Friday, September 4, 2009

Sungguh Aku Cinta : Anis Ayuni

Walau kemana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini

` Maira bertemu lelaki itu secara tidak sengaja..tidak disangka lelaki yang memandangnya dengan pandangan yang tajam di sebuah fitness centre satu hari dulu ditemui semula ketika dia menyertai acara Larian Menara Kuala Lumpur….dan dengan tidak disangka-sangka lelaki itu jatuh cinta pandang pertama pada Maira…

` Fajar tertarik pada perempuan itu sejak kali pertama bertemu di sebuah gym…dalam pertemuan pertama, dia gagal untuk mendapatkan apa-apa maklumat tentang perempuan itu tetapi dia tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan perempuan itu semasa dia menyertai acara Larian Menara Kuala Lumpur…namun pertemua kedua itu juga turut mengecewakan Fajar apabila sekali lagi dia gagal untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai perempuan yang mula mendapat tempat dihatinya itu…

` Mungkin sudah tersurat, Maira dan Fajar bertemu lagi buat kali ketiga apabila mereka sama-sama menyertai ekspedisi ke Lembah Royal Belum..di situ mereka mula berkenalan antara satu sama lain dan akhirnya pada hari akhir ekspedisi mereka, Maira memberikan nombor telefonnya kepada Fajar setelah lelaki itu mendesak untuk terus berhubung…

` Mula-mula berkawan tapi akhirnya masing-masing jatuh cinta…setelah sekian lama Maira mengunci pintu hatinya buat mana-mana lelaki selepas berpisah dengan Azhan, akhirnya dia membuka kembali hatinya buat Fajar…namun begitu, di saat hatinya telah betul-betul melupakan Azhan dan betul-betul menerima Fajar, Azhan muncul kembali…meminta untuk diberikan peluang kedua untuk menebus segala kesalahan yang telah dia lakukan terhadap Maira satu ketika dulu...tetapi Maira cekalkan hati untuk tidak melayan permintaan Azhan kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk Azhan…

` Dalam masa yang sama, Maira dan Fajar telah berbincang untuk mendirikan rumahtangga…tetapi tiba-tiba dugaan datang melanda…rahsia yang cuba disimpan oleh Maira telah diketahui oleh ibu Fajar yang menyebabkan ibu Fajar menghalang perhubungan mereka…sekali lagi Maira diuji…namun dia pasrah kiranya Fajar menerima pilihan ibunya…dia redah kerana dia yakin apa yang terjadi ada rahmat disebaliknya…

` Bagaimana akhirnya hubungan Maira dan Fajar? Apakah rahsia Maira yang telah diketahui oleh ibu Fajar sampai ibu Fajar suruh Fajar pilih perempuan lain? Siapa yang menjadi pilihan Fajar? Maira atau perempuan pilihan ibunya? Apa yang terjadi pada Maira? Sanggupkah dia menerima hakikat sekiranya kasih Fajar berpaling?


` Sungguh Aku Cinta (SAC) agak lain dari novel-novel Anis Ayuni (AA) yang sebelum ni…selalu AA guna ganti diri pertama ‘aku’ tapi kali ni AA guna ganti diri ketiga ‘dia’ dan ‘mereka’….

` Dalam SAC, AA membawa kita ‘buat’ aktiviti-aktiviti lasak…best juga..aku boleh bayangkan apa yang Maira, Fajar dan lain-lain buat masa aktiviti-aktiviti tu..dapat ‘masuk’ dalam hidup diaorang pun jadilah sebab nak pergi sendiri Royal Belum (walaupun kat Perak je) aku rasa macam tak sampai je…apatah lagi nak pergi daki gunung Kinabalu…walaupun aku dah pernah sampai ke Sabah tapi setakat tengok puncak Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu dan Kundasang aje la…

` Jalan cerita tak meleret-leret..dan aku cukup kagum cara AA mengolah watak-watak tu…ingatkan cite ni happy ‘sepanjang jalan’ rupanya ada gak episode sedih…aku kata macam tu, sebab mula-mula dia bagi kita happy pastu tetiba je dia bagi kita sedih…part sedih tu memang sedih la..rasa nak pecah dada sebab menahan perasaan sedih dan terkilan…air mata tak usah cakap la, memang wajib dah meleleh…tapi dalam setiap cite mesti ada gembira dan sedih sebab itu reality kehidupan…mana ada yang happy je…kan? tapi apa pun, yang pasti SAC memang best…

` Tahniah untuk penulis…teruskan menulis…

p/s:
maaf sebab lambat sangat bagi respond tentang SAC…harap-harap Kak Anis terima respond saya ni ek…teruskan menulis…saya sentiasa memberikan sokongan…saya tunggu buku akak tahun depan :D

2 comments:

  1. salam singgah...
    suka baca blog nih
    keep on blogging..

    i love books too

    ReplyDelete
  2. miss cloudy ~ thanks..singgah selalu ye..

    ReplyDelete