Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM 20.00
Klik--> Blurb <--
Jaja & Din mengisahkan tentang Jaja seorang anak doktor dan juga seorang media planner jatuh cinta pada ‘dia’ yang hanya dikenali melalui sekeping gambar. Hanya disebabkan sekeping gambar yang bisu itu, Jaja mengenepikan segala peraturan hati yang dia cipta dan pegang selama ini.
Jaja yang boleh dikelaskan sebagai perempuan moden jatuh cinta pada ‘dia’ yang berkopiah putih yang pastinya agak Islamik dan tidak semoden Jaja. Din…hanya itu yang Jaja tahu tentang ‘dia’. Selainnya Jaja tidak tahu tapi Jaja tahu dan yakin yang dia telah jatuh cinta pandang pertama (bukan bertatapan tapi pada gambar aje) pada Din.
Din, seorang guru sastera Bahasa Arab tidak pernah tahu bahawa Jaja yang moden itu jatuh cinta padanya kerana Jaja tidak ada ciri-ciri wanita impiannya. Din mahukan seorang wanita yang mulia, yang cekal, yang reda, yang tahu makna zuhud dan yang tidak akan mengalirkan air mata tatkala menghantar dia berjuang fi sabillillah. Sememangnya Jaja tak ada semua itu.
Demi cinta, Jaja sanggup berbuat apa saja untuk memastikan Din menjadi miliknya lalu Jaja dengan berani meminang Din untuk dirinya. Din macam mana?????
**********
Tersenyum lebar sebaik saja Jaja & Din dihabiskan. Macam-macam perasaan hadir tatkala aku membaca Jaja & Din dan aku suka sangat dengan buah tangan terbaru Noor Suraya ni dan yang pasti memang Noor Suraya tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya. Bahasa yang lembut menjadi ‘trade-mark’ untuk Jaja & Din selain
Jaja & Din bukan setakat kisah biasa tetapi juga dimasukkan unsur-unsur dakwah yang pastinya boleh mengisi jiwa yang membacanya. Jadi kalau ada yang mengatakan baca novel tak bagus, makanya apa yang diakatakan itu salah sebab Noor Suraya telah membuktikan bahawa melalui novel juga kita boleh berdakwah dan mendapat manfaat. Yang pastinya dalam naskah Jaja & Din ini banyak pedoman yang boleh kita kutip untuk dijadikan panduan hidup, itu yang pasti dan memang tidak rugi membeli, membaca dan memiliki Jaja & Din.
Buat Noor Suraya atau lebih kukenali sebagai Kak Su, TAHNIAH. Semoga Allah terus memberi Kak Su kekuatan dan idea untuk terus menulis. Insya-allah selagi ada hayat, saya akan sentiasa memberi sokongan untuk Kak Su terus menulis.
Buat Jihan,
ReplyDeleteTerima kasih kerana dunia novel Jihan selalu sahaja berbicara fasal novel Noor Suraya dari sudut mata dan hatimu yang tulus.
terima kasih ya :)
- kaksu -
sama2 kak su..gile lama dah komen ni...5 tahun lalu..tp baru nak reply...
Deleteakan ku menelusuri novel nih! Din..tgu Jaja! hikhik..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya setuju... jaja din mmg best. klau nk baca buku pasal agama nih kengkadang liat sikit, tp bila baca novel kak su automatik kita dapat pengisian jiwa.. kredit to kak su.. owh.. nk jadi zuhud la pulak...:))
Kwn2 n lecturer sy kata best novel ni. Nk cri 1 la. hehe.
ReplyDeletememang best tau
Deleteye..memang best
Deletemasa baca buku ini sangat2 sedih...
ReplyDeletememang berkesan kat hati....antara berpuluh novel sy baca inilah yg melekat kat hati mungkin sbb nelibatkan soal agama yg kadang kita tak beratkan tq
ReplyDeletesori sebb lambat sgt reply..
ReplyDeletebiruNila ~ sama-sama kak nila
cilipadi ~ dh baca ke?
angah ~ novel kak su sentiasa masuk jiwa..
nur adibah ~ memang best...
jaja ~ jaja? hehe sedih n gembira juga..mcm2 la hehe
ela ~ yup..memang melekat di hati..
suka sangat Jaja & Din... :)
ReplyDeletememang best jaja n din dan juga novel2 kak su semua best...
ReplyDeletemmg bez....dh bce byk kali.....=))
ReplyDeletesmpai png kpl.. krn sedih dan menitiskan air mata....
ReplyDeletedah beli dan dah khatam 3 kali.. 3 kali gak meleleh air mata..
ReplyDelete