` Ariana melihat Nasuhah (teman baiknya) sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah sehingga menimbulkan kemarahan Zaen dan tanpa pengetahuan Ariana, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata nista. Nasuhah benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi. Dia langsung tidak pernah bermimpi untuk menjadi teman hidup Zaen seperti yang selalu Ariana harapkan.
` Takdir penentu segalanya dan takdir juga yang telah menemukan Zaen dan Nasuhah dalam satu majlis. Sejak terpandangkan Nasuhah, dia seperti terkena panahan asmara tetapi dalam masa yang sama, dia tidak tahu bahawagadus gadis yang digilainya itu adalah Nasuhah, gadis yang pernah dia ‘tolak’ satu ketika dulu. Nasuhah yang telah pun tawar hati dengan Zaen cuba melarikan diri apabila dia mengetahui Zaen sedang memburunya. Dia tidak mahu ‘terlibat’ dalam hidup Zaen Luthfi.
` Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan bagaikan jalan pintas bagi Nasuhah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Namun ‘jalan pintas’ itu sebenarnya telah menimbulkan satu masalah lain apabila Rezuan tiba-tiba melamarnya. Nasuhah semakin bingung memikirkan jalan penyelesaian yang baik.
` Bagaimanakah Nasuhah ingin menyelesaikan masalah yang merantai dirinya? Berjayakah Zaen menakluk hati Nasuhah? Bagaimana pula dengan Ariana? Gembirakah dia bila Zaen mula menyukai Nasuhah? Siapakah yang menjadi pilihan Nasuhah? Zaen atau Rezuan?
` Asalnya cerita ni adalah karya online tapi Aleeya Anessa tidak menghabiskan e-novel tersebut…dan yang pastinya bila dah jadi versi cetak, aku suka sebab aku pernah baca cerita ni secara onlinedan tapi bila penulisnya tidak updated cerita ni, aku frust sangat sebab aku tau cerita ni best…bila Hanya Dia Tahu (tajuk asal tak ingat) dijadikan versi cetak aku suka sangat…
` Aku suka Nasuhah, aku suka Zaen…aku tak suka Rezuan hehehehe CUMA aku tak suka sikap Zaen yang berlagak tu…belum kenal dah nak reject..sudahnya sendiri terpikat kat orang tu..padan muka…
` Keseluruhannya ok, santai..not bad…suka sangat…boleh dijadikan koleksi…macam-macam perasaan ada tau masa baca…TAHNIAH aleya..saya tunggu next novel…moral dari novel ni (1) jangan buat keputusan terburu-buru, jangan main terus reject je.. (2) jangan ambil ‘short-cut’..maksudnya kalau nampak sesuatu tu jangan terus buat persepsi..jumpa dan minta penjelasan sebelum nak ‘jatuhkan hukuman’…
` Takdir penentu segalanya dan takdir juga yang telah menemukan Zaen dan Nasuhah dalam satu majlis. Sejak terpandangkan Nasuhah, dia seperti terkena panahan asmara tetapi dalam masa yang sama, dia tidak tahu bahawa
` Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan bagaikan jalan pintas bagi Nasuhah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Namun ‘jalan pintas’ itu sebenarnya telah menimbulkan satu masalah lain apabila Rezuan tiba-tiba melamarnya. Nasuhah semakin bingung memikirkan jalan penyelesaian yang baik.
` Bagaimanakah Nasuhah ingin menyelesaikan masalah yang merantai dirinya? Berjayakah Zaen menakluk hati Nasuhah? Bagaimana pula dengan Ariana? Gembirakah dia bila Zaen mula menyukai Nasuhah? Siapakah yang menjadi pilihan Nasuhah? Zaen atau Rezuan?
` Asalnya cerita ni adalah karya online tapi Aleeya Anessa tidak menghabiskan e-novel tersebut…dan yang pastinya bila dah jadi versi cetak, aku suka sebab aku pernah baca cerita ni secara online
` Aku suka Nasuhah, aku suka Zaen…aku tak suka Rezuan hehehehe CUMA aku tak suka sikap Zaen yang berlagak tu…belum kenal dah nak reject..sudahnya sendiri terpikat kat orang tu..padan muka…
` Keseluruhannya ok, santai..not bad…suka sangat…boleh dijadikan koleksi…macam-macam perasaan ada tau masa baca…TAHNIAH aleya..saya tunggu next novel…moral dari novel ni (1) jangan buat keputusan terburu-buru, jangan main terus reject je.. (2) jangan ambil ‘short-cut’..maksudnya kalau nampak sesuatu tu jangan terus buat persepsi..jumpa dan minta penjelasan sebelum nak ‘jatuhkan hukuman’…
No comments:
Post a Comment