Wednesday, April 20, 2011

DN: Saya Bookaholic...Adakah kita serupa?

Topik ni dapat kat facebook one of my sibling 'ulat buku' iaitu Iejay...so, disebabkan semua tengah menghitung hari untuk ke pesta buku antarabangsa kl 2011 dan bahang yang makin terasa maka aku pun nak letak la kat blog aku ni...so, sesapa pun boleh komen especially kalau tanda-tanda di bawah ada kat korang atau korang ada tanda-tanda lain..sharing is caring.. ok..:)

Saya ialah seorang Bookaholic yang kronik...Tanda-tanda anda juga mungkin seorang Bookaholic :

1. Asyik menghitung Pesta Buku especially PBAKL :) *aku la yang pastinya*

2. Anda tak boleh lalu depan sebarang kedai buku sekalipun kedai mamak tepi jalan yg mungkin hanya jual majalah tanpa berhenti untuk melihat-lihat *ni pun aku juga*

3. Hati anda tidak tertahan nak beli walaupun sebuah buku hatta budget bulanan dah habis dan anda sebenarnya tidaklah suka sangat pun pada penulis tu serta buku dekat rumah tu banyak lagi tak baca *ye betul tapi aku selalu beli je terus baca..takde simpan-simpan*

4. Anda tidak dapat menahan diri daripada mengintai buku apa orang di hadapan atau di sebelah anda sedang baca ketika di dalam LRT/bas (kemudian bila dah tahu anda dah pernah baca buku tu anda mungkin akan ada rasa bangga dalam hati 'eleh, aku dah baca buku tu lama dulu') *aku selalu buat..kadang-kadang orang pilih buku kat kedai buku pun aku jeling juga hehehe*

5. Anda pantang tengok iklan ada buku baru dan kalau boleh setiap hari nak singgah kedai buku nak tengok dah ada ke tidak di rak (kalau anda dah kenal rapat dengan penjaga kedai buku tu, anda pasti akan telefon orang tu tanya stok dah sampai ke tidak... ada ke tidak... atau mungkin juga call penerbit buku tu terus tanya dah di edarkan ke belum dan bolehkah anda pergi ke sana terus untuk beli) *betul..betul..*

6. Ini tanda klise: Anda sanggup berlapar serta berjaga sepanjang malam tanpa tidur untuk menghabiskan buku yang menarik walaupun esoknya anda perlu pergi kerja dan ada meeting/presentation yang penting *yang ni memang sah aku selalu buat hehe*

7. Anda rasa macam tak kena kalau keluar ke mana-mana (contoh: pergi beli barang dapur) tanpa bawa sebarang buku di tangan atau dalam handbag sekalipun anda tiada masa nak baca pun dalam perjalanan *memang pun*

8. Anda akan buka buku untuk membaca sekalipun anda sebenarnya hanya tengah berhenti seketika daripada memandu kereta di lampu trafik yang sedang merah (dan berkemungkinan kena hon selepas itu sebab lambat bergerak) *jarang la buat kecuali aku jadi co-pilot*

9. Anda mesti membaca majalah/buku semasa menanti seseorang/menunggu giliran atau ketika menjadi 'co-pilot' *wajib ni & selalu buat*

10. Anda beli 'handbag' yang besar untuk pastikan boleh muat sebuah buku/novel *betul.. betul..pastu merungut beg berat hehehe*

11. Anda kedekut nak bagi orang pinjam buku/novel anda sebab anda takut mereka tak pulangkan atau mereka rosakkan sebab bagi anda buku/novel anda itu begitu berharga *memang aku kedekut sangat*

12. Anda sentiasa boleh 'rekemen' buku/novel yang best setiap kali diminta oleh kawan-kawan *selalu la juga kawan-kawan tanya buku apa yang best*

13. Anda pergi ke kedai buku (Popular/MPH dll) dan anda dapati kebanyakkan novel/buku di kedai tersebut semua anda dah baca *memang betul..*

14. Yang mungkin terakhir, anda rasa susah nak cari orang yang faham diri anda...*ada orang tanya, apa yang best baca buku especially novel hehehe hanya orang yang mempunyai minat yang sama je faham..kan..kan..kan..*

10 comments:

  1. suka ni

    *ada orang tanya, apa yang best baca buku especially novel hehehe hanya orang yang mempunyai minat yang sama je faham..kan..kan..kan..*

    betul2.. susah org nak faham. tp sy faham apa yg awk rasa;)

    ReplyDelete
  2. puteri_kebayan : kalau awak rasa apa yang saya rasa pastinya awak pun obses kepada buku/novel juga :)

    ReplyDelete
  3. Hmm saya pun ada tanda2 di atas..kadang2 hubby siap padam lampu..esok plak baca...

    ReplyDelete
  4. nasib baik sy blm bersuami :) baca la smpi kul bper pun hehehe

    ReplyDelete
  5. nice one kak!
    Sah! Saya pun ada 'penyakit' bookaholic hahaha5
    Yang kat dalam LRT tu paling saya suka, tapi sekarang dah jarang boleh buat sebab kena drive sendiri. So mana nak jeling orang sebelah kih5

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan.....

    waaaaa.....kita serupa....kita serupa....
    aduh....skrg ni hati duku dup dap dup dap sbb menghitung hari, menghitung masa untuk ke PBAKL... insya Allah esok g bersama2 kwn2..
    kalau org lain, aim ke pesta buku sbb nk beli buku ank2, sy sbb nk borong novel byk2....hehehe...
    wah....so excited....hehehe....

    ReplyDelete
  7. same la... me bookaholic jugak.. ^_^

    ReplyDelete
  8. byk simptom terkena kat saya tu ... kihkihkih ..

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan.... :)

    sama la...

    ada org tanya... berapa duit dah habiskan beli buku..ada cecah ribu2...membazir je....

    hanya org yg ada minat yg sama je..yg faham kan...

    ReplyDelete
  10. adoiii...sbijik...sama...mmmg gni tndenye bookaholic...klaka

    ReplyDelete