Wednesday, January 23, 2008

Hak Cinta Terpelihara

Tajuk : Hak Cinta Terpelihara
Penulis : Lynn Dayana
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90

Qartini – Cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.
Sarah – Cinta itu setia yang tidak berbelah bahagi.
Yus – Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.
Neesa – Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa.


Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai kehilangan

Kataku :

` Daripada tajuk pun kita dah tahu bahawa novel kedua Lynn Dayana ni novel cinta…sebenarnya setiap novel yang dihasilkan oleh seseorang penulis tu tak lari dari kisah cinta kerana kisah cinta tidak mungkin akan berakhir dalam kehidupan manusia.

` Selain cinta, Hak Cinta Terpelihara (HCT) ada cerita lain…cerita tentang persahabatan…cerita bagaimana sukarnya untuk menjaga sesebuah perhubungan…sama ada hubungan cinta atau hubungan persahabatan…juga cerita bagaimana sesebuah perhubungan atau persahabatan boleh terputus akibat salah faham…HCT juga turut memaparkan bagaimana pengorbanan seorang teman terhadap temannya sendiri dan juga bagaimana terpinggirnya teman tadi angkara salah faham oleh teman-temannya juga…

` Banyak yang boleh dijadikan iktibar daripada kisah 4 orang sahabat ini (Qartini, Sarah, Yus, Neesa)..jalan cerita yang mudah difahami tidak menghampakan…pembaca tak perlu bersusah payah nak fakir teruk-teruk sebab jalan cerita yang digarap oleh LD begitu mudah untuk difahami…namun begitu ada beberapa perkara yang ‘kureng’ aku suka…mungkin pada orang lain okey tapi pada aku, aku rasa ‘kureng’….

` Apa yang kureng?
(1) Aku tak berapa suka bila penulis memecahkan watak-watak…tapi apa pun aku tetap baca…Cuma aku rasa macam kurang penghayatan bila dibuat macam tu…baru nak mula menghayati watak Qartini dan beralih ke watak lain…seingat aku, ada dua penulis yang suka buat macam tu…seorang Amiruszati (kalau tak silap tapi buku dia dengan CESB, Bila Sena Kembali Berbunga) dan juga Norra…mungkin pembaca coretan aku ni tak faham jadi biar aku berikan contoh..selalu orang guna Bab 1 atau yang sewaktu dengannya tapi LD buat macam ni… 1- Kuala Lumpur, Qartini. 2 – Seremban, Neesa. 3- Melaka, Yus dan begitulah seterusnya hingga ke bab yang terakhir…

(2) Ending dia tu…memang lah ending 4 sahabat tadi happy tapi ending sebenar, apabila melibatkan anak-anak mereka, menimbulkan tanda tanya…adakah LD nak buat HCT 2? Aku paling tak suka bila ending macam tu..buat kita tertanya-tanya dan buat kita fikir sendiri apa yang terjadi…malas sungguh..

(3) Apa kesudahan Yus & Kamal? Kahwinkan mereka atau sebaliknya? Mungkin pembaca dapat meneka tapi apa salahnya kalau penulis nyatakan…mereka ni kawin ke tak ke apa ke…

` Okey, that’s all..komen aku tentang Hak Cinta Terpelihara…lupa pulak…moral daripada HCT ni…
(1) kita kena berani nyatakan perasaan dan hak kita…
(2) bila dengar sesuatu perkara, siasat dulu jangan terima je…
(3) kalau nak berkorban pun biarlah bertempat dan berpada-pada…jangan sampai pengorbanan tu melukakan hati sendiri…sendiri yang merana, sendiri yang rugi…

` Harap penulis & pembaca serta peminat setia menerima komentar ini dengan hati terbuka…untuk lebih kepuasan, beli & baca sendiri….

Tuesday, January 22, 2008

Sakitnya Sayang

Tajuk : Sakitnya Sayang
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB
Harga : RM24.00

Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan…

Sakitnya Sayang mengisahkan tentang anak…

(1) kisah seorang anak yang menderhaka kepada ibunya…terlalu mendengar cakap ayahnya yang sentiasa memburukkan ibunya…

(2) kisah seorang anak yang terlalu sayang kepada ibunya walaupun ayahnya telah berjaya menghasut kakak-kakaknya untuk menderhaka kepada ibu mereka…

(3) kisah seorang anak yang terpaksa melupakan impian hidupnya semata-mata terpaksa menurut kemahuan ayahnya yang akhirnya membawa kehancuran terhadap hidupnya…

(4) kisah seorang yang anak yang terpinggir hidupnya lantaran tidak mahu menurut kemahuan ayahnya tetapi akhirnya menikmati kejayaan dan kebahagiaan…

Kataku :

` Sakitnya Sayang (SS) adalah buku ke-13 Norhayati Berahm (NB) bersama syarikatnya sendiri. Tahniah buat NB. Sebagai peminat setia, aku memang tak lepas untuk memiliki novel-novel terbaru beliau…sedikit komen tentang SS.

