Sunday, May 1, 2011

aktiviti DN

ewah..ewah..macam banyak sangat la aktiviti cik DN sampai tajuk pun tulis 'aktiviti DN' hehehehe..banyak ke ek..actually sibuk dengan kerja la..masuk je opis setelah bercuti dan bergumbira kat pesta buku minggu pertama pesta tu, banyak giler keje kena settle...penilaian PSS dan juga khidmat bantu...lepas tu nak tumpu pada study *kononnya la hehe*..nak buat assignment dan juga kuiz@short assignment...tapi kan, walaupun busy macam tu, sempat lagi la nak mengadap novel..setakat malam ni, aku dah berjaya menghabiskan Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah [novel 'duet' kak Norhayati Berahim & kak Kusyi Hirdan: NB Kara] dan juga Blues Retro [Imaen: Jemari Seni]..novel lain setakat jeling-jeling gitu..malas nak usik sebab kalau dah usik langsung tak leh letak...bila cite pasal novel teringat la yang aku ni banyak giler 'hutang' review...penat juga nak mengarang ayat nanti tapi untuk target 50 buah buku setahun tu aku rasa dalam bulan mei ni aku leh capai dah target sebab setakat bulan April aku dah baca lebih kurang 30 buah novel *itu lebih tepat* dan masa pesta buku ari tu aku dah beli lebih kurang 20 buah novel...*tu yang rasa bahu macam dah senget sebelah..alignment dah lari sebab pikul buku hehehehe*

eh..kalau korang perasan, ari ni dah 1 Mei so masa aku taip n3 ni, pesta buku dah pun berakhir...panjang umur jumpa lagi tahun 2012 nanti..insya-allah...korang habis berapa untuk beli buku/novel/majalah pbakl tahun ni? aku rasa aku habis dalam rm200 juga kot...bajet aku tahun ni dalam rm500 tapi bila kira-kira aku beli novel habis dalam rm200++ je..tapi habis la juga rm500 aku tu kalau dikira campur tolak darab bahagi untuk makan, minum, lrt+komuter *ni pakai touch n go awal-awal dah topup* dan juga barang-barang lain macam shawl dan tudung..bulan akan datang ni kena jimat-jimat la pulak untuk cover balik rm yang aku dah kuarkan masa pesta buku hehehehe ok lah..nak stop dulu..nak sambung membalut novel-novel yang aku beli tu..sayang novel-novel tu kalau covernya terkelepet :)

No comments:

Post a Comment