Friday, July 27, 2007

Bila Hati Berbicara

Tajuk : Bila Hati Berbicara
Penulis : Antasya Balkis
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM18.90

“Dua mata saling bertatapan. Tiada kemesraan tetapi mengapa hati berbicara sesuatu yang amat sukar ditafsirkan oleh hati sendiri?”

Pertemuan mereka tidak disengajakan namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mengikat hati mereka. Emir Qasha memerangkap Tania Katsura agar dia dan Tania dapat berkahwin. Perkahwinan mereka bahagia namun kebahagiaan yang diharapkan tidak mampu untuk bertahan lama…rumahtangga mereka dilanda badai fitnah yang menyebabkan hubungan mereka retak. Tania Katsura membawa hati dan dirinya pergi jauh dari Emir Qasha..bagaimanakan episode cinta mereka? Dapatkah kasih cinta mereka bertaut kembali?

Kataku:

` Antara buku terbaik keluaran Buku Prima. Citarasa pembaca tak sama tapi bagi aku BHB menarik untuk di baca. Moral of the story, kalau suka kat seseorang baik berterus terang supaya tak terlepas, siasat dengan betul dan teliti apabila menerima sesuatu cerita yang melibatkan diri kita atau kaum keluarga, jangan menjatuhkan hukuman tanpa siasatan. Berusahalah untuk memelihara sesuatu hubungan terutama hubungan suami isteri, kekeluargaan dan persahabatan. Kita juga perlu berterus-terang dalam beberapa perkara untuk elakkan fitnah.

Kalung

Tajuk : Kalung
Penulis : Zahida Zarkasi
Penerbit : KarnaDya
Harga : RM16.00

Kebahagiaan hidup Nia diragut pergi tanpa disangka..pelbagai peristiwa sedih, perit dan misteri berlaku dalam hidupnya…siapa sangka dia boleh terperangkap dengan lelaki yang disangka menyintainya tetapi sebaliknya yang berlaku…dia juga terperangkap atau lebih nyata terpukau dengan kalung yang diberikan oleh Aries.

Kataku:

` Dari maklumat yang aku terima dari peminat novel yang lain, Zahida Zarkasi pernah menulis novel cinta dewasa bersama penerbit lain tapi aku tak pernah membacanya jadi aku tak boleh nak buat perbandingan. Just boleh cerita tentang Kalung.

` Aku pernah membaca novel terbitan KarnaDya yang sebelum-sebelum ni dan aku rasa Kalung lain dari yang lain. Tapi kisah percintaan tak lari..semua syarikat yang menerbitkan novel ada kisah cintanya jadi Kalung pun begitu cuma dalam Kalung, ia lebih menumpukan kepada misteri. Jarang aku jumpa (atau memang tak pernah jumpa) penulis perempuan yang menulis cerita misteri semuanya penulis lelaki tetapi ZZ berani menulis cerita misteri..mungkin saudari ZZ minat benda-benda yang berkaitan misteri…jalan cerita menarik Cuma aku tak puas bila tiba penghujungnya..bagi aku penghujungnya tergantung dan mungkin saudari ZZ ingin menyambung Kalung.

` Tahniah buat Zahida Zarkasi. Teruskan usaha anda dan semoga selepas ini anda boleh duduk sebaris dengan penulis novel misteri atau thriller yang ada sekarang yang kebanyakannya lelaki.

p/s : janganlah ada yang terperangkap dengan ‘kalung’ macam nia…habis dia tak percaya kat orang lain…bahaya sungguh….

Atas Nama Cinta

Tajuk : Atas Nama Cinta
Penulis : Lily Suriani
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM18.00

“Firas…saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. Biarpun menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang kuagungkan, aku rela…” ~ Ardini

“Ardini…kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu. Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang bersemadi di hati ini.” ~ Firas

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia…

Kataku:
` Atas Nama Cinta merupakan novel kedua Lily Suriani. Seperti kebanyakan novel, ANC juga tidak lari dari menjadikan cinta sebagai salah satu tema atau jalan cerita tetapi ANC ada bezanya dengan kisah-kisah cinta yang lain…selalunya novel cinta akan menggambarkan watak hero yang kacak dan watak heroin yang cantik tetapi watak Firas (hero ANC) digambarkan sebagai seorang lelaki yang berbadan gempal..memang hakikat bukan semua orang sempurna.

` Jalan ceritanya santai, tak memberatkan minda. Senang difahami dan berjaya membawa aku hingga ke noktah terakhir ANC.

` ANC bukan setakat novel cinta semata-mata tetapi banyak nilai-nilai murni yang diperolehi. Antaranya ialah, menyayangi ahli keluarga, sentiasa memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah. Sebagai masyarakat pula, kita sepatutnya tidak menyisihkan bekas penagih atau orang-orang yang tidak bernasib baik. Lepas tu kita tak boleh berpandangan negative terhadap seseorang yang baru kita kenal..kita juga tak harus membezakan layanan terhadap seseorang walaupun orang tersebut tak kacak atau tak cantik….