` Ada 4 kisah dalam SS yang mana akhirnya semua itu berkait antara satu dengan lain…apa yang dipaparkan dalam SS adalah reality masyarakat sekarang..mungkin kita tidak sedar tapi itu adalah hakikatnya…melalui SS aku belajar banyak perkara…dan sebagai anak, aku akui bahawa apa yang terjadi dalam SS, mungkin pernah terjadi dalam hidup semua orang yang bergelar anak…

` SS tidak membosankan…aku berjaya menghabiskannya tapi tatkala membaca aku terasa macam gaya penulisan NB telah hilang bisanya…aku tak pasti kenapa…mungkin juga sebab sekarang NB lebih banyak menulis tentang anak, tentang keluarga berbanding tulisannya yang terdahulu yang mana banyak menceritakan tentang cinta, pengorbanan cinta wanita, ketabahan hati wanita dan yang berkait dengan wanita. Mungkin NB mahu lari dari trademarknya itu. Namun begitu, dalam SS ada juga tentang wanita…tentang bagaimana seorang ibu yang menderita kerana anak-anaknya menderhaka terhadapnya kerana terpengaruh dengan hasutan bapa mereka..

` Peminat NB dan juga peminat novel leh la dapatkan buku ni dan baca sendiri...mungkin rasa kita berbeza...

Monday, January 7, 2008

akan datang....

1. moga kau menngerti - llily haslina nasir - alaf21
2. kopi susu sepatu biru - ruby hazri - jemari seni

3. aA+bB - hlovate - jemari seni
4. suratan kasih - durrah fatiha - alaf21
5. qaseh qaisy - ramlah rashid - buku prima
6. air mata kasih 2 - shamimi aminollah - cesb
7. ada cinta di hati - emma maizura - alaf21

Suratan Kasih

Tajuk : Suratan Kasih
Penulis : Durrah Fatiha
Penerbit : Alaf21
Harga : RM19.90

Aku tanpamu umpaman pantai tiada berombak
Kau tanpaku seperti langit tiada awannya


SK mengisahkan Nurul Hanisah yang berada dalam dilemma antara cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak Fauzan. Belahan hati dan kasih menjadi episode lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya. Hazman pula terlalu mendambakan cinta suci Nurul Hanisah dan dia tidak kisah tentang jarak usia mereka walaupun dia tahu ibunya tidak suka dia berkawan atau lebih tepat bercinta dan berkasih dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya. Manakala Famila mengharapkan kebahagiaan mamanya namun baginya Hazman bukanlah lelaki yang sesuai untuk mamanya kerana baginya Hazman terlalu muda buat mamanya yang telah berusia. Bagaimanakah kesudahannya?

Kataku:

Suratan Kasih (SK) melakar satu kisah hubungan antara seorang lelaki dengan wanita yang lebih tua darinya. Tema yang digunakan oleh Durrah Fatiha (DH) dalam menghasilkan SK ini jarang digunakan oleh penulis dalam penghasilan karya mereka.

Apa yang diolah oleh DF dalam SK memang berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang anggap ianya negative tetapi ada juga yang menganggapnya positif. Terpulang pada individu untuk menghadapi dan menerima situasi tersebut.

Sebuah kisah yang menarik. Jalan cerita yang jelas dan tidak meleret-leret. Macam-macam perasaan ada tika membaca SK, seolah-olah kita berada dalam kehidupan Hanisah. Apa yang digambarkan oleh DF dalam SK memang benar terjadi..sikap orang kita yang selalu memandang serong pada perempuan yang tinggal bersama anak-anak tanpa lelaki bergelar suami, memandang serong pada perempuan yang sedikit berusia dan macam-macam la…

Sebenarnya dalam SK ni aku ada rasa geram banyak dengan sikap lelaki yang suka ambil kesempatan dan perempuan yang terlalu percaya yang suaminya baik. Contohnya Kak Nab dan Abang Zahar. Kak Nab terlalu percaya pada suaminya dan menaruh prasangka pada Hanisah. Padanya Hanisah yang cuba menggoda suaminya sebaliknya suaminya yang gatal dan menggoda Hanisah yang disangka janda. Sudahnya sebab terlalu percaya sangat pada suami yang sebenarnya gatal dan miang itu, dia nyaris dimadukan.

Moral of the story :

1) jangan cepat memandang serong pada perempuan yang hanya tinggal bersama anak, mungkin dia ibu tunggal dan mungkin juga dia membesarkan anak-anak saudara..selidik dulu..

2) jangan cepat percaya pada suami (kalau suami tu jenis gatal…)

3) jangan memandang serong pada sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan jika perempuan itu telah berusia….

Last but not least…tahniah buat penulis. Teruskan menulis. Pada peminat novel, SK boleh dijadikan koleksi dan juga nak tau kesudahan kena baca sendiri.

