Wednesday, September 23, 2009

baju pengantin mak andam

salam/hai semua...

` selamat hari raya...cite pasal raya, semalam, aku dan nacha (geng UB) berkesempatan beraya ke rumah ariela sahimi...ala...penulis Baju Pengantin Mak Andam tu...dekat-dekat sejam juga kami kat umah dia...sempat la menjamu selera, berpossing dan minta eila sign autograf kat novel tu...orangnya cantik...tulisannya comel-comel je...bulat-bulat...* teringat masa kecik dulu, tulisan aku bulat-bulat tapi dah besar-besar ni tulisan ikut dan je....*
` bagi yang nak beli novel terpakai boleh gi jenguk blog tokei-novel...ada novel-novel yang ingin dijual....

Wednesday, September 16, 2009

syawal yang bakal menjelang...


selamat hari raya...maaf zahir dan batin...untuk semua pengunjung 'dunia-novel'...bagi yang nak pulang beraya ke kampung halaman dan juga bila nak menziarah rumah saudara-mara dan sahabat, hati-hati di jalan raya...ingatlah orang-orang tersayang yang sedang menanti kepulangan anda...biarlah kepulangan anda disambut dengan kegembiraan bukannya kesedihan...(macam iklan raya pulak hehehehe) nanti makan ketupat, lemang, rendang dan kuih-muih tu jangan over tau...nanti kalau berat naik siapa yang susah? diri sendiri gak sebab nak kena diet pastu hehehehehe *jangan marah ek...*

Sunday, September 13, 2009

novel baru ruby hazri : Percayalah Akhirnya


akan datang...mungkin bulan oktober tapi saja je nak buat promo kat sini...sesiapa yang nak beli secara online boleh pergi kat website Jemari Seni ye..kat siedbar tu ada link dia...TQ...

p/s: tahniah untuk Ruby Hazri..

Saturday, September 12, 2009

Aku Cinta Dia : Sharifah Abu Salem


ni novel baru Sharifah Abu Salem...dari info yang aku dapat dari website Alaf21, novel ni akan berada dipasaran sepenuhnya mulai minggu depan...aduhai...tak sabarnya nak tunggu minggu depan...harap-harap hari isnin atau selasa dah ada kat kedai buku yang aku selalu singgah tu..tapi buku Maria Alina pun belum ada...agaknya sampai dengan buku Sharifah Abu Salem kot...erm...kalau ada sesapa yang berminat nak baca fragmen Aku Cinta Dia, boleh klik sini...

Friday, September 4, 2009

Sungguh Aku Cinta : Anis Ayuni

Walau kemana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini

` Maira bertemu lelaki itu secara tidak sengaja..tidak disangka lelaki yang memandangnya dengan pandangan yang tajam di sebuah fitness centre satu hari dulu ditemui semula ketika dia menyertai acara Larian Menara Kuala Lumpur….dan dengan tidak disangka-sangka lelaki itu jatuh cinta pandang pertama pada Maira…

` Fajar tertarik pada perempuan itu sejak kali pertama bertemu di sebuah gym…dalam pertemuan pertama, dia gagal untuk mendapatkan apa-apa maklumat tentang perempuan itu tetapi dia tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan perempuan itu semasa dia menyertai acara Larian Menara Kuala Lumpur…namun pertemua kedua itu juga turut mengecewakan Fajar apabila sekali lagi dia gagal untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai perempuan yang mula mendapat tempat dihatinya itu…

` Mungkin sudah tersurat, Maira dan Fajar bertemu lagi buat kali ketiga apabila mereka sama-sama menyertai ekspedisi ke Lembah Royal Belum..di situ mereka mula berkenalan antara satu sama lain dan akhirnya pada hari akhir ekspedisi mereka, Maira memberikan nombor telefonnya kepada Fajar setelah lelaki itu mendesak untuk terus berhubung…

` Mula-mula berkawan tapi akhirnya masing-masing jatuh cinta…setelah sekian lama Maira mengunci pintu hatinya buat mana-mana lelaki selepas berpisah dengan Azhan, akhirnya dia membuka kembali hatinya buat Fajar…namun begitu, di saat hatinya telah betul-betul melupakan Azhan dan betul-betul menerima Fajar, Azhan muncul kembali…meminta untuk diberikan peluang kedua untuk menebus segala kesalahan yang telah dia lakukan terhadap Maira satu ketika dulu...tetapi Maira cekalkan hati untuk tidak melayan permintaan Azhan kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk Azhan…

` Dalam masa yang sama, Maira dan Fajar telah berbincang untuk mendirikan rumahtangga…tetapi tiba-tiba dugaan datang melanda…rahsia yang cuba disimpan oleh Maira telah diketahui oleh ibu Fajar yang menyebabkan ibu Fajar menghalang perhubungan mereka…sekali lagi Maira diuji…namun dia pasrah kiranya Fajar menerima pilihan ibunya…dia redah kerana dia yakin apa yang terjadi ada rahmat disebaliknya…

` Bagaimana akhirnya hubungan Maira dan Fajar? Apakah rahsia Maira yang telah diketahui oleh ibu Fajar sampai ibu Fajar suruh Fajar pilih perempuan lain? Siapa yang menjadi pilihan Fajar? Maira atau perempuan pilihan ibunya? Apa yang terjadi pada Maira? Sanggupkah dia menerima hakikat sekiranya kasih Fajar berpaling?