` Buat Lily Suriani, tahniah dan semoga selepas ini saudari akan lebih giat menulis. Teruskan usaha dan perjuangan saudari dan jadikan komentar saya sebagai pendorong untuk saudari.

` Buat peminat novel, dapatkan ANC untuk mengetahui apa yang telah Ardini dan Firas alami. Pandangan kita berbeza jadi baca sendiri untuk mendapatkan kepuasan.

Selumbar Kasih

Tajuk : Selumbar Kasih
Penulis : Naz Areesya Ameen
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM17.90

Mengisahkan Ariana yang setia menanti cinta dan kasih Daniel sedangkan Daniel yang belajar di luar Negara tak setia dan berlaku curang. Dalam masa yang sama, bapa kepada anak murid Ariana itu Iskandar jatuh cinta padanya namun percintaan mereka dihalang oleh ibu Iskandar iaitu Datin Noni yang mementingkan keturunan. Selain Iskandar, Amirul iaitu abang angkat Ariana juga menyintai Ariana. Siapakah yang dipilih oleh Ariana untuk menjadi teman hidupnya? Daniel yang curang? Iskandar yang berketurunan baik-baik? Atau….Amirul yang telah banyak menabur budi kepadanya?

Kataku:

Penulis baru juga dari salah sebuah syarikat penerbitan baru. Pada aku jalan ceritanya agak stereotaip tapi itu hakikatnya dalam novel-novel sekarang. Cuma tatkala membaca Selumbar Kasih ada ketikanya (dalam bab-bab tertentu) aku seakan-akan membaca novel Setia Menanti (Fauziah Ashari; Alaf21) kerana jalan cerita yang seakan-akan sama…kemudian ada ketikanya macam pernah baca novel penulis lain…mungkin penulis ni adalah peminat kepada penulis-penulis lain makanya jalan ceritanya seakan sama….apa pun, tahniah kepada Naz Areesya Ameen kerana berjaya menghasilkan sebuah novel…pada masa akan datang diharapkan NAA dapat menghasilkan novel yang lebih baik….

Monday, July 9, 2007

Tautan Kasih

Tajuk : Tautan Kasih
Penulis : Ryana Adrina
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM17.00

Wajahmu masih kutatap meskipun telah terlindung di balik tirai semalam…

Athirah dan Irfan – kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang….pertemuan kedua hanya berlaku di saat masing-masing hamper memulakan hidup baru…lalu bagaimanakah kesudahan kasih mereka? Dapatkah mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti yang mereka inginkan satu ketika dulu…

Kataku :
Di Hati Cinta Bermula (DHCB)…itulah tajuk asal bagi Tautan Kasih… asalnya TK adalah sebuah enovel dan pastinya bagi yang rajin melayari internet dan terpaut untuk mengikuti enovel pernah terbaca enovel DHCB karya Ryana ini…ryana menghentikan DHCB tatkala klimaks…ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada Athirah dan Irfan…semua peminat DHCB berharap agar DHCB dibukukan dengan kadar yang segera..akhirnya setelah setahun blog DHCB ditutup, DHCB muncul kembali dalam versi cetak dengan nama baru; Tautan Kasih. TK merupakan novel kedua ryana kerana sebelum ini ryana pernah menghasilkan sebuah novel dengan salah sebuah penerbitan lain.

Bagi yang tidak pernah mengikuti TK versi enovel, mereka mungkin merasakan bahawa versi cetak ini sudah cukup ramuannya tapi bagi saya yang pernah membaca versi enovel, saya dapat rasakan kekurangannya lantaran pihak penerbitan memotong beberapa part. Apa sebabnya hanya pihak penerbitan sahaja yang tahu tapi syukur kerana ‘pemotongan’ tersebut tidak menjejaskan jalan cerita asal…pembaca masih boleh faham walaupun ada yang ‘dipotong’. Yang keduanya saya tak berapa puas hati sebab sekejap je saya dah habiskan TK..apa maknanya? Maknanya TK ni nipis je…DHCB lagi panjang…mungkin pihak penerbitan takut nak buat tebal-tebal sebab ini buku pertama ryana dengan mereka..kalau tebal mesti kena jual mahal jadi mungkin takut tak terjual makanya TK nipis je..430 mukasurat je…tapi sebenarnya pihak penerbitan tak perlu takut untuk terbitkan enovel ke versi cetak sebab enovel ni dah sah-sah ada peminat berbanding novel yang terus dihantar oleh penulis..tambahan sekarang ni orang takut nak beli novel penulis baru yang takde nama sebab takut tak berkualiti…kalau penulis yang dah ada nama takde masalah sebab mereka dah ada nama dan dah ada peminat sendiri…

Tahniah buat ryana…ending dia memang menepati apa yang saya harapkan…teruskan menulis..jangan putus asa…jadikan segala komen dan kritikan sebagai penguat semangat…saya puas hati sangat dengan TK sebab memang saya tunggu kemunculannya…