Monday, May 2, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (10) Langsir Biji Remia - Noor Suraya


` Selesai membaca Langsir Biji Remia (LBR) *buah tangan terbaru dari Noor Suraya*...LBR betul-betul menyentuh hati dan perasaan aku...menyelami hati Dura Hafa terasa macam aku dan Dura Hafa tu sama je *mungkin bukan totally sama tapi tetap rasa ada persamaan* LBR ni takde la tebal sangat, dalam 263 muka surat je tapi pengisian dia betul-betul buat aku terkesan dan yang penting aku menangis...aku faham perasaan Duha *walaupun ada kalanya Duha tak pamerkan pun perasaan dia pada orang lain* mungkin sebab aku menghayati LBR makanya memang aku faham la perasaan Duha *bukan LBR je yang aku hayati tapi aku memang menghayati novel-novel yang aku baca*

` Langsir Biji Remia ni pasal apa? LBR ni kisah antara Duha Hafa dan Umair..mereka ni berjiran sejak kecil dan selalu berbicara melalui jendela langsir biji remia *sejak satu kes tu ..nak tau kena baca* sejak kecil juga Umair dah 'serah' hati dia pada Duha walaupun masa tu umur dia baru 13 tahun dan umur Duha baru 10 tahun..tapi mereka ni terpisah bila ayah Umair bertukar ke Singapura...

` 10 tahun kemudian, mereka bertemu semula di jendela yang sama...jendela yang mempunyai langsir biji remia dan perangau angin..semua tak berubah termasuklah perasaan Umair kerana dia sudah berikan hatinya buat Duha dan tak pernah terpikat dengan mana-mana perempuan lain tetapi Duha sudah berubah...perubahan yang betul-betul tak disangka..siap berpurdah..ada sebab kenapa Duha berubah dan berpurdah serta terlalu merendah diri *sungguh sedih tatkala tau kenapa Duha berubah dan berpurdah*

` Umair yang memang mencintai Duha meminta Kak Hada & Kak Ain membantu dia meluahkan isi hatinya pada Duha *ala-ala merisik la ni* dan Duha menyatakan bahawa Umair perlu melihat wajahnya sebelum membuat apa-apa keputusan dan apabila Umair telah melihat wajah Duha, terus dia terkedu dan melarikan diri dari Duha *kesian Duha dan aku benci Umair..tak sangka begitu sekali perangai Umair walaupun tau dia seorang yang mementingkan kesempurnaan termasuklah wajah yang sempurna tapi tak sangka dia buat macam tu ke Duha* Ok..stop cite pasal LBR..kesudahannya kena KIV la nanti tak best la kan..nak tau korang kena dapatkan Langsir Biji Remia *promote hehehe*

` Macam novel-novel yang terdahulu, kak su masih kekal menggunakan bait-bait ayat yang cukup sedap...tersusun je...walaupun ada ayat-ayat sinis *macam ayat nasihat dari tok* tapi ayat tu disusun dengan baik..best je baca...lagi satu 'hidup' je cerita kak su ni...kalau Jaja ada Din, Duha pula ada Muhsin..memang match la kak su :) ...oh, ya...dalam LBR 'ramai' watak yang aku kenal antaranya Soleh, Sh. Nawirrah, Hani Rahayu, Ain & Nik Durrah *ain & nik durrah watak dari novel terdahulu* apa lagi nak kata ek..tapi keseluruhannya memang best..suka sangat...TAHNIAH buat kak su...*tunggu next projek kak su pulak* lagi satu, walaupun novel ni nipis je tapi puas hati..memang sesuai la tema Si Manis 17 ni untuk wanita bekerjaya yang tak boleh nak mengadap novel yang tebal tu lama-lama..memang kejap pun...rasanya dalam 2 jam je dah habis baca tadi...

` ops..lupa lak..aku suka ayat ni... "Apa yang saya hendak kata ini, tak perlu tulis. Sudah ada dalam hati, lama sudah." *siapakah yang menuturkan ayat ini? hehehe sila lah cari dalam LBR* juga doa yang dititipkan oleh seseorang kepada Duha Hafa..ini doanya...

Ya Allah,
Sesungguhnya waktu duha ini, waktu duha-Mu,
Cahayanya cahaya-Mu,
Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu
Keindahan itu ialah keindahan-Mu
Kekuatan itu ialah kekuatan-Mu
Kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlindungan-Mu

Ya Allah,
Sekiranya rezekiku ada dilangit maka turunkannya
Jika ada di bumi maka keluarkannya
Jika adanya jauh maka dekatkannya
Jika haram sucikanlah
dan jika adanya hampir maka mudahkannya
dengan kebenaran
Duha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu
Berikanlah kepadaku sebagaimana engkau
berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Dan cucuri rahmat ke atas penghulu kami
nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan
para sahabatnya serta kesejahteraan.

Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.

No comments:

Post a Comment