` Sungguh Aku Cinta (SAC) agak lain dari novel-novel Anis Ayuni (AA) yang sebelum ni…selalu AA guna ganti diri pertama ‘aku’ tapi kali ni AA guna ganti diri ketiga ‘dia’ dan ‘mereka’….

` Dalam SAC, AA membawa kita ‘buat’ aktiviti-aktiviti lasak…best juga..aku boleh bayangkan apa yang Maira, Fajar dan lain-lain buat masa aktiviti-aktiviti tu..dapat ‘masuk’ dalam hidup diaorang pun jadilah sebab nak pergi sendiri Royal Belum (walaupun kat Perak je) aku rasa macam tak sampai je…apatah lagi nak pergi daki gunung Kinabalu…walaupun aku dah pernah sampai ke Sabah tapi setakat tengok puncak Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu dan Kundasang aje la…

` Jalan cerita tak meleret-leret..dan aku cukup kagum cara AA mengolah watak-watak tu…ingatkan cite ni happy ‘sepanjang jalan’ rupanya ada gak episode sedih…aku kata macam tu, sebab mula-mula dia bagi kita happy pastu tetiba je dia bagi kita sedih…part sedih tu memang sedih la..rasa nak pecah dada sebab menahan perasaan sedih dan terkilan…air mata tak usah cakap la, memang wajib dah meleleh…tapi dalam setiap cite mesti ada gembira dan sedih sebab itu reality kehidupan…mana ada yang happy je…kan? tapi apa pun, yang pasti SAC memang best…

` Tahniah untuk penulis…teruskan menulis…

p/s:
maaf sebab lambat sangat bagi respond tentang SAC…harap-harap Kak Anis terima respond saya ni ek…teruskan menulis…saya sentiasa memberikan sokongan…saya tunggu buku akak tahun depan :D

Wednesday, September 2, 2009

Gerimis Rindu & Kifarah Cinta

salam/hai...

pagi tadi, kan aku meng'update' blog ni dengan beberapa cover untuk novel-novel baru yang telah dan akan berada di pasaran...balik tu, sampai je pekan, aku terus serbu kedai buku yang sememangnya satu-satunya kedai yang aku boleh 'harapkan' untuk dapat the latest novel...inginkan novel Kak Meen Zulaikha : Gerimis Rindu tak sampai lagi tapi tengok dah ada kat sebelah Rindu Untuk Dia : Dhiya Zafira...apa lagi, tak perlu fikir panjangm terus je ambik...sementara nak tunggu budak kedai tu nak 'chop' nama kedai kat Gerimis Rindu, aku belek-belek beberapa buah novel dan tetiba aku tertarik untuk beli Kifarah Cinta : Damisha Danisha Nur (kalau tak silap, buku kat atas...)...not bad gak novel tu...balik tadi aku baca Kifarah Cinta dulu sebab aku rasa macam aku first time jumpa nama penulis tu...buku Kak Meen aku simpan dulu sebab nak kena baca tanpa sebarang gangguan..lagi pun aku daha baca 2 buku Kak Meen sebelum ni dan tak mengecewakan jadi aku tau la macam mana gaya penulisan Kak Meen..lpeas ni aku tunggu buku Aisya Sofea (dengar-dengar angin buku dia jadi novel BONUS tap ntah la betul ke tak..hopefully betul) * aku baca kat paper SINAR, bonus ogos buku Sh. Abu Salem...tapi tajuk tak ingat..baca blurb macam best...* dan juga nak try baca buku Maria Alina tu...aku baca kat blog sapa ntah, katanya buku ni buku kedua Maria Alina tapi aku tak pasti sebab tak berapa ingat sama ada aku pernah baca atau tidak buku dia...

oklah...stop dulu...nak tengok CSI:Miami then nak baca Gerimis Rindu...kepada yang minat baca novel, cepat-cepat gi jenguk kedai buku ek...

novel baru jemari seni (JS)

nak baca & nak beli online boleh pergi website Jemari Seni ye..TQ

novel baru alaf21




sila lawat laman web alaf21 untuk baca blurb novel-novel di atas..tapi RUD saya dah publish komen saya kat n3 sebelum ni..TQ