Monday, July 18, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (13) Gelora : Ma Lee Chuswan


Akhirnya, setelah sekian lama menyepi, penulis ini kembali mewarnai dunia penulisan walaupun novel Gelora ini merupakan terbitan semula (dulu diterbitkan oleh Karangkraf/Alaf21, sekarang diterbitkan semula oleh Kaki Novel).

Gelora edisi pertama saya baca ketika saya baru habis sekolah menengah atau masih di sekolah menengah *punya la lama sampai tak ingat*..usai membaca Gelora, saya rasakan cerita masih sama, tiada penambahan walaupun penulisnya kata ada penambahan *mungkin saya tak perasan sebab dah lama sangat baca edisi pertama* apa pun saya suka Gelora...bila membaca Gelora buat jiwa saya bergelora macam hati Mila dan Adam.

Tahniah buat penulis Ma Lee Chuswan kerana kembali mewarnai dunia penulisan. Saya menanti novel akak yang seterusnya..saya suka Pergilah Selamat Tinggal Sayang (terbitan CESB) kerana cerita itu sungguh menyentuh hati...

2 comments:

  1. selamat tinggal sayang lah, dik...hehehe. tapi bagi akak novel Gelora ni kurang sket terutama kalau dah bc STS dan novel beliau sesudah Gelora. Novel Gelora ni novel kedua beliau. mungkin masa tu penulisan beliau belum tanag lagi. tapi ma lee chuswan tetap terbaik di hati akak :D

    ReplyDelete
  2. selamat tinggal sayang ek..hehehe dah byk sngat baca sampai lupa..tapi memang ma lee chuswan memang best :D

    ReplyDelete