Monday, December 14, 2009

novel baru Kaki Novel; berada di pasaran


Tajuk : Kasih Pun Bersatu
Penulis : Izza Aripin
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM 24

* baca kat komen kat web KN katanya dah ada di MPH..sesiapa yang susah nak gi MPH boleh beli online dari penulis atau KN sendiri..klik--> Kaki Novel untuk ke website KN...

KPB menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran. Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran. Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi. Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi…Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

3 comments:

  1. Replies
    1. cuba check dengan kedai buku atau call kaki novel enterprise...novel ni sy tak jual...jadi koleksi... TQ

      Delete