` Baru selesai membaca Tanpamu Aku Rindu (TAR)…seperti novel-novel yang sebelum ni, AA masih mengekalkan temanya iaitu kekeluargaan dan kasih sayang.
` TAR membawa kita ‘masuk’ ke dalam kehidupan Zuyyin dan Yazzer. Apa bezanya watak Zuyyin dengan watak-watak perempuan dalam novel-novel AA yang sebelum ni?? Aku rasa memang ada beza sebab kalau dalam novel-novel AA yang sebelum ni watak-watak perempuan tu semuanya watak ‘putih’ iaitu watak yang baik-baik je tapi kali ni watak Zuyyin tu watak ‘hitam’ walaupun bukan la watak yang hitam sangat tapi watak Zuyyin yang suka memberontak, marah-marah, tak menghormati orang tua dan juga orang-orang lain buat aku rasa memang Zuyyin tu jahat la…pada aku AA menjelmakan watak itu berdasarkan keadaan realiti sebab sekarang ni memang ramai yang berperwatakan seperti Zuyyin..tak hormat orang lain, tak hormat orang yang lebih tua dan paling menyedihkan tak hormat pada mak ayah sendiri..itu la yang AA ‘buat’ untuk Zuyyin.
` Dalam TAR, selain menyelami watak Zuyyin dan cuba memahami kenapa dia jadi macam tu, aku turut menyelami watak mama yang terlalu sedih bila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh bertukar sikap..dari baik menjadi tidak baik, tidak boleh ditegur langsung…juga menyelami watak selamba Yazzer *aku suka watak ni hehehe*
` Kali ni banyak pengajaran yang aku dapat *bukan maksudnya novel sebelum ni takde pengajaran ek tapi yg ini lagi banyak*..antaranya..
(1) jangan buat kesimpulan sendiri tentang sesuatu perkara walaupun kita nampak dengan mata kita sendiri
(2) hormat orang lain/orang yang lebih tua especially mak ayah kita
(3) berhati-hati dan pandai memilih kawan *jangan jadi macam Zuyyin*
(4) jangan sebut/doakan perkara yang tak baik pada sesiapa pun especially parents & keluarga kita
(5) sentiasa beringat masa kita senang
(6) menghargai apa yang kita ada & apa yang orang dah tolong kita
(7) walau marah atau merajuk sekali pun jangan sesekali off handphone sebab mana tau kalau masa kita off tu ada emergency ke apa ke *jangan jadi macam Zuyyin, menyesal tak guna*
` Akhir sekali, aku suka apa yang AA buat sebagai kesudahan…cerita ni meninggalkan kesan juga pada aku sebab melibatkan keluarga semua kan…cuba membayangkan kalau la apa yang buat Zuyyin menyesal tu terjadi kat aku *nauzubillah tak nak macam tu* tak tahu la macam mana aku nak teruskan kehidupan…AA kata cite ni bukan cite sedih tapi yang pasti air mata aku bukan setakat bergenang tapi menitis…
~ Tahniah untuk Aleya Aneesa atas ‘kelahiran’ Tanpamu Aku Rindu…saya tunggu next novel awak :D
Ayat-ayat yang menyentap jiwa:
“Orang tua tu mana?” tanya Zuyyin garang. *sanggup dia bahasakan parents dia orang tua*
“Bagus! Kalau tak balik terus pun lagi bagus!” Usai berkata-kata, Zuyyin terus keluar tanpa mempedulikan Zainah yang masih mengucap panjang dalam hati. *sampai hati dia doakan parents dia macam tu*

terima kasih, terima kasih sangat sebab sudi baca n sudi juga ambil masa tulis di blog awk... ;-)
ReplyDeletesama-sama kasih...baca tu memang dah jadi kemestian & post kat blog juga patutnya kemestian tapi kadang-kadang ada je yg buat jadi lambat :D
ReplyDeletewah, ini kah buah tangan terbaru tu ya???
ReplyDeletebeli..beli..beli *wink*
Tanpamu aku rindu memang banyak pengajaran.Saya dah baca dan dah habiskan dalam satu hari sahaja tanpa membuat apa2.memang tak boleh stop baca buku ni...
ReplyDeleteNovel cinta 3 suku pun cam best gak kan..
ReplyDeletesori semua sbb br reply..
ReplyDeleteairina ~ dh baca belum?
tanjungsepi ~ yep..byk sgt pengajaran..
cik keladi ~ sy dah baca but tak berapa masuk dgn jiwa maybe sbb sy ni serius je :0