Wednesday, June 27, 2007

Kau Yang Tak Mengerti

Tajuk : Kau Yang Tak Mengerti
Penulis : Ebriza Aminnudin
Penerbit : CESB
Harga : RM24.90

Rembulan, izinkan aku mencatat isi hati ini di dadamu….

Eleanur Aqilla terpaksa menurut kemahuan ibunya agar berkahwin dengan Afroz Mahzer walaupun dia sebenarnya sudah bersepakat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Hazral. Eleanur tertekan dengan kemahuan ibunya dan keadaan menjadi lebih rumit apabila Hazral menarik diri, merelakan Eleanur menjadi teman hidup Afroz. Ternyata Eleanur terkejut dengan tindakan Hazral yang dirasakannya terlalu kejam dan pengecut.

Rumahtangga Eleanur dan Afroz tidak seperti pasangan lain. Eleanur terseksa menjadi isteri Afroz yang lebih mementingkan perniagaan dan kawan-kawan. Dia lebih suka mempercayai kawan-kawannya dari mempercayai Eleanur. Tindakan kejam Afroz juga membuatkan Eleanur lebih tertekan.

Apakah kesudahan kisah hidup Eleanur Aqilla?

Kataku :
Sebelum saya mengutarakan komentar, saya memohon maaf sekiranya apa yang akan saya utarakan disini tidak memuaskan hati penulis. Saya sekadar memberikan komen dengan harapan agar pihak penulis dapat memperbaiki tulisannya di masa akan datang.

Permulaan cerita baik dan teratur. Tapi bila penulis membuat flash-back tentang pengajian Eleanur di universiti bersama teman-temannya, jalan cerita dah jadi agak membosankan kerana apa?
(1) saya rasakan penulis seolah-olah mengulang-ulang. Penulis menggambarkan bahawa Elanur dan teman-temannya orang yang keras hati dan kemudian ada 4 pemuda yang cuba memikat dengan pelbagai cara. Di situ saya rasa bosan sangat nak baca sebab masa mula-mula pemuda tu mengorat ok lagi tapi bila macam diulang buat kali kedua dan ketiga dan gaya penceritaan tu tak menarik saya jadi bosan…saya rasa penulis sepatutnya tak payah ulang banyak kali part pemuda-pemuda tu cuba mengayat Eleanur dan rakan-rakan. Cukuplah bagitau yang mereka cuba pelbagai strategi tapi tak jadi, tak payah detail sangat.
(2) Seterusnya minat saya untuk membaca menurun sebab kebanyakan nama watak semuanya nama ala-ala pelakon bollywood. Mungkin penulis seorang peminat bollywood dan saya bukan jadi saya bosan..
(3) kemudian saya rasa macam ada sesuatu tak logic…bila part Eleanur bawa diri setelah dipukul dengan teruk oleh Afroz…tetiba dia terjumpa dengan satu family ni dan family tu family Hazral…Eleanur kat Karachi tetiba family Hazral pun kat sana dan Eleanur tak tahu..sedangkan dulu Eleanur dan Hazral pasangan kekasih, tak kan tak pernah kenal (kalau tak kenal pun) tak kan tak pernah tahu nama ahli keluarga Hazral sebab Eleanur tak tahu orang yang menyelamatkan dia tu family Hazral. Entahlah, mungkin penulis ada sebab tersendiri untuk membuatkan jalan cerita yang sebegitu.

Itu yang saya rasa….Macam saya, peminat buku, saya tetap baca walaupun pada akhirnya cerita tu tak menepati citarasa saya tapi kalau yang kurang minat, dia akan stop di tengah-tengah sebab ceritanya tak berapa power…tapi apa pun, tahniah kepada penulis kerana berani menulis cerita dewasa yang penuh konflik..saya harap penulis akan terus menulis tanpa jemu walaupun menerima kritikan. Anggaplah kritikan dan komentar yang dilontarkan sebagai satu kritikan yang membina. Saya tahu bukan senang nak memerah idea. Selamat meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan.

3 comments:

  1. Salam, terima kasih kerana memberikan pandangan yang bernas dan telus. Saya juga telah pun membacanya (nasib baiklah sekadar meminjamnya dari rakan) rakan saya juga memberikan pandangan yg sama. Mungkin kerana nama-nama wataknya yang berbelit-belit itu yang membuatkan kami hilang tumpuan untuk menghayati jalan cerita.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam..saya setuju dengan pendapat mengenai novel ini. saya hanya membaca novel ini separuh sahaja kerana kebosanan...

    ReplyDelete
  3. to novelover & sueaiilee...
    saya bukan nak jatuhkan penulis atau sesapa tapi just luahkan...saya faham.kita beli buku mahal so kalau kureng memang sakit rasanya..tq krn sependapat dengan saya...

    ReplyDelete