Wednesday, September 1, 2010

novel : kualiti atau glamour?? 18sx??

` sejak kebelakangan ni, banyak betul novel baru yang berada di pasaran...dari macam-macam penerbitan..ada yang dah femes, ada yang tak berapa femes dan ada yang langsung tak femes :D..pilih je la mana yang kita nak baca, betul tak? selalunya, kalau dari penulis atau penerbit yang tak berapa dikenali tu, aku baca dulu blurb cerita tu...macam baru-baru ni, aku baca satu blurb kat novel ni...penulis baru agaknya tapi penerbit dia dah lama dah..kira penerbit femes la...bila baca blurb, aduhai...sedih sebab dah boleh terasa jalan cerita dia 'longgar' tapi tadi tengok kat facebook ada pembaca kata best....bukan la aku menilai dari luaran tapi selalunya memang macam tu..kalau blurb dia tu aku baca rasa macam lain macam je, cerita dia mesti menghampakan aku...lepas tu, aku dapat tau pulak cerita tu asalnya online...so, aku pun berusaha mencari versi online dan....kiranya aku memang tak sesuai dan tak serasi la dengan novel tu...bila jadi macam tu kan, aku terfikir, apa sebenarnya tujuan novel tu diterbitkan (memang la untuk baca)..untuk jadi glamour tanpa memikirkan kualiti atau janji glamour, kualiti belakang kira...itu kalau penulis la..kalau penerbit pulak, kenapa cerita begitu diterbitkan? untuk tunjukkan yang penerbitan mereka aktif ke? tiap-tiap bulan keluar novel...ntah la..aku tak tau apa yang mereka fikirkan tapi aku memang jadi kurang teruja nak beli novel-novel yang jalan cerita 'longgar'...harap-harap kalau ada yang membaca ni penerbit novel, ambil la kira semua perkara tu..kualiti atau jalan cerita yang mantap bukan longgar...memang la baca novel nak ringankan kepala yang serabut dengan macam-macam perkara tapi kalau dah 'longgar' sangat cerita tu jadi tak best langsung...kalau jadi aku, bila baca yang tak kena dengan jiwa je, terus aku tutup dan buku tu akan tersadai di bawah katil...bukan la aku tak hargai apa yang penulis tu dah lontarkan pada novel dia tapi kalau dah memang takleh masuk langsung...tak payah la menulis...*maaf kalau ada yang terasa hati bulan-bulan puasa ni ek*

` habis bab yang satu...ada satu lagi yang buat aku rasa macam tak berapa puas hati ialah kadang-kadang dalam novel tu ada diceritakan tentang hubungan suami isteri yang berlebihan...aku rasa yang membaca novel ni bukannya orang dewasa saja tapi ada juga budak-budak sekolah menengah seawal usia 15 tahun...kalau dah ada adegan 18sx yang melampau dalam novel tu, tak ke memalukan...aku yang dan masuk 30s ni malu nak baca..tapi tak tahu la pulak kalau ada yang tak malu sebab sekarang ni remaja dah advance...lagi satu kadang-kadang aku dapat tahu yang menulis pasal 18sx dalam novel tu masih lagi bergelar anak dara tapi cite bab 18sx very expert...kalau mak-mak atau bapa-bapa yang tulis lain halnya..editor/penerbit tak tengok ke benda-benda tu atau nampak tapi buat-buat tak nampak?

` ok..habis dah luahan perasaan...maaf kalau ada penulis/editor/penerbit yang terasa dengan apa yang aku coretkan di sini....aku meluahkan sebab aku rasa benda tu perlu dibuat perubahan..jangan sebab nak glamor maka kualiti cerita dan bab 18sx tu tak diambil kira....

7 comments:

  1. Saya suka cara awk memberi pendapat tentang isu ini. Memang betul, kadang2 novel yg kita beli adakalanya x best utk dibaca. Tapi bile tgk pendapat org lain, lain pula pendapatnya. "Different people have a different perception. skrg ni kalo nk beli novel especially penulis baru, kene byk buat rujukan tentang novel yg kite nk beli tu. Sekarang ni saya tukar trend dlm membeli novel.
    1) Saya akan refer siapa penulisnya, kerana bila kita tau penulisnya, kita akan tau cara penulisannya dan cara dia mengolah cerita.
    2)Kadang2, bila bace sinopsis belakang buku memang best...tp bila mula membaca, hampeh. So, saya akan baca beberapa muka surat novel itu, supaya dapat tau mcm mane penulisannya. Baru saya beli. Dan saya rase cara ini berkesan. dan kadang2 sinopsis belakang buku mcm x menarik, tp bile bace beberapa pages, rase mcm menarik...think about it...
    Saya just share pendapat dengan awak sebab saya pun peminat novel.....:-)

    ReplyDelete
  2. Setuju!

