budak muda bukan nak pergi masjid atau surau untuk dengar orang menyampaikan hal-hal agama ni..so bila dah diselitkan unsur Islam dalam novel ni bagus…

` TAHNIAH hlovate..hopefully one day, akak akan dapat jumpa awak…teruskan menulis…tak sabar nak tunggu next story…

Ceritera III : Rumah Kecil Di Ujung Padang

` Sejak umur 12 tahun, Durrah tahu yang dia hanya anak angkat Haji Hambali dan Hajah Halima. Dia juga tahu bahawa ayahnya berada di Bandung namun dia tidak pernah hendak ke sana bertemu ayahnya. Kasih sayangnya hanya untuk umi dan abah di Pulau Duyung...atas sebab itu juga Hajah Halima terkejut bila Durrah menyuarakan isi hatinya untuk bertemu dengan ayahnya di Bandung. Sebenarnya Durrah 'jauh hati' dengan Mubin dan Nabil. Kedua-dua lelaki itu telah melukakan hatinya. Mula-mula Mubin...memutuskan ikatan pertunangan mereka dengan hanya mengirimkan telegram...Lupakan aku saja, Durrah.. Baru je hati Durrah yang luka tu nak baik, Nabil pulak melukakan hati Durrah...sebab apa? sebab nak balas dendam pada Durrah..dulu Nabil pernah minat dan suka pada Durrah tapi Durrah tolak Nabil dengan alasan mereka adik-beradik..jadi, bila che' meninggal dan meninggalkan wasiat agar Nabil berkahwin dengan Durrah, Nabil tak nak la...siap keluarkan ayat-ayat power lagi...so, atas sebab-sebab tu juga Durrah nak pergi Bandung jumpa dengan ayah dia, Ungku Iskandar...pada Durrah 'abang-abang' dia tu semuanya tak baik kecuali Abang Haiqal..dia je yang tak pernah sakitkan hati Durrah...

` Sebenarnya, bukan Mubin dan Nabil je 'abang' Durrah yang suka kat Durrah tapi Abang Haiqal tak terkecuali...dia pun suka sangat pada Durrah tapi dia ni slow...dia tak macam Mubin dan Nabil yang selamba meluahkan isi hati pada Durrah...akhirnya bila Durrah bawa diri ke Bandung, Abang Haiqal tu macam resah gelisah je...ye lah, takut Durrah 'hilang' terus dari pandangan mata dia...

` Apa akhirnya? Durrah terus stay kat Bandung ke? Macam mana dengan Mubin? Bahagia ke dia dengan isteri dia? Nabil macam mana? Abang Haiqal? Kawin dengan siapa? Relakah dia nak kawin dengan orang lain selain Durrah? Durrah pulak kawin dengan siapa? Dengan orang Malaysia atau orang di Bandung? Nak tau kena baca sendiri :D

` cite ni pun asalnya e-novel...kak su letak kat blog dia...memang ramai la peminat kak su..sebelum e-novel ni dibukukan, aku selalu doa agar kak su jadikan cite tu ke versi cetak..syukur, akhirnya ianya dibukukan...TAHNIAH kak su...

` aku suka sangat cite ni...suka watak Durrah yang aku rasa seorang yang lemah-lembut tapi tetiba leh jadi keras hati bila hati dah selalu dilukai...lepas tu aku suka sangat bila Durrah cemburu pada 'bakal isteri' Abang Haiqal...terbocorlah rahsia Durrah akhirnya :D aku juga suka dengan Abang Haiqal..walaupun dia slow tapi berbaloi..hehehehe kesimpulannya memang aku suka sangat cite ni...seperti biasa, cite kak su macam betul-betul terjadi...'hidup'..

p/s: kak su, bila saya boleh 'jumpa' Jaja & Din? tak sabar ni... :D

4 comments:

  1. ishk cepatnye sis baca!
    owg stil xle pegang buku ni...asyik jeling2 je dlm lemari tu hahaha

    xsabar nak baca cite kak su...hehehe

    ReplyDelete
  2. akak tak leh simpan novel lama-lama...beli terus baca ;)

    ReplyDelete
  3. kite xdapat lagi buku yang ne >.<...setiap kali jumpe, poket kering je salu... tapi tangan gatal gak nak amek.. wuwu~ bile poket penuh, 'die' pulak dah abes...;'(

    ReplyDelete