Wednesday, December 26, 2007

Moga Kau Mengerti

Tajuk : Moga Kau Mengerti
Penulis : Lily Haslina Nasir
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM 19.90

Tak bisa kulupa dirimu

tiap kali simpulan memori

terurai kembali

Moga Kau Mengerti (MKM) mengisahkan seorang gadis, Adeena yang tidak mampu untuk melupakan kenangan cinta pertamanya. Kisah cinta yang tercipta semasa zaman persekolahan tidak mampu dilupakan oleh Adeena kerana dia tida sempat untuk menyatakan ‘ya’ pada jejaka yang menantikan balasan cintanya. Akhirnya dia seakan-akan setia menanti jejaka itu. Betul kata pepatah ‘jodoh ditangan tuhan’ dan Adeena sememangnya telah ditakdirkan ada jodoh dengan kekasih hati zaman persekolahannya, Kamali. Namun, langit tidak selalu cerah. Walaupun Adeena dan Kamali telah selamat diijabkabulkan namun kebahagiaan tidak menyebelahi Adeena kerana dia didera oleh suaminya sendiri.

Kataku :

~ MKM adalah buah tangan kedua dari Lily Haslina Nasir (LHN) dan secara jujurnya, aku lebih suka MKM berbanding Epilog Cinta. Kisah cinta Adeena yang bermula sejak di bangku sekolah membawa aku untuk mengimbas kembali zaman persekolahan cuma bezanya aku tak pernah sekali pun bercinta masa sekolah. Seingat aku, jarang penulis nak buat cerita yang bermula dengan zaman persekolahan dan juga jarang yang nak menulis tentang manisnya cinta pertama yang sukar untuk dilupakan namun LHN berani menulis tentangnya. LHN juga menyelitkan tentang kepayahan bekerja sebagai wartawan terutama bila ia melibatkan wanita yang telah berumahtangga. Kena betul-betul membahagikan masa antara kerjaya sebagai wartawan dan juga sebagai isteri. Ketika membaca MKM, aku sedar bahawa bukan semua impian menjadi kenyataan. Lihat saja Adeena…harapannya apabila Kamali menjadi suaminya, dia akan terus menikmati kebahagiaan kerana Kamali adalah cinta pertamanya namun yang terjadi adalah sebaliknya. Dia didera dengan teruk oleh Kamali yang mengalami gangguan emosi/tekanan. Apa yang digambarkan oleh LHN dalam MKM memang berlaku dalam masyarakat kita. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi melalui MKM…antaranya:

- kita kena berani untuk meluahkan apa yang kita rasa..kalau kita pendam, tak mustahil ia akan merugikan kita…sekurang-kurangnya bila dah meluahkan apa yang kita rasa, kita akan rasa lega…

- kita kena kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan yang datang kerana ia menjadikan kita lebih matang dalam menjalani kehidupan yang penuh ranjau…

- kalau seseorang isteri itu didera oleh suami, jangan sorok apa yang telah dilakukan oleh suami anda kepada pihak yang berwajib..buat pemeriksaan doctor dan report polis…bukanlah tujuannya untuk memalukan suami tapi fikirlah tentang masa depan sendiri…kalau tiba-tiba kita dipukul dan didera tanpa sebab, adilkah untuk kita menyimpan segala rasa sakit itu sendirian? Adilkah juga kalau dia yang mempunyai masalah emosi dan tekanan, dilepaskan pada kita kemudian dia boleh duduk senang lenang…perbuatan suami yang suka memukul dan mendera isteri adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan…

~ Pada aku memang berbaloi membeli dan memiliki Moga Kau Mengerti. Jadi bagi peminat novel jangan lupa dapatkan MKM…tapi mesti INGAT!! citarasa kita semua berbeza, aku suka MKM tapi mungkin ada juga yang tak suka..jadi terpulang…yang penting aku suka MKM…

~ Tahniah kepada Lily Haslina Nasir..teruskan menulis…

No comments:

Post a Comment