Penerbit : Jemari Seni (JS)
Harga : RM 18.00
Ibarat setianya Ali pada Fatimah
Ibarat kasihnya Muhammad pada Khadijah
Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga.
Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar
` Yasmin Nur Raihan dan Amru Iskandar tidak pernah bertemu namun kerana taatkan kedua orang tua, mereka menerima ikatan perkahwinan yang diatur itu.
` Amru Iskandar tidak mencintai Yasmin Nur Raihan lalu dia ragu-ragu dengan perkahwinan tersebut. Dia tidak yakin bahawa perkahwinan mereka akan bahagia selamanya namun berbeza dengan Yasmin Nur Raihan, walaupun perkahwinan mereka diatur tetapi dia yakin yang mereka akan bahagia.
Dialog-dialog menikam kalbu :
"Kenapa Min terima pinangan mama dan papa tempoh hari?" Terkedu seketika Yasmin apabila mendengar pertanyaan yang tidak diduga itu.
"Er... sebenarnya Min tak nak membantah apa yang mak dan ayah telah putuskan pada Min." Wajahnya ditundukkan.
"Sehingga mengorbankan diri sendiri? Ini bukan soal remeh yang kita boleh ikut aje apa yang orang nak kita buat. Ini soal perkahwinan. Soal masa depan, bukan untuk sehari dua." Soal Amru Iskandar lagi.
"Kenapa Am tanya soalan macam tu?"
"Kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Am tak kenal Min, Min pun tak kenal Am. Am cuma pelik, macam mana gadis yang berpendidikan macam Min ni boleh menerima seseorang yang tidak pernah Min kenali sebagai suami."
"Min tak peduli siapa suami Min. Min cuma mahu menggembirakan hati mak ayah Min yang bersusah payah membesarkan Min selama ini. Pengorbanan yang mereka lakukan pada Min bukan sedikit. Malah rasanya tak akan terbalas walau nyawa Min jadi galang gantinya. Kesanggupan mereka memelihara Min selepas ibu bapa kandung Min meninggal dunia, tak akan Min lupakan selagi badan dikandung hayat."
"Tapi perkahwinan tanpa cinta tak akan bahagia." Amru masih menduga.
"Kebahagiaan dan cinta boleh dicari. Min yakin dengan takdir yang disuratkan untuk Min. Min tak pernah menyesal." Yasmin berkata dengan yakin.
"Tapi Am tak cintakan Min!" Kata-kata Amru bagai bongkah batu menghempap di atas kepala Yasmin.
"Habis kenapa Am terima Min?"
"Kerana taat Am pada mama dan papa. Kerana Am tak mahu jadi anak yang derhaka." Amru masih tenang sedangkan Yasmin sudah tidak mampu untuk duduk walau sesaat.
=================
` Samudera Indah Nian (SIN) memang memuaskan hati...ayat-ayat yang disusun indah oleh penulis benar-benar membuatkan aku suka sangat dengan SIN. Watak Yasmin & Amru betul-betul sesuai dan padan. Tidak lari dari tema cinta tapi penulis menulis kisah cinta yang sopan...kisah cinta yang wujud selepas pasangan diijabkabulkan...
` Macam-macam perkara boleh dipelajari dari SIN...SIN juga membawa aku merasai kehidupan tentera laut...bila baca SIN rasa dekat dihati sebab, kisah ini berlatarbelakangkan negeri kelahiranku...suka sangat sebab bukan semua orang boleh masuk Pengkalan TLDM tu (aku pun masuk sekali je itu pun sebab bawa budak..)..kemudian Amru bawa Yasmin jalan-jalan kat Kuala Kangsar tu...tu tempat aku..cuma silap satu je yang penulis ni buat..kat Lembah tu kami kat sini tak panggil Medan Lembah..kami kat sini panggil Lembah je tapi takpe, tak cacatkan apa-apa pun :D
` TAHNIAH buat Mazni Darwisya (MD) kerana telah menghasilkan SIN yang betul-betul indah sebagaimana tajuknya...best sangat, baca 2-3 kali pun tak jemu...aku mengharapkan agar MD buat sambungan SIN, nak tahu kisah selanjutnya kehidupan rumahtangga Leftenan Komander Amru Iskandar dan Yasmin Nur Raihan juga nak tahu perkembangan hubungan Aina dan Izhar...
No comments:
Post a Comment