Monday, May 6, 2013

penulis + identiti

hai..pesta buku dah habis...tahun ni cik DN tak berkesempatan nak ke sana...how sad :'( rasanya ini lah kali pertama cik DN tak jejakkan kaki ke PBAKL sejak cik DN rajin ke sana dulu..takpe..takde rezeki..insya-allah PBAKL 2014 cik DN akan pegi walaupun time tu cik DN mungkin dah tukar jadi puan DN :)..so nak cite apa ni ek..ini citenya...nak kongsi apa yang cik DN rasa tentang satu-satu gaya penulisan bagi sesetengah penulis novel di malaysia :) setiap penulis pastinya mempunyai identiti atau gaya penulisan yang tersendiri *betul kan* tapi aku rasa sesekali seseorang penulis itu kena berani untuk 'lari' dari gaya penulisan yang biasa dengan dirinya atau dengan erti kata lain, jangan la sama je buat la lain sikit.. *cakap macam senang kan hehehe* aku bercakap *eh..menaip sebenarnya..cakap dalam hati je* dari pemerhatian dan pembacaan aku...aku selalu membeli novel atau membaca novel atas talian dan bila aku rasa penulis tu menulis dengan gaya yang sama/latar yang lebih kurang sama, aku rasa bosan amat...serius aku cakap, kalau aku terbeli dan terbaca novel dari penulis yang sebegitu, mood membaca aku terus menurun dan kesudahannya aku tutup buku dan letak tepi..bila aku ada mood nanti aku sambung baca kalau tidak memang tak habis la buku tu aku baca..aku tahu peminat novel yang sebegitu mesti marah kat aku tapi aku tak kisah...memang la penulis ada hak untuk tulis buku dia ikut acuan dia..siapalah aku yang hanya membaca ini mempertikaikan? tapi aku bukan mempertikaikan..aku cuma berharap agar sesekali penulis itu lari la sikit dari identiti atau tema dia yang seakan sama je tu..memang orang akan kata "kalau tak suka jangan baca" dan memang aku tak baca dah buku-buku atau novel-novel yang aku tau penulisnya pasti tak nak tukar identiti dah..asik-asik gitu je latarnya...asik-asik gitu je jalan ceritanya walaupun bila baca nampak macam lain tapi bagi aku yang dah memang suka membaca novel ni aku dah tau dah :) ok la..peace no war..saja-saja nak merepek sebab mengantuk..nak sambung kerja... 

2 comments:

  1. Baca novel kalau bahasanya indah kita pun rasa seronok nak membaca apa lagi kalau isinya membuat kita mahu tahu cerita selanjutanya selagi tak habis tak buat kerja lainlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..kalau best mmg kita teruja nk tau ending..siap takleh berhenti lagi..kalau tak best memang baca sikit terus letak tepi :)

      Delete