Tuesday, October 20, 2009

Mufin Manja : Hani Ismail

Tajuk : Mufin Manja
Penulis : Hani Ismail
Penerbit : PTS Professional
Harga : RM 14.00

` Mufin Manja; mengisahkan Farahin@Mrs Teapot yang suka sangat buat muffin..macam-macam resepi muffin yang dia cuba dan bila dia buat dia akan bawa muffin tu ke sekolah…kawan-kawan dia pun suka sangat dengan muffin Farahin ni…pastry lain pun dia minat tapi dia lebih minat dengan muffin…sementara menunggu keputusan SPM keluar, dia kerja part-time kat kedai bunga dan tiap-tiap hari lalu kat satu kedai kek dan roti…sebab dia minat sangat dengan pastry ni, akhirnya dia berhenti kerja kat kedai bunga, kerja pulak kat kedai pastry tu…

` Farahin bersemangat nak belajar tentang pastry dan bersemangat nak berniaga…nak berniaga apa? Pastinya la nak berniaga muffin…Farahin bernasib baik sebab semua ahli keluarga dan kawan-kawan baiknya menyokong hasrat hatinya tu…

` Macam mana kesudahannya? Apa kaitan Mufin Manja dengan Farahin? Kenapa dia dipanggil ‘Mrs. Teapot’? Berjayakah Farahin dalam perniagaan mufinnya? Macam mana keputusan SPM dia? Kalau nak tahu semua tu kena beli Mufin Manja…memang tak rugi…

` Mufin Manja (MM)…masa tengok buku ni kat kedai, tanpa teragak-agak aku terus ambil dan bayar…sebab apa aku tertarik? sebab…
(1) gambar muffin tu
(2) resepi muffin kat cover belakang
(3) tajuk dia (aku rasa macam comel je tajuk tu hehehe)

` Masa aku baca Mufin Manja ni, adalah kawan yang tanya, aku baca buku apa..aku pun tunjuklah cover MM..pastu dia siap tanya “best ke? Macam cerita budak-budak je”..aku jawab “novel remaja tapi best..tak rugi baca” (aku baca MM masa dok merehatkan diri; lunch hour..masa tu aku kat kem 1 Malaysia…jadi jurulatih pengiring)

` MM ni diterbitkan oleh PTS Professional, dalam kategori Teen Novel; Usahawan Cilik… walaupun masuk dalam kategori Teen Novel; Usahawan Cilik tapi kita yang dewasa ni pun boleh baca…sesungguhnya tak rugi aku beli MMmemang berbaloi…dalam MM sarat dengan resepi muffin la yang pastinya dan juga tips—tips yang berguna untuk kita buat muffin dan berniaga..memang sesuai dengan kategori dia, Usahawan Cilik…


` bahasa dan ayat yang digunakan oleh penulis jelas…takde bunga-bunga (memang la dah novel usahawan mana pulak sesuai kalau berbunga-bunga hehehehe)…TAHNIAH untuk penulis kerana novel usahawannya telah Berjaya menarik aku untuk membaca seterusnya mencuba resepi muffin terutamanya Mufin Karot Salju…lagi satu, Farahin ada blog dia sendiri…
klik -->mufinmanja<--

2 comments:

  1. terima kasih banyak, adhan sebab sudi buat resensi Mufin Manja. Kalau dah cuba resepi mufin tu, tampallah kat blog. Boleh amik dan paste kat blog Farahin

    ReplyDelete
  2. sama-sama...tu la pasal..nak try buat mufin manja...hujung minggu ni baru free nanti apa-apa hal saya update ngan akak :D

    ReplyDelete