Monday, February 14, 2011

DN - Cabaran 50 Novel : (5) Jendela Kaca Ainnur - Diya Nordin


Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?”

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

` tak ada ayat untuk buat review panjang-panjang tapi yang pasti e-novel Masihkah Ada Kasih yang akhirnya dibukukan ini, menjadi Jendela Kaca Ainnur memang best dan agak terharu dan sedih juga tatkala menjiwa watak Ainnur itu sendiri...hati siapa yang tak sedih...hati siapa yang tak hancur...hati siapa yang tak kecewa bila mendapat tahu yang kehadiran kita tidak disukai dan kita dilayan dengan cara yang sungguh memeritkan...mengalir la air mata aku *aku ni sensitif bab sedih-sedih gitu*...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..kesian kat Ainnur...

` moral of the story banyak tapi satu je aku nak tekankan...apa pun terjadi, redhalah dengan ketentuan Ilahi dan jangan kita menadikan hak seseorang itu...

` tahniah untuk Diya Nordin..teruskan menulis..

No comments:

Post a Comment