sekarang ni tengah hot filem ombak rindu..dengar-dengar dah berjuta2 hasil kutipan tiket dan disebabkan tak tahan dengan cakap-cakap yang aku dengar [ada yang kata best, touching, tak berapa dan bla..bla..bla..] maka aku pun sibuk la juga nak menyempit kat TGV tu nak tengok...show pukul 8.20 malam seat baris nombor 4 dari depan [agak dekat juga dengan skrin..]..apa komen aku? hehehe kesimpulan yang aku boleh buat [kesimpulan patut dia akhir tapi aku buat awal-awal], aku tak boleh menonton drama/filem yang diadaptasi dari novel yang aku pernah baca...kenapa aku kata macam tu? sebab filem OR tu tak mampu nak buat aku menitiskan air mata walaupun setitik...emosi aku tak tersentuh pun walaupun Izzah tu asyik juga mengalirkan air mata...berbeza giler dengan masa aku membaca OR..part Izzah kena pukul dengan pakcik dia pun aku dah tersentap dan air mata dah bergenang ini kan pula part yang dia kena pukul dan sebagainya tapi bila tengok filem OR semalam itu semua tak berlaku...lepas tu yang aku tak berapa berkenan tu, adegan 18sx tu..aku rasa macam tak berapa nak sesuai...pastu kan...aku rasa dalam novel tu [aku rasa la sebab tak berapa ingat], Hariz ni jatuh cinta dekat Izzah lepas dia demam n Izzah tu jaga dia kan...tapi dlm filem part tu takde..part tu la aku rasa yang strong..ni Hariz tetiba jatuh cinta kat Izzah lepas dia pukul Izzah sebab dia ingat Izzah pregnant...lagi satu yang aku dan beberapa kengkawan yang dah tengok rasa tak logik adalah, dok kat KL tapi umah agam Datuk Sufiah tu dikelilingi sawah benda...apa cer ni? atau mata aku yang salah tengok cerita? hehehehe lagi satu kan, pasal watak lak..Azizah Mahzan kena la ngan watak Datuk Sufiah tu dengan daring n gaya dia yang memang ala-ala datin2 berlagak tu..tapi Lisa Surihani macam tak sesuai ngan watak Mila..aku rasa Sarimah Ibrahim lagi sesuai bawa watak Mila..oh ya..lagi satu, dressing pelakon yang jadi mak Mila tu kan..adoi..macam dressing ******* je...tak sesuai....hehehe itu je la yang aku nak kongsi..selamat menonton untuk yang baru nak menonton...lain orang lain pandangan lain rasa lain jiwa...peace no war :)
kayaknya tuh film bagus...suka baca novel kah?bila suka ayo download novel remaja gratis disinihttp://theuncensoredconfessionofsillydramaqu.blogspot.com/
ReplyDeletethanks
XOXO
MEMANG CERITA OMBAK RINDU TU XBEST !
ReplyDeleteLain pulak ngan aku.. aku tengok dulu filem baru baca novel. Tengok filem aku boleh nangis.. baca novelnya dah berhari2 tak abes2.. Dalam filem, aku kesian kat Izzah and Mail, and believe it or not, aku kesian jugak kat Mila bila dia sepahkan tiket wayang kat atas katil. Baca novel, aku meluat dgn watak Izzah yang kuat merajuk, watak Mila dan Mail pulak tak berapa dikembangkan.. entahlah.. mungkin sebab aku baca skip2 kot.. bosan giler baca novelnya.. or mungkin sbb aku meluat kat penulis yang mula mata duitan? Seb baik novel tu aku pinjam jer.. hahaha..
ReplyDeleteto Anonymous : mgkin awak bukan pembaca novel jadi awak tengok filem dulu baru terasa nak baca novel...macam saya, saya dah baca novel OR ni masa novel ni diterbitkan pada tahun 2002 (kalau tak silap)..masa tu cover novel tu bukan cover mcm poster OR tu...lain orang lain pandangan..lagi satu, saya bukan la nak pro pada penulis atau penerbit atau sesiapa pun tapi pd saya, kita takde hak nak kata penulis novel OR tu mata duitan atau apa sebab kita ni outsiders...kita tak tau apa mslh yang dihadapi between penulis n penerbit or what so ever...kita hanya dengar sebelah pihak n sy rasa sebagai pembaca, tak payah la nak serabutkan fikiran kita pasal duit royalti penulis2 ni..itu biar la derang yang fikir n uruskan sebab kita bukan dapat pun duit royalti tu kalau kita dok sibuk pikir hahahahaha apa pun saya lagi suka beli novel sebab saya tak suka nak pinjam dan tak suka nak bagi orang pinjam..nak baca beli sendiri atau kalau nk pinajm sila pergi library :)
ReplyDeleteya!! tak suka tengok filem adaptasi novel,
ReplyDeletesaya rasa dekat m'sia memang tak pro lagi bab hambek novel jadikan filem,
macam dekat indonesia, memang diorang collaborate dengan penulis masa tulis skrip, laskar pelangi contohnya, penulis antara orang pertama dapat baca skrip, sesuai ke tak.. belum tambah ayat-ayat cinta or ketika cinta bertasbih. dan yang baru ni, 5 menara, siap masa thriller pun masuk sekali penulis buku tu..
india lagi bagus, penulis the three idiot, mandat lagi besar dari pelakon. royalti jangan cakap.
macam m'sia >>karipap2 cinta, almost perosak cerita dan watak dalam novel la.. boleh try tanya penulis dia, apa perasaan dia, berani kerat kuku jari la, yang dia tak tengok pun filem tu..
ok, da macam blog sendiri plak..hheh
zar: ok je nk tulis pjg2 sbb kat komen..normal la tu :) karipap2 cinta? dari novel apa? tak tgk pun filem ni...
ReplyDeleteMana nak cari novel ni ek? Pergi MPH takde la, Alaf tak buat ulang cetak lagi ke?
ReplyDeleteMPH..tak pun order je ngan alaf..
ReplyDeletesaya pon,xleh tengok cite yang diadaptasi dari novel..Novel melayula..sebab gambaran watak2tu hanya imaginasi saya je..hehe
ReplyDeleteNurul : kita serupa :)
ReplyDeletebetul, watak mila tu tak sesuai dgn lisa, dgn sarimah ok..boleh imagine :D
Delete