Ada Cinta Di Hati

Tajuk : Ada Cinta Di Hati
Penulis : Emma Maizura

Penerbit : Alaf21

Harga : RM19.90

Biarpun ku tak pandai berlagu rindu
aku selalu di sisi laman hatimu

Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada beza, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Adreena pula seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantara, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna nekad meninggalkan majlis perkahwinannya di saat akhir lantaran ingin memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Adreena dan Syukri menjadi suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Indah di mata orang tapi derita dihatinya.

Kataku:

Ada Cinta Di Hati (ACDH) merupakan karya kedua Emma Maizura (EM). Tatkala membaca ACDH aku teringat bahawa aku pernah membaca sebuah novel seakan-akan ACDH satu ketika dulu. Apa yang menyebabkan aku mengatakan begitu adalah kerana ada part dalam ACDH sama dengan Kesturi. Iaitu sewaktu Adlyna meminta Adreena menggantikan tempatnya untuk bertemu dengan Syukri (kekasih hati Adlyna). Dalam Kesturi pun ada part yang sebegitu apabila Viviana Lisa (Lisa) meminta adiknya Vanisha Aini (Eisha) menggantikan tempatnya untuk menghadiri sebuah jamuan bersama teman lelakinya Norman. Mungkin persamaan itu secara kebetulan. Frust juga mulanya bila terasa macam ACDH ni seakan sama dengan Kesturi tapi bila dah baca sehingga ke muka surat terakhir, ACDH tak sama 100% dengan Kesturi.

Antara perbezaan atau mungkin persamaan tapi diolah dalam cara yang berbeza (mungkin…)

` ACDH ; Adreena jadi ‘Adlyna’ sekali je.

` Kesturi ; Eisha beberapa kali menjadi ‘Lisa’.

` ACDH ; Adreena terpaksa kawin dengan Syukri dan betul-betul kawin dengan Syukri.

` Kesturi ; Eisha terpaksa jadi ‘Lisa’ bila Lisa menghilangkan diri dan hampir berkahwin dengan Norman.

` ACDH ; Adlyna datang kembali menuntut Syukri bila Adreena & Syukri dah jadi suami isteri.

` Kesturi ; Lisa pulang di saat Eisha hampir-hampir nak kawin dengan Norman.

` ACDH ; Adlyna dapat terima hakikat yang dia tiada jodoh dengan Syukri.

` Kesturi ; Eisha akhirnya berkahwin juga dengan Norman setelah Norman tahu bahawa wanita yang telah dikahwininya terdahulu adalah Lisa.

Apa pun dalam ACDH menarik untuk dibaca dan dijadikan koleksi. Dan yang pasti aku lebih suka ACDH berbanding novel pertama EM..mungkin penulis sudah tahu kelemahannya dan telah diperbaiki.

Tahniah. Teruskan menulis.

Friday, January 4, 2008

Kopi Susu Sepatu Biru

Tajuk : Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM21.00

Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!

Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....

Rumah No. 11

Rumah No. 9

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.



Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?



Kataku :

` Kopi Susu Sepatu Biru (KKSB) adalah buah tangan kedua dari Ruby Hazri (RH) selepas Percayalah. Tahniah kepada RH kerana berani menulis sebuah kisah yang ala-ala komedi..tidak terlalu serius dan tidak terlalu komedi...novel yang simple tapi menarik...cukup menarik..

` Kisah jiran sebelah menyebelah memang satu realiti tapi selalunya jiran yang berkeluarga yang suka nak 'angin' je tapi KKSB lain sebab RH menampilkan kisah 'angin' jiran sebelah yang bujang..teruna dan dara..masing-masing ada 'angin' tersendiri, ego tersendiri...masing-masing tak nak mengalah...benci-membenci antara satu sama lain..betul kata orang jangan over benci nanti jadi rindu...sudahnya bila asyik je bergaduh Mat & Emy dah rindu merindu antara satu sama lain...terjatuh 'chenta' antara satu sama lain..

` 'Bergaduh jiran sebelah menyebelah' adalah tunjang cerita ni tapi RH menyelitkan juga beberapa situasi yang memang terjadi dalam dunia realiti..apa dia? RH menyelitkan juga tentang perkenalan di alam siber atau lebih dikenali sebagai chatting...apa yang RH gambarkan memang benar-benar terjadi...di alam siber, orang menipu, janji nak jumpa kemudian bila jumpa..alahai..kalau baik dan ok, nasib baik tapi kalau terjadi macam apa yang terjadi masa Emy jumpa teman sibernya..haru-biru...

` KKSB memang best...komedi dia selamba je...saya memang asyik senyum sampai la ke muka surat terakhir KKSB...tapi dalam senyum tu macam-macam perasaan tau..ada geram, ada sedih, ada sakit hati dan ada rasa berdebar..kesimpulannya semua rasa ada walaupun asyik nak tersenyum...

` last but not least...sekali lagi tahniah untuk Ruby Hazri..teruskan menulis dalam dua-dua genre (genre macam Percayalah & genre KKSB) kerana kedua-kedua ni genre yang berbeza...