Friday, August 10, 2007

Hanya Dikau

Tajuk : Hanya Dikau
Penulis : Ebriza Aminnudin
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM19.90

Peristiwa pahit di hari pernikahan membuatkan Ira Fashua tidak mempercayai lelaki..baginya lelaki semua sama, sama seperti bekas tunangnya. Namun pertemuan Ira Fashua dengan Erze Zullis mengubah segalanya. Ira Fashua dan Erze Zullis bermusuhan lantaran tragedy yang berlaku semasa Ira Fashua menjemput sepupunya di lapangan terbang dan juga peristiwa semasa perkahwinan sepupunya itu. Permusuhan mereka diakhiri dengan perkahwinan namun segalanya menjadi sukar kerana Ira Fashua masih tidak mempercayai lelaki walaupun Erze Zulli sudah menjadi suaminya. Erze Zullis juga sentiasa berusaha untuk mengubah tanggapan Ira Fashua terhadap lelaki.

Kataku:
` Bagi aku Hanya Dikau (HD) lebih baik dari novel Kau Yang Tak Mengerti. Mungkin penulis telah membuat homework dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ketika beliau menulis KYTM. Pada aku, penulis semakin bijak untuk mengolah cerita yang penuh dengan konflik. Konflik yang diciptakan antara Ira Fashua dan Erze Zullis mampu membuatkan aku untuk terus setia membaca sehingga ke muka surat terakhir.

` Cerita logic tapi masa part Ira dan Erze bergaduh masa persandingan Riana dan Ilham tu macam kureng je..mereka bergaduh seolah-olah takde orang disekeliling…hanya ada cameraman…sepatutnya buatlah yang ada orang menegur mereka bertelagah tu..ini pengantin je yang tegur.. lagi satu je, selalu dalam novel orang guna nama yang ringkas tapi HD menggunakan nama yang panjang…dua nama..jadi masa baca tu macam tak best je..kena sebut nama panjang-panjang..mungkin penulis memang suka nama panjang-panjang…

` Apa pun, aku geram dengan Erze dan juga Ira…angin je..pantang silap sikit..Cuma aku macam terkilan sebab masa Ira luahkan masalah dia pada Zaila dan Riana, diaorang tak sokong dia..memanglah Ira buat salah sebab abaikan tanggungjawab terhadap suami tapi aku rasa, sebagai teman dan sepupu, sekurang-kurangnya Zaila dan Riana tu bagilah sokongan pada Ira..ini bagi nasihat macam semuanya Ira yang salah…

` apa pun, HD adalah sebuah cerita menarik dan antara novel menarik yang dikeluarkan oleh Buku Prima.

4 comments:

  1. salam...

    first time sy smpai ke blog ni..sy rs nama2 watak dlm novel ni pelik2 dan susah nk sebut..huhuhu...anyway, like wut u said..maybe penulis ske nama panjang2...hehehe

    ReplyDelete
  2. saya dah beli lama dah novel ni. membacanya tersekat2.sudah 3 kali dimula dan 3 kali juga berhenti dik cantasan novel2 lain. memang sediki bosan sebab wataknya keana2kan. dan pergaduhan2 yang dicetuskan sume kurang logik. isu terpijak dgn kasut bertumit tinggi pun jadi besar. huhu... letih juga menyebut nama2 yang panjang dan sukar.

    ReplyDelete
  3. ;) trademark penulis.takleh kata apa :)

    ReplyDelete
  4. btol tu....x brape suke kebanyakan name penulis cipta...susah nak sebut..n bile nak promote n citer pde member, sometimes smpi x igt name karekter tu...

    ReplyDelete