Monday, July 18, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (12) Cinta Pandang Ke-2 : Laila Kamilia


Cinta Pandang Ke-2 adalah novel ketiga novelis Laila Kamilia. Menurut penulis CPK2 ini merupakan sebuah kisah benar seorang perempuan bernama Ainnur Azleen. Menurut penulis lagi, gadis yang bernama Ainnur Azleen ini mengizinkan kisahnya menjadi tatapan masyarakat supaya anak gadis di luar sana menjaga kehormatan diri masing-masing. Secara ringkasnya, CPK2 mengisahkan Ainnur Azleen yang terpedaya dengan lelaki yang cukup dikagumi dan dihormati dan bagaimana dia melepaskan diri dari lelaki yang memegang status Prof. Ir. Dr....



Pada aku, CPK2 banyak pengajaran, sementelah cerita ini adalah kisah benar..tak ramai penulis yang hendak menulis tentang kisah benar sebab aku rasa kalau nak tulis kisah benar nak kena ada ‘potong’ sana ‘potong’ sini...betul tak...gaya bahasa yang digunakan oleh LK dalam menghasilkan CPK2 amat ‘straight forward’..tak ada kias-kias jadi senang nak difahami. Antara sebahagian pengajaran yang aku dapat kala membaca CPK2 ialah :
1) Jika ragu-ragu, tawakal kepada Allah swt dan amalkan ayat seribu dinar.
2) Berhati-hati dalam memilih kawan serta berhati-hati ketika memilih kawan untuk meluahkan sesuatu yang kita pendam yang mungkin akan mengaibkan kita sekiranya rahsia itu dibocorkan.
3) Jangan jadi kawan yang menikam kawan dari belakang atau kata lainnya jangan mengkhianati kawan dan kepercayaan yang diberikan kepada kita.
4) Bila bercakap atau meluahkan kata-kata, jangan sesekali bercakap ikut sedap mulut sebab mungkin apa yang kita katakan itu suatu hari nanti memakan diri kita sendiri.
5) Pada ibu-ibu, janganlah terlebih risau jika anak gadis anda belum berkahwin...mungkin dia ada sebab tersendiri so jangan la mendesak sangat....insya-allah ada jodoh, mereka akan berkahwin juga.

Tahniah untuk Laila Kamilia di atas novel yang dihasilkan..

4 comments:

  1. Point no.5 tu setuju sangat! Bukan pada ibu je, pada bapak2, makcik2, nenek2, sedara-sepupu-sepipit... please don't bother bout jodoh
    ngee~~ emosi terlebih lak kak hehe2

    ReplyDelete
  2. to airina: takpe..faham hehehe

    ReplyDelete
  3. cam best jek... ^__^

    ReplyDelete
  4. to farra8979: not bad cite dia..

    ReplyDelete