Friday, January 4, 2008

Kopi Susu Sepatu Biru

Tajuk : Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM21.00

Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!

Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....

Rumah No. 11

Rumah No. 9

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.



Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:

* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?



Kataku :

` Kopi Susu Sepatu Biru (KKSB) adalah buah tangan kedua dari Ruby Hazri (RH) selepas Percayalah. Tahniah kepada RH kerana berani menulis sebuah kisah yang ala-ala komedi..tidak terlalu serius dan tidak terlalu komedi...novel yang simple tapi menarik...cukup menarik..

` Kisah jiran sebelah menyebelah memang satu realiti tapi selalunya jiran yang berkeluarga yang suka nak 'angin' je tapi KKSB lain sebab RH menampilkan kisah 'angin' jiran sebelah yang bujang..teruna dan dara..masing-masing ada 'angin' tersendiri, ego tersendiri...masing-masing tak nak mengalah...benci-membenci antara satu sama lain..betul kata orang jangan over benci nanti jadi rindu...sudahnya bila asyik je bergaduh Mat & Emy dah rindu merindu antara satu sama lain...terjatuh 'chenta' antara satu sama lain..

` 'Bergaduh jiran sebelah menyebelah' adalah tunjang cerita ni tapi RH menyelitkan juga beberapa situasi yang memang terjadi dalam dunia realiti..apa dia? RH menyelitkan juga tentang perkenalan di alam siber atau lebih dikenali sebagai chatting...apa yang RH gambarkan memang benar-benar terjadi...di alam siber, orang menipu, janji nak jumpa kemudian bila jumpa..alahai..kalau baik dan ok, nasib baik tapi kalau terjadi macam apa yang terjadi masa Emy jumpa teman sibernya..haru-biru...

` KKSB memang best...komedi dia selamba je...saya memang asyik senyum sampai la ke muka surat terakhir KKSB...tapi dalam senyum tu macam-macam perasaan tau..ada geram, ada sedih, ada sakit hati dan ada rasa berdebar..kesimpulannya semua rasa ada walaupun asyik nak tersenyum...

` last but not least...sekali lagi tahniah untuk Ruby Hazri..teruskan menulis dalam dua-dua genre (genre macam Percayalah & genre KKSB) kerana kedua-kedua ni genre yang berbeza...

7 comments:

  1. adhan.. kawan dh belikan akak bk KSSB ni. nnt minggu dpn akak nk g collect dh tu nk bc immediately.. mmg tak sabar nk tahu citernya.. mesti best.. mmg JS belum pernah menghampakan akak sejauh ni!

    ReplyDelete
  2. adhan, anonymous tu akak ler, norash... hehehe

    ReplyDelete
  3. salam adhan,
    terima kasih kerana menyukai KSSB... & terima kasih juga kerana sudi menyelitkan review tentang KSSB di sini. ruby linkkan nanti entri ni ye...

    salam sayang,
    -ruby-

    ReplyDelete
  4. nggak bagus ceritanya kaya aku dong novelnya bagus judulnya syair cinta kamu bisa kirim email di zaik_zhoonta@yahoo.co.id

    ReplyDelete
  5. mana nak dapat buku ini.. nampak bagus... menarik..puas saya cari

    ReplyDelete
  6. beli online di jemari seni.com

    ReplyDelete
  7. haha..mang best r time read this novel..tpy awl2 uh agk bosn ckit....cmpai kt part yg dewng gdoh uh kelakar..haha....all de best

    ReplyDelete