Wednesday, July 22, 2009

Dengan Nama Cinta & Nur Kasih : Bikash Nur Idris

Dengan Nama Cinta (DNC) & Nur Kasih (NK), dua cerita di dalam satu buku....

` DNC menceritakan kisah hidup Sirna, Suria, Aiza, Haryani, Hasif, Hafis, Izam & Fitri sebagai watak utama dan Nazira sebagai watak sampingannya..best juga baca cerita ni...mula-mula cerita tentang Sirna, kemudian masuk pulak cerita tentang Aiza dan last sekali cerita Haryani...bila masa pulak watak-watak Suria, Hafis, Hasif, Fitri, Izam & Nazira ni muncul? ok..camni citenya..

` Sirna kecewa apabila kesetiaannya dikhianati..lelaki pujaannya meninggalkan hanya untuk berkahwin dengan perempuan lain yang lebih muda dan cantik darinya...bertahun lamanya dia menerima umpat keji masyarakat kampung lantaran kejadian itu...kemuncak kesedihan dan kekecewaannya ialah ketika seluruh masyarakat kampung sibuk menolong keluarganya membuat majlis perkahwinan adiknya, Suria...selama ini dia hanya pendamkan rasa sedih dan kecewa tatkala orang kampung menggelar dirinya andartu tetapi kesedihan dan kekecewaan itu terpamer apabila emaknya sendiri mengungkapkan kata-kata pedih itu..namun Allah itu maha adil...Sirna dipertemukan dengan seorang lelaki yang selayaknya menjadi 'raja' dihati, suami seterusnya ayah kepada anak-anaknya...kehadiran Hasif berjaya mengubat hati Sirna sekaligus menutup mulut jahat orang-orang kampung yang menggelarnya andartu...

` Aiza, sahabat baik Sirna...pulang ke kampung bersama Nazira, anaknya yang comel lagi nakal setelah hatinya dilukai oleh lelaki yang amat dicintainya...dia cuba melupakan Izam namun ternyata percubaannya tidak menjadi apabila Izam muncul di kampungnya...macam-macam perkara dia lakukan untuk menjarakkan diri dari Izam namun tidak berjaya apatah lagi Nazira senang dan sayang sangat dengan Izam...

` Nazira ni anak perempuan kesayangan Aiza..juga turut menjadi anak saudara kesayangan Sirna, Suria dan Haryani..dia ni suka buat benda-benda yang diluar jangkaan orang dewasa...jadi pakar bedah katak, lemaskan kucing dalam air semata-mata nak bagi kucing tu berenang macam ikan, ajar kucing menari dan macam-macam lagi...siap ajak Izam pergi ziarah dan bacakan doa kat 'kubur kawan-kawan' dia yang dah 'meninggal' tu...

` Haryani akhirnya menyerah kalah untuk menawan hati jejaka idamannya apabila usaha yang dilakukan untuk menawan hati jejak tersebut menemui jalan buntu...dia kecewa kerana usahanya tidak pernah berhasil...dia mengharapkan agar Fitri menerima dia sebagai seseorang yang istimewa tetapi lelaki itu hanya menganggap Haryani sebagai seorang adik..tambahan pula Haryani adalah adik angkatnya...

` Bagaimana kesudahan DNC?

` NK pula kisah tentang Aryanie...disebabkan satu peristiwa yang memalukan, dia mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Fairul dan membawa diri ke Pulau Langkawi...Fairul tidak dapat menerima keputusan itu tetapi apabila Aryanie mendesak, dia terpaksa menerima....mulanya keadaan tenang aje tapi bila Ari (adik Aryanie) kembali dari luar negaradan terdengar cerita yang tak habis, keadaan terus jadi kucar kacir..dia berusaha untuk membalas dendam kepada Fairul kerana dia sangka Fairul yang menyebabkan kakaknya jadi begitu....namun dengan tidak disangka-sangka, Fairul turut jatuh hati pada Ari dan Ari juga begitu...dan Fairul telah mengambil keputusan untuk meminang Ari namun disebabkan dendam, Ari sanggup memalukan Fairul pada hari keluarga Fairul datang meminangnya...bagaimana akhirnya?

Erm..sebenarnya aku lagi suka DNC berbanding NK..macam-macam perasaan tercetus masa baca DNC...nyaris-nyaris aku keluarkan air mata masa baca kisah Sirna dan siap aku boleh ketawa sorang-sorang masa baca kerenah Nazira...especially masa dia bawa Izam ziarah 'kubur' dan 'baca doa' untuk 'kawan-kawan' dia yang dah 'meninggal' hehheehe...cumanya mula tu aku macam kurang puas hati dengan cara penulis cerita tentang watak2 heroin tu..rasa macam blur je nak baca tapi aku tak kiasah sebab aku rasa penulis nak buat satu identiti untuk penulisannya..walaupun dia buat macam tu tapi tak jejas jalan cerita...jalan cerita masih dilaluan yang betul...aku tak berapa suka NK sebab aku rasa cerita tu pendek sangat dan tak berapa nak masuk dengan jiwa tapi NK not bad...

2 comments:

  1. wah
    ada watak nama hasif ;)
    tajuk buku pun dengan nama cinta

    mcm sesuai ja dgn hidup kita
    hee =)

    ReplyDelete
  2. mr. chenta ~ :) hasif tu nama awak ke?

    ReplyDelete