Tajuk : Kerana Dia Cinta
Penulis : Izza Aripin
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM18.00
Cinta itu anugerah-Nya…
Jangan ada benci antara kita…
Kerana Dia Cinta…kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban, Dena rela bermusuhan dan Rezman percaya pada cinta…
Kerana Dia Cinta…kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta, Fahrein berjaya mencapai cita-citanya dan Zeek menemui cinta sejatinya…
Kerana Dia Cinta…kerana Allah, Nurjia Amani temui cinta abadi…
Kataku :
KDC bermula di blog melarik enigma…sebuah enovel yang menarik namun aku tidak begitu mengikutinya kerana kehilangan url blog tersebut.
Konflik yang diwujudkan oleh Izza Aripin dalam novel ini begitu menarik perhatian aku..Izza mencipta watak Ryan yang tak suka pada cinta dan dipertemukan dengan Gia yang memerlukan cinta dalam hidupnya dan Gia merasakan bahawa dia tak boleh hidup dengan lelaki yang tidak memiliki cinta seperti Ryan..watak Dena yang diwujudkan juga berkesan..apa yang dilakukan oleh Dena itu adalah reality kerana dalam keadaan sekarang, manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Ini dibuktikan oleh Dena apabila dia sanggup mengkhianati kawan baiknya disebabkan dia cemburukan Gia yang akan dijodohkan dengan Ryan kerana dalam masa yang sama Dena sukakan atau lebih tepat cintakan Ryan..Dena sanggup melakukan perkara yang ‘kotor’ semata-mata untuk dapatkan Ryan.
Bahasa dan ayat yang digunakan oleh Izza sungguh sempoi..mudah untuk difahami..ternyata Izza tahu apa yang dikehendaki oleh pembaca kerana bagi aku, bila kita membaca novel, kita hendak relaxkan minda kita jadi novel tersebut tak perlu terlalu berat..tak perlu ada konflik yang berat sampaikan pembaca kena perah otak untuk fikirkan apa yang terjadi seterusnya..bagi ulat buku, jangan lupa dapatkan novel ini..tidak rugi membeli dan menyimpannya sebagai koleksi..
Tahniah buat Izza Aripin..teruskan perjuangan anda dalam bidang ini…terimalah kritikan yang diberikan sebagai pembakar semangat..

Sewaktu membaca di blog 'melarik enigma' saya rasa ceritanya lebih menarik :) mungkin kerna sering tertunggu-tunggu akan episod seterusnya. Namun setelah dicetak, bhg ending agak menurun (sama macam cerita kasih seharum lavender tulisan eita asyita)
ReplyDeleteNamun masih saya masih bangga membacanya, syabas Izza!
p/s - terjumpa blog ini sewaktu pencarian yahoo tentang dunia novel :) teruskan usaha anda!
terima kasih kerana sudi menjenguk dan berkongsi pendapat...saya sekadar memberikan pendapat saya tentang novel-novel yang saya baca..dengan harapan dapat memberi panduan kepada yang nak baca novel sebab saya tahu harga sebuah novel bukannya murah jadi kita tahu betapa frustnya bila novel mahal yang kita beli tapi kureng memuaskan hati...
ReplyDeletenovel niyh first time i terase nk bli cause nama dia sama mcm my name... amani... then after read it... seriously best.... never regret buying this novel..
ReplyDelete