minggu ni minggu yang agak busy dan mencabar buat cik DN kerana cik DN terlibat dengan Bengkel Penghasilan Filem Pendek anjuran BTPN Perak dengan kerjasama FINAS....macam tak percaya je kan yang cik DN nak buat filem hehehehe
fasilitator bengkel ni En. Zaki Rahim (bekas pengarah rancangan Jejak Rasul TV3 & Majalah 3)..sekarang ni En. Zaki kerja dengan FINAS...macam-macam la yang diajarkan kepada kami....macam mana nak guna kamera, nak buat skrip, treatment, storyboard dan lain-lain termasukla untuk shooting & berlakon..alahai cik DN kena berlakon juga...*mimpi ngeri..cik DN tak suka berada di depan kamera..cik DN lebih suka berada di belakang tabir..* selain berlakon cik DN juga jadi penulis skrip...*macam tak caya hehehe*
oklah..nanti cik DN cite lagi pasal bengkel filem FINAS ni :D