Monday, July 20, 2009

Street Vendetta - Mazni Aznita

Street Vendetta membawa aku berkenalan dengan Anabella, Kojie, Iqbal, Tumirah Kuncup, Fakruzi, Nenek Telangkai...siapa diaorang ni?

Anabella - asalnya budak kampung tapi bila keje kat bandar automatik jadi mata duitan, boros dan hipokrit..siap tipu housemate dia..konon-konon dia anak tauke syarikat kapal...dia ni minat kat Iqbal dan sanggup nak pergi Cherating untuk jumpa Iqbal, bagitau yang dia suka sangat kat Iqbal.

Kojie - dia ni keje dengan bank..keje tarik kete sapa yang tak bayar ansuran kete..jenis yang sempoi tapi selekeh...pastu macam lembik je...tak kisah kalau orang buli dia...selalu aje dikenakan orang..

Iqbal - bakal tunang Tumirah Kuncup...dia ni la yang Anabella minat sangat tu..si cinta monyet Anabella..

Tumirah Kuncup - bakal tunang Iqbal..kawan dan musuh Anabella..kenapa jadi musuh pulak? sebabnya dia tau Anabella minat kat Iqbal dan dia juga minat kat Iqbal..tu yang jadi musuh tu...

Fakruzi - dia ni abang Kojie...sikap n perwatakan jauh beza ngan Kojie..

Nenek Telangkai - perempuan tua yang cukup istimewa...boleh baca hati dan fikiran orang..tapi rupa dia buruk sikit sampaikan Anabella dan Kojie dah tersalah sangka pasal dia..


` Anabella bertemu Kojie secara tak sengaja masa Kojie nak 'tarik' kete dia...Anabella ni boros gak sebab dia mengikut lara housemate dia..disebabkan sikap dia tu, dia terlupa nak bayar duit kete..bukan sebulan tapi berbulan-bulan...Kojie ni pulak keje dengan bank dan dia dapat arahan dari boss dia untuk 'tarik' kete Anabella..tapi budak Anabella ni punyalah licik, asyik terkena je Kojie ni...tapi akhirnya 'tertangkap' juga si Anabella ni masa dia nak gi Cherating..konon-konon nak gi pujuk Iqbal supaya tak bertunang dengan Mira..masa tu dia 'terbawa' sekali Kojie pergi dengan dia sebab Kojie tertidur dalam kete dia...

` Masa dalam perjalanan, si Kojie yang baik hati ni tumpangkan sorang nenek tua...nenek tu ni raut wajah dia agak menyeramkan dan Anabella & Kojie memang takut giler dengan nenek ni..siap Anabella baca ayat Quran lagi nak bagi 'hantu' nenek tu hilang...

` Sampai Cherating, macam-macam berlaku...masa tu gak Anabella tahu perkara sebenar tentang Iqbal..terkejut gak dia..puas jugaklah dia nak buat satu keputusan yang penting...dan akhirnya dia buat satu keputusan, nak ikut Iqbal dan tinggal kete dia dengan Kojie...Kojie pulak masa Anabella tinggalkan dia sebab ikut Iqbal, dia ala-ala patah hati sebab kononnya dah 'tersangkut' kat Anabella..masa dok teringat kat Anabella tu dia terjumpa dengan nenek yang tumpang kete ari tu...nenek tu suruh dia balik KL dan terima apa yang akan berlaku selepas ini sebagai takdir hidup dia...nenek tu juga cakap yang dia dan Anabella ada jodoh...so, Kojie pun balik KL...

` Masa berlalu..macam-macam perkara jadi kat Anabella..dengan tak disangka dia terjumpa dengan Fakruzi..mula-mula dia ingat Fakruzi tu Kojie sebab muka hampir sama tapi bila Fakruzi kata dia tak kenal siapa Kojie, Anabella tau dia salah orang..frust jugaklah dia sebab dia macam dah suka kat Kojie...so, apa kesudahannya? dapat ke Anabella jumpa Kojie? Betul ke ramalan nenek tua tentang jodoh Kojie dan Anabella dan siapa pula Nenek Telangkai tu? Erm..kalau nak tau kena baca sendiri...

Pada aku...
cite ni best..mulanya tak confident nak baca sebab tajuk dia tu...tapi aku baca juga setelah dimaklumkan oleh kaknOOr yang SV ni best...tapi memang best pun...macam-macam ada...tak rugi...banyak gak persoalan yang ditimbulkan oleh penulis dalam cite ni tapi semuanya ada jawapan...kesimpulannya memang best la...TAHNIAH buat mazni aznita @ anita aruszi..teruskan berkarya..

10 comments:

  1. ya... memang cite ni best... pelbagai persoalan timbul pada mulanya tapi akhirnya terjawab juga sampai kita rasa puas hati sgt. Masa baca rasa cite ni mcm hidup sgt... tahniah aznita!

    ReplyDelete
  2. memang best citer ni.. tak puas baca.. you can laugh n cry through out the story....

    ReplyDelete
  3. agree..mula2 x nak beli sebba tajuk dia cam pelik....simpan lama gak baru baca...once baca..cam sayang nak berpindah ke next page sebb perasan m/s semakin nipis....humor+sad+happy in one book...seronok membcanya..tahniah..5 star

    ReplyDelete
  4. mirzareen ~ yup betul..

    rafeddah ~ cerita yang 'hidup'

    ours ~ sy beli sbb tajuk dia pelik hehe

    ReplyDelete
  5. novel nita mmg best..dh beli buku baru dia? mungkin nanti?

    ReplyDelete
  6. setuju sgt dgn korang..!! novel ni memang best giler.. penulis dia hebat.. sama mcm aisya sofea n siti rosmizah...

    ReplyDelete
  7. memang nita seorang yang hebat..novel dia sy suka sangat..

    ReplyDelete
  8. cter n plot mmg awesome..mesti besti kalu ley wt movie..intereting kot..

    ReplyDelete
  9. best gile la cter ni . tahniah mazni aznita . .

    ReplyDelete