    Gaya penerbit tu macam nakc ari untung & nama je. Langsung mengabaikan kualitinya.

    Kecewa dengan penulis yang memandang ringan aspek2 ni.
    Banyak cara kalau nak bagi novel anda dibeli & diminati ramai, tak perlu menggunakan 'perisa' sebegini. Bila orang dah tahu, nanti orang akan serik untuk membeli.

    Sekarang ni, nak beli pun kena tengok2 dulu, siapa penulis & siapa penerbit. Lebih bagus kalau dapat baca ulasan pembaca terdahulu sebelum beli :D

    ReplyDelete
  3. Ilyah,
    TQ sbb sudi baca luahan saya tu dan kongsi pendapat dengan saya...sy pun mmg guna cara mcm awak, tgk siapa penulis cuma nak baca 2-3 pages tu kalau kat mph mungkin boleh tapi kalau kedai buku biasa dia tak buka balut plastik tu :D

    ReplyDelete
  4. Airina,
    mmg ada setengah penulis suka letak 'perisa' tu...ntah apa-apa je kan...nasib la tak jadi novel porno hehehe

    akak skrg cari novel ikut penulis yg akak mmg follow novel dia..bukan maksudnya tak follow atau support penulis baru..ikut juga penulis baru tak tengok kata hati juga la hahahah

    ReplyDelete
  5. Saya pun bimbang dengan perkembangan novel2 cinta dlm bahasa melayu yg semakin kerap menyelitkan adegan yg tak sesuai utk bacaan umum. Novel melayu kebanyakan penulisnya melayu dan Islam. Lebih elok kalau diceritakan perkara yg baik dan boleh dijadikan amalan baik. Dengan menyebarkan satu ayat saja mengenai kebaikan berganda2 pahala yg dapat utk bekalan akhirat.


    Tapi kalau yg disebarkan perkara yg menggalakkan sesuatu yg negatif, ada jugak saham dosa tu. Jadi fikir2kanlah. Kadang2 ada yg menyokong dan kata ala sikit saja, satu muka surat saja... kadang2 kita tak tau sikit2 tu la penyumbang kepada yg besar2. Bukankah sikit2 lama2 jadi bukit? budak2 umur 13 tahun pun dah stat baca novel dewasa. Bayangkan reaksi budak2 begini bila baca adegan2 'begitu'. Perasaan yg dibygkan dlm novel biasanya indah2, tentu akan membuat budak2 begini nak test sendiri. satu penulis sumbang satu idea begini bila dia dah baca banyak buku, sudah berapa idea yg dia disogokkan dgn perasaan begitu?


    so hati2 dgn apa yg kita nak sebarkan dlm penulisan kreatif begini. Banyak lagi sudut keindahan penulisan yg boleh diketengahkan penulis2 sekarang selain dari adegan2 yg tak sesuai dibaca itu. Kalau dulu kita baca adegan begini dicerita dgn cara selindung2, malu2, ia kelihatan manis. tapi kalau terlalu open, hilanglah kemanisan tu dan bila terlebih manis? selain dari kencing manis ada kemungkinan jugak kaki kena potong! hehe.


    Wallahualam... thanks adhan for sharing this :)

    ReplyDelete
  6. RinnTisan ~ thanks juga kerana sharing pendapat..sori le lambat reply komen sebab baru perasan :)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya penulis novel baru di Malaysia. Saya juga tidak setuju jika ada unsur2 seks yang keterlaluan dalam novel. Kalau sikit2 tu mungkin boleh lagi.

    Saya ada 1 novel sahaja yang diterbitkan oleh CESB dan pada 1st Dec ni novel kedua saya dalam versi eBook berjudul "Wajah Terakhir" akan terbit. Saya bagi harga promosi sehingga 31 Dec ni. Klik pada nama saya untuk info lanjut.

    Terima kasih.

    ReplyDelete