Monday, January 4, 2010

aku dan novel...

salam/hai...

saja aku memilih tajuk tu sebagai n3 pertama tahun 2010 ni...saja nak berkongsi dengan pengunjung yang sudi singgah kat sini macam mana aku boleh minat membaca novel dan aku bagaikan tidak dapat dipisahkan lagi dengan novel....

aku mula baca novel masa darjah 4 (tahun 1987)...novel pertama yang aku baca ialah Misteri istana Batu Nilam..siri penyiasatan Salma Hamid (ada ke lagi buku2 ni ek?)...buku ni aku hadiah dari seorang kawan masa birthday aku yang ke-10..memang best sangat..misteri dan penyiasatan...sejak itu, aku cari dan beli buku-buku yang macam tu la...Salma Hamid, Adik-beradik Hadi, 5 Sekawan (kalau tak silap aku la...diaorang ni bila nak masuk 'kubu' diaorang kena ada kata laluan), Nancy Drew & Alfred Hitchcock (yang versi bahasa melayu)..memang aku suka..sayangnya buku-buku tu semua dah hilang rasanya maklumla family aku selalu pindah dan masa tu aku pun sekolah rendah jadi macam tak kisah je kalau buku-buku tu hilang tapi sekarang aku rasa sedih sangat...kalau la aku simpan buku-buku tu semua....

bila masuk sekolah menengah, aku mula baca novel-novel dari DBP dan creative enterprise..masa tu aku rasa dua buah syarikat ni aje yang glamer...buku dari DBP tak ingat tajuk tapi dari cesb tu antaranya Bujang....(tak ingat la) dan Sindora..masa tu aku form one kalau tak silap...kemudian aku baca Tangisan Bulan Madu (TBM)...masa ni kawan-kawan semua 'gila' kat Bogatt...kiranya Bogatt tu hera of the year..hehehehe tapi TBM ni yang pertama dan kedua je best yang seterusnya kurang menyengat (maaf ye Pn. Shamsiah..) sejak dari tu aku mula baca novel dewasa..kemudian aku 'kenal' dengan Alaf21..novel pertama yang aku beli dari Alaf21 ialah novel Norhayati Berahim~ Untukmu Segalanya dan buku tulisan Maa Lee Chuswan (tajuk tak ingat & buku tu pun dah hilang dari rak aku)...sejak itu aku terus 'menggilai' buku-buku Norhayati Berahim....kemudian Aisya Sofea & Anis Ayuni...semua buku novelis 3 orang ni aku ada..takde yang tak ada...dalam masa yang sama, novel-novel cesb masih menjadi pilihan...

masa tu penerbit yang glamer tak banyak...tapi sekarang ni dah banyak penerbit yang muncul...tinggal nak pilih buku mana yang kita nak baca...bagi aku pulak, aku masih setia dengan alaf21 tapi untuk penulis-penulis yang senior la macam Anis Ayuni, Aisya Sofea, Damya Hanna, Aleya Anessa, Ramlee Awang Mursyid (sekadar beberapa nama)..penulis-penulis baru tu tak berapa sangat tapi ada gak penulis baru yang menepati citarasa aku antaranya Lily Haslina (senior dlm bidang penulisan ni tapi baru dengan alaf rasanya), Ayu Emelda, Dhiya Zafira...selain alaf21, aku setia dengan penrbit baru iaitu Jemari Seni...kenapa aku setia sedangkan penerbit ni baru je bertapak? sebabnya Jemari Seni atau JS ni buku dia lain dari yang lain....hampir keseluruhan buku-buku dia menerapkan nilai-nilai Islam...atau dengan erti kata lain, cara dakwah yang moden...melalui cerita-cerita yang disampaikan oleh penulisnya, terselit unsur-unsur Islam dan dakwah jadi secara tak langsung bila kita membaca, kita dapat menambah ilmu dalam diri kita tentang Islam...itulah kelainan yang terdapat dalam novel-novel keluaran JS....

bagi aku, selagi ada hayat, aku akan terus membaca novel...bukan maknanya aku hanya baca novel bahan bacaan lain pun aku tetap baca cuma novel ni untuk ringankan kepala sikit...aku pernah baca dalam satu petikan akhbar beberapa tahun lepas..ada kajian yang mengatakan, orang-orang yang tak suka membaca dan juga tak suka membaca novel mudah menjadi nyanyuk sebab otak mereka tak kreatif...orang yang membaca especially membaca novel, otak akan jadi kreatif untuk membayangkan situasi-situasi dalam novel yang dibaca...itu apa yang dinyatakan oleh akhbar...betul ke tidak, wallahuallam...Allah yang lebih berkuasa dan Dia yang menentukan segalanya....

ok..itu je la kot cite aku sebagai pembuka untuk 2010...aku dalam proses untuk membuat 'luahan perasaan' tentang beberapa buah novel yang aku baca kebelakangan ni....

No comments:

Post a